bila terlalu stress menjadi mahasiswa???? tekanan???? byk kerja.. berlmbak... how to handle time wisely??
Rabu, 16 Disember 2015
Selasa, 28 Januari 2014
POLIGON + ORIGAMI = POLIGAMI
AKU mengarahkan punggungku bangun dari lantai yang beralaskan selimut
Cuma pada malam itu. Malam yang dingin, cukup dingin biar pun penyaman udara
sudah aku tutup.
Waktu itu aku seharusnya menikmati
“bulan madu”ku bersama Mira. Salah faham merosakkan segalanya. Sudahnya, aku
tidur di lantai membiarkan dia mendominasi katil keseluruhannya. Tetapi aku
tidak mahu mertuaku mengetahui hal ini. Tidak sampai setahun, kami sudah diduga
sebegini. Rancangan untuk berbulan madu terpaksa kami batalkan. Pengantin baru
bulan madu banyak sikitlah. Tak salah pun.
Ahad, 7 April 2013
Selasa, 27 November 2012
Ujian Menelan Cinta
“KAU
DIAM! Kau jangan
bercakap walau sepatah pun! Aku benci kau! Aku benci! Keluar kau dari bilik ni,
keluar!” Airin Natasya sudah menggila. Selama ini dia hanya menikus dengan
lelaki di hadapannya itu, kali ini sudah tiada erti takut dengan lelaki itu.
Zakriel pada masa itu cuma lebih
selesa membisukan diri. Dia hanya mampu melihat tangis Airin Natasya. Dia akui
memang salahnya. Kerana dendam, sakit hati dan bencinya kepada Airin Natasya
telah menjerat dirinya sendiri. Walaupun rasa sesal kerana bertindak bodoh,
rasa bencinya kepada Airin langsung tidak surut walau seinci. Wanita itu
dibiarkan menangis di sudut biliknya. Langsung tidak terniat untuk memujuk.
Kelakuan Airin pula tidak berubah, sejak selesai diijab kabulkan di surau tadi,
dia tidak pernah berhenti menangis. Malah sikapnya makin menggila apabila
melihat kelibat Zakriel. Kalau ikutkan kata hatinya, mahu saja ditikam-tikamnya
tubuh lelaki itu. lelaki yang telah menggores dan merobek hatinya, mencalarkan
maruahnya dan keluarganya. Mujur saja ayahnya dapat menerima kenyataan, rasa
marah ayahnya tidak lama cuma rasa kecewa yang menikam.
“Oi! Kau dengar ke tak? Hah?” lagak
Airin sudah seperti kena rasuk. Tegak dia berdiri di penjuru bilik itu. jari
telunjuknya menikam-nikam badan Zakriel dari jauh. Air matanya diseka kasar
dengan belakang tapak tangan kirinya.