Halaman

Selasa, 28 Januari 2014

POLIGON + ORIGAMI = POLIGAMI



AKU mengarahkan punggungku bangun dari lantai yang beralaskan selimut Cuma pada malam itu. Malam yang dingin, cukup dingin biar pun penyaman udara sudah aku tutup.
            Waktu itu aku seharusnya menikmati “bulan madu”ku bersama Mira. Salah faham merosakkan segalanya. Sudahnya, aku tidur di lantai membiarkan dia mendominasi katil keseluruhannya. Tetapi aku tidak mahu mertuaku mengetahui hal ini. Tidak sampai setahun, kami sudah diduga sebegini. Rancangan untuk berbulan madu terpaksa kami batalkan. Pengantin baru bulan madu banyak sikitlah. Tak salah pun.
           
Aku mengeluh dan segera mengangkat wudhu’ untuk menghidupkan malam itu. Mira aku lihat sedang enak diulit mimpi dalam lenanya. Sayu hati melihat wajahnya yang sembam dek air mata. Aku betulkan selimut yang membalut tubuhnya agar dia merasai kehangatan dalam kedinginan malam.
            ‘Esok datang rumah, ada hal sikit nak bincang. Urgent! Sorry bothering anyway.’
Itulah pesanan ringkas yang aku terima daripada Ila, rakan sekolah rendahku dahulu.
Ira, merupakan kakak kepada Ila yang menjadi rebutan antara aku dan Akeef. Seperti yang aku sendiri jangka, aku menyerah kalah semenjak aku mengenali Mira melalui mimpi ketika aku berada di tingkatan empat. Dan kini, secara sahnya Akeef telah menikahi Ira lebih awal daripada perkahwinanku dengan Mira.

SEPERTI yang dipinta, aku datang ke rumah Ila di Taman Indah. Sememangnya aku tahu Ila tinggal dengan ibu bapanya yang suatu ketika dahulu menjadi guru sekolah rendahku. Masa lalu.. terlalu banyak kenangan untuk terus dikenangkan..
            Pintu rumah dibuka sebaik salamku dibalas. Aku sedikit terkejut dengan wajah yang timbul disebalik daun pintu. Wajah wanita lengkap bertudung labuh. Ira.
            “Siapa ada kat rumah ? Ila mana ?” soalku menutup reaksiku sebentar tadi. Aku sedikit hairan kewujudan Ira di situ sedangkan aku tidak melihat kenderaan milik Akeef tadi.
            “Ayah dan ibu dah keluar awal pagi tadi. Ila ada kat dalam. Jemputlah masuk. Syafiq pun ada kat dalam tu.” Daun pintu dikuakkan lebih besar oleh Ira, mempelawa aku masuk.
            “Akeef? Mana? Lama tak jumpa dia.” Aku suarakan juga. Aku tahu Akeef seorang yang paling sukar untuk berjauhan dengan Ira. Semua orang tahu betapa sayangnya dia dengan Ira. Dengan hujung minggu seperti ini, terlalu mustahil dia ingin membiarkan isterinya bersendirian. Aku cukup kenal dengan Akeef sejak sekolah menengah lagi.
            “Jemput duduk, ira buat air dulu.” Pamit Ira melarikan diri.
            Telefon bimbitku aku belek-belek sebelum Ila datang duduk berhadapan denganku disertai Ira. Mataku kembali menumpu kepada Ila.
            “Macam ni bang, kami nak tahu. Abang Akeef tu setia ke ?” soal Ila membuka cerita.
            Keningku menjadi satu. Dahiku berkerut. Pelik. “Mestilah, abang kenal sangat dia tu. Kenapa ? Dia ada buat apa pulak ?” soalku ingin tahu.
            “Abang Akeef nak kahwin lain.” Kata Ira diikuti tangisan esaknya yang baru bermula.
            Aku bungkam seribu kata. Akeef? Poligami? Biar betul?

PETANG itu aku berjalan sendirian ke sebuah pusat membeli belah selepas habis waktu kerja. Pekerjaanku sebagai seorang doktor membuatkan aku rasa terpanggil untuk merawat luka hati isteriku sendiri yang masih dengan rajuknya. Entah siapa yang membuat fitnah mengenai aku. Tidak masuk akal bagiku jika aku menikahinya hanya kerana aku ingin memenuhi syarat sebelum aku mendapatkan harta daripada seseorang yang aku tidak kenali, lebih-lebih lagi bukan ahli keluargaku. Aku bukanlah sebodoh itu namun, Mira sehingga ke detik seperti sukar untuk menerima hakikat sebenar, kata-kata daripada mulutku sendiri.
            Aku pergi ke bahagian pakaian wanita untuk mencarikan hadiah buat Mira. Sebagai penawar untuknya memaafkan aku semula. Setelah puas aku membelek-belek pakaian dengan bantuan pekerja di tempat itu, aku memilih sehelai gaun berwarna biru muda yang cantik di mataku. Harapnya, cantik jugalah di mata Mira nanti. Aku tersenyum sendiri.
            Langkahku untuk menuju ke tangga terhenti sebaik sahaja aku disapa oleh seseorang dari belakangku.
            “Abang Asyraf, kan ?” kata seorang wanita yang kukira aku agak cam muka itu. mengerah otak menganalisis maklumat ketika itu. sebelum aku mengangguk mengiyakan.
            “Kenal saya? Junior abang masa sekolah menengah dulu. Nurul? Ingat tak ?” kata wanita itu tadi.
            Maklumat dijumpa dalam folder otakku. “Kenal, Nurul Afikah kan?”
            “Ya. Abang Akeef mana?” soalnya.
            “Kat rumah dia kot. Abang baru balik kerja ni. Lagipun, dah lama kami tak jumpa. dekat dua bulan jugaklah. Masing-masing sibuk.”
            Bukan aku tidak tahu yang dia memang suka dengan Akeef sejak dahulu lagi. Yang si Akeef tu pulak buat layan jugak, tapi dalam senyap ja pun. Tak heboh pun. Hanya aku, Akeef sendiri dan Haqi yang tahu.
            “OK la bang. Nak cari barang kat atas dulu. Kalau jumpa abang Akeef kirim salam kat dia ya. Assalamualaikum.”
            Nurul dan aku terus melangkah pergi ke arah dua arah setelah salamnya aku jawab. ‘Takkan dengan Nurul pulak kau nak kahwin Akeef?’
            Ini lagi satu masalah. Suka hati saja Akeef  menjual nama ku tentang perkahwinannya kali kedua. Kalau nak pakat dengan aku pun, bagitahu dululah. Geram!

SETELAH habis imam solat asar itu membaca doa. Aku terus keluar dari masjid Quba’ itu. aku singgah seketika ke masjid itu memandangkan azan asar berkumandang dalam perjalanan pulangku dari tempat kerja.
            Belum sempat aku masuk ke dalam perut kereta, aku sudah disapa. Aku kenal suara itu.
            “Ustaz.” Aku salam tangan Ustaz Syahrul.
            Ustaz Syahrul hanya tersenyum.”Dah nak balik?”
Aku hanya mengangguk mengiyakan. Huh! Tolonglah, jangan tanya aku pasal Akeef, please!
            “Okey, tapi ustaz nak tanya sikit... pasal Akeef.”
            Zapppp! Yeah! The moment yang aku mahu elakkan tak kesampaian. ‘Akeef, aku jumpa kau, kepala kau atas kipas!’
            Aku menghela nafas. Berat! “Apa dia ustaz?”
            Aku membuntuti ustaz yang mula bergerak ke arah kerusi. Langkahku diiringi dengan penuh tanda tanya. Aku Cuma berharap aku dapat jawab soalan ‘killer’ ustaz Shahrul sahaja.
            Ustaz Shahrul membuka mulut selepas punggungnya selamat berlabuh diatas kerusi kayu itu. “Akeef tu setia ka?”
            Pang! Alamak! Memang mati aku kali ni. Ini soalan HOTS untuk SPM tahun 2014 ke apa?
            “Kenapa ustaz tanya saya? Itu diri Akeef, sorry but saya memang tak ada jawapan untuk itu.”
            Selepas otak ligat memerah jawapan. Jawapan selamat juga aku berikan. Hendak menipu? Ustaz aku tu! Benda betul? Sah-sah Akeef kena salai. Macamlah aku tak kenal budak Akeef ni. Dari sekolah menengah lagi, pantang ada yang cute lalu depan mata terus lekat. tapi, sudah kahwin dia sudah berrubah, sudah lebih setia.
            “tapi kamu dah kenal lama.” Ustaz Shahrul cuba memancing.
            ‘Okay! keep calm.’ Aku cuba menenangkan diriku sendiri. “Ya, memanglah Cuma Akeef tu dah memang sayang giler kat Ira. Kalau pasal dia nak buat poligami tu, no comment sebab dia tak bagitahu saya apa-apa pun.” Terangku.
            “Jadi kamu kenal perempuan nama...”
            Caller ringtone ku menghentikan perbualan kami seketika. Fuh! Syukur! Kalau tak, dah sah-sah aku kena jawab semua soalan yang aku sendiri tak tahu jawapannya.Telefon bimbitku aku keluarkan dan nama “Pencuri” tertera pada skrin telefonku. Mira!
            “Ustaz, minta maaf ya. Saya kena balik, orang rumah saya call. Minta diri dulu. Assalamualaikum.” Setelah bersalaman dengan ustaz Shahrul aku terus bergerak ke arah keretaku dan pulang ke rumah.

TELEVISYENKU ditatap penuh khusyuk dan perhatian oleh kedua-dua bebola mataku. Perlawanan bola sepak di antara Manchester United dan Everton itu sedikit membuatkan aku tekanan. Berlori-lori makianku untuk David Moyes, pengurus baru pasukan kegemaranku. Teruk sangat cara pemain Manchester main malam itu. entah strategi apa yang digunakan, every shot is useless at all.
            Beberapa ketika saat itu, Mira datang membawa lima gelas air kopi di atas dulang. Selepas seorang satu dia letakkan kopi di atas meja, dia duduk disebelahku, diatas lantai yang berlapikkan karpet.
            “Kenapa bagi kopi? Tak nak abang tidur malam eh?” usikku dalam nada bisikan.
            Merah muka Mira saat itu. tetap boleh aku lihat dengan bantuan cahaya daripada kaca televisyen.’
            “Abang jangan nak mula ya. Abah, Akmal dengan Ijat ada tu. Malulah kalau dia orang dengar.” Mira mencubit lengan kiriku. “By the way, saja nak dera abang. Abang cuti  seminggu kan? Tak payah la tidur.”
            Aku tersengih. Tersenyum nipis sedikit. “Nakal!” aku cuit hidungnya. Terlupa seketika perlawanan bola sepak yang terhidang di depan mata.
            “Ehem! Baru pukul sebelas kot. Rasanya awal lagi ni, ya idak?” Abah Ri, mertuaku mula bersuara.
Habis pecah ketawa semua orang di ruang tamu ketika itu. Mira pula terus berundur ke dapur, hendak mencuci pakaian katanya. Cawan merah dengan label Nescafe itu aku ambil. Perlahan-lahan aku teguk tiba-tiba..
“ spruttttttt!!!” aku tersedak. Habis terkeluar semuanya. Tidak sedikit pun aku telan. Bunyi jeritan Mira pula tiba-tiba mengisi suasana menggantikan batuk kecilku tadi.
Pantas langkah seribuku aku buka. Jantungku berhenti buat seketika apabila melihat tubuhnya itu sudah rata di atas lantai tandas. Lantas sahaja aku cempung dirinya. Mujur sahaja keretaku belum aku masukkan ke dalam perkarangan rumah. Akmal sudah menghidupkan enjin keretaku dan bersedia untuk memandu. Abah Ri dan Ijat pula membuat apa yang patut. Separuh jiwaku pergi melihat keadaan Mira seperti itu. aku peluk erat tubuhnya, laju sahaja air mataku mengalir waktu itu. ‘Yang... jangan tinggalkan abang.’

AKU kembali tidur di katil kosong hospital itu, bersebelahan dengan katil milik Mira. Sungguh dia sudah sedar daripada pengsan semalam. Mujur tiada luka yang berat melainkan lebam pada dahinya sahaja  kerana terjatuh meniarap.
 Baru hendak terlelap tiba-tiba telefonku berbunyi. ‘Akeef’.
            “Helo, assalamualaikum.” Aku mulakan.
            “Waalaikumussalam. Kau free tak? Aku nak jumpa kau. Kau dah tahu kan aku nak kahwin lain. You gotta help me!” cemas suaranya dihujung talian/
            Dah tahu ada masalah besar baru reti nak call.
            “Aku? Kahwin lain? Malam nilah. Lepas isya’ aku jumpa kau. Kita bincang, kasi settle semua malam ni.”
            Fuh! Jelas suara Akeef menghela nafas lega. “Okey. Set kedai Abduh.”
            Talian aku matikan.
            Aku yang baring terlentang ketika itu mengiring ke kiri memandang Mira di katil sebelah. Wad ini kosong. Hanya ada Mira sebagai pesakit. Tetapi, bila pula Aina berada di situ? Melawat Mira? Perbualan mereka terhenti seketika. Mata mereka melekat ke arah ku yang mula untuk menutup mata semula. Biarlah! Ada Aina boleh jaga Mira.

“MINNA WA MINKUM TAQOBBAL YA KARIM.” Serentak jemaah masjid Babus Salam menjawab selepas imam membaca doa. Kelihatan semua jemaah mula berbaris dan bersalaman sesama sendiri. Seusai itu, aku mendirikan soalat sunat rawatib ba’diyyah dan solat sunat witir satu rakaat. Pesanan guru sekolah menengahku yang sering juga datang ke masjid ini untuk memberikan kuliah maghrib. Tahun lalu setiap hari sabtu, tahun ini juga tetap sama.
            Habis sahaja solat sunat witir satu rakaat itu, doa terus aku panjatkan kepada Ilahi dan perjalanan ke restoran Abduh ku teruskan juga. Telefon bimbitku dari tadi berteriak aku biarkan sahaja. ‘Akeef!’ macam kucing mati anak saja.
            “Oi! Sabarlah sikit! Macam mati anak ja aku tengok kau ni.” Aku melabuhkan duduk berhadapan dengan Akeef yang memang kelihatan sudah bersedia untuk segala kemungkinan.
            Kopiah putih aku tanggalkan daripada terus memeluk kepalaku. Baju melayuku siap tersinsing ke paras lengan. Udara malam yang menyegarkan. Sejuk!
            “Lama siot aku tunggu kau.” Marah Akeef.
            “Kata nak kahwin, dengan siapa pulak?” tanyaku. Curious.
            Sah-sah mesti perempuan islamik ni. Taste tinggi sangat. Dah cukup masak aku dengan perangai budak ni.
            Akeef menghela nafas berat. “Hafizah.”
            “Hafizah ? wow. Dari maahad mana ?”
            Akeef menggaru kepalanya. “Lembablah kau ni. Maahad hotak engkau! Dari sekolah agama jugak.” Jelasnya. “kau kenal dialah. Bukan kau jumpa dia dulu dari aku ka?”
            Dahiku berkerut. Kad memori otak kembali memain peranan. Aku paling tidak suka game refresh memory card ni! “Apakah kau merepek ni?”
            “sekali lagi, lembab! Okey, sekarang kau tengok mata aku.”
            Seram! “kau nak santau aku atau nak pukau?”
            “Kau ikut sudahlah. Banyak songeh.” Marahnya. “Okey, sekarang ni cuba kau ingat balik keadaan kau pergi pejabat JHEAINS sebab kau dapat anugerah pelajar mumtaz SMU dulu.”
            ‘Hafizah? JHEAINS? Mumtaz? SMU?’ calculating.... Pang!
            “Hafizah Salleh kan ?” tekaku.
            Akeef tersenyum seraya mengangguk. Aku ingat. Boleh tahan juga budak tu. Putih, mulus dan comel.
            “lepas tu kau nak aku bantu apa?”
            “Temankan aku pergi rumahnya esok, lamar dia.”
            Terlopong aku dibuatnya. Apa punya confession budak gila ni.
            Aku menyilangkan jari-jariku dan letakkan di atas meja. “Okey, firstly, aku bukan tak nak tolong kau tapi isteri aku baru ja discharged tengahari tadi. Second, esok? kau dah gila ka? Parents kau macam mana? Third, rumah dia bukan area ni. Nun jauh area Papar sana. Mana nak sempat.”
            “Parents aku green light ja.”
            “Tengkorak engkau! Bini kau rela ka? Hari tu aku hampir kena salai hidup-hidup oleh pak mertua kau tau tak?”
            Budak ni dah sah gila. Entah gila cinta atau entah apa? Huh! Parah ni. Parah.
            “Pasal Ira tu dia dah kata dia rela. Pak mertua aku pun tak larang asalkan Ira terima.” Suaranya menurun. “Bolehkah? Aku tak berani pergi sendiri.”
            “Kenapa tak pergi dengan parents kau ja ?”
            “Busy. Kedai nak kena urus lain lagi anak-anak buah aku.” Jelasnya. “Ala... nanti kalau dah setuju aku bawa la parents aku tunang, kalau boleh terus nikah.”
            “Amboi. Gelojoh engkau eh? Nafsu kuda betul.”
            Kepalaku pulak pening. Nak tolak, kawan sendiri. Dua hati!
            “Macam nilah, lusa kita gerak. Esoknya baru pergi lamar. Dengan syarat kau bawa Ira sekali. Aku rasa lebih baik dia sendiri yang pergi lamar.” Kataku. Setuju! Kawan punya hal!
            Akeef tersenyum. “Thanks. Thank you very much! Syukran!”
            Eh?! Berapa banyak terima kasih mau diucap? Dalam lain-lain bahasa pulak tu. Apedah!

PAGI itu beg pakaianku dengan Mira sudah siap aku punggah ke dalam but kereta. Akeef dan Ira juga sudah sampai ke rumahku. Kami hanya pergi satu kereta, guna kereta aku. Aku lebih suka pandu kereta sendiri. Pinjam kereta orang, rosak tengah jalan naya aku.
            Sorrylah menyusahkan.” Kata Ira ketika masuk ke dapur untuk bersarapan.
            “Setakat sarapan apadehal? Ni akak masak special tau untuk kawan suami akak.” Balas Mira membuatkan aku tersenyum. “Ira pergilah keluar, Ira kan tetamu. Tak baik pulak datang dapur ni. Biar akak ja buat.”
            No..no.. never mind. This is apart of my daily routine as well. These things are my cup of tea la kak. I’ll lend you a hand.” Mira mengalah juga akhirnya. Nama mereka pun lebih kurang sama.
            Habis sahaja pinggan mangkuk di basuh serta meja dibersihkan. Aku menyuruh Akeef panaskan enjin kereta. Barang mereka juga sudah dipunggah ke dalam kereta. Ira hanya membuntuti suaminya ke dalam perut kereta. Di hatiku terdetik ‘kenapa kau buat benda gila ni Akeef?’
            Tangga rumah aku panjat untuk masuk ke dalam bilik, mengambil barang-barang yang perlu bukan dua hari kami meninggalkan rumah ni. Empat hari juga. Mujur aku dapat cuti lebih. Boleh juga aku meneruskan rancangan honeymoon aku di Kota Kinabalu nanti.
            Tingkap semua bilik sudah aku kunci. Begitu juga dengan pintu-pintu bilik rumahku. Tinggal bilikku sahaja. Ketika pintu bilikku aku buka, Mira sudah pun bersiap. Mujur mahu juga dia ikut ke sana walaupun pada awalnya berpusing juga kepalaku memujuk. Tujuan asal ‘ekspedisi’ ini tidak dia tahu. Biarkan sahaja.
            “Cantik.” Ucapku.
            “Kita nak pergi sana sampai lima hari buat apa? Kan buang masa tu. Orang pun banyak kerja la sebelum buka sekolah nanti.”
            “Cuti sekolah dua minggu Puan Ameerah Maisara binti Johari. Minggu depan buatlah. Abang ni kerja doktor tak jugak busy sangat macam Ibu Guru kita ni.” Aku ketawa. Pipinya tembam itu aku cubit.
            “Motif kita pergi Papar buat apa?” kali ini mungkin sudah masuk angka lapan belas kali dia tanya.
            Aku menatap matanya. Dalam dan tajam. “ Okay for your information, we’re going to Papar to propose a girl named Hafizah. I know her for a very long time since I was sixteen. I met her at KK as well as I went there for an official event by JHEAINS.”
            “Why do you bring me with then?” matanya dilarikan. Pipinya aku pegang sedari tadi terlepas.
            I need your help. It won’t be perfect if you’re not around honey.
            Mira terus turun ke bawah. Masuk ke dalam kereta barangkali. Dompetku aku masukkan ke dalam poket belakang dan jam tangan aku pasangkan sebelum pintu bilik itu aku tutup.
ALHAMDULILLAH! Segalanya berjalan lancar. Segala tugas Ira dijalankan dengan begitu baik. Tanpa ada cela. Walaupun aku tahu dia menelan duri itu sendirian. Aku yakin Akeef takkan sia-siakan Ira walaupun akan berkahwin dengan Hafizah hujung tahun ini. hujung bulan ini pula, mereka akan bertunang. Moga bahagialah kawan aku tu hendaknya. Memang dari dahulu lagi dia pasang niat hendak kahwin dua. Betul-betul dia realisasikan impiannya itu. dan bukan juga baru dia menanam rasa kasih kepada Hafizah. Semua ini kerana kakak angkat Akeef sendiri.
            Kakak angkat Akeef itu yang merancang rasa kasih itu tanpa sengaja. Hanya kerana perbualan telefon di antara mereka suatu ketika dahulu. Itu pun niat hanya hendak menyakat. Tak sangka pula Akeef seorang yang beria-ia sudahnya tersangkut. Kebetulan juga terdengar tentang kecantikan dan kemulusan Hafizah daripada aku. Sejujurnya, aku juga tergamam dengan Hafizah tapi taklah berjaya untuk menarik perhatianku sepenuhnya hanya kerana wanita yang aku sering mimpikan yang kini menjadi si ‘dia’.
            Langkah kakiku panjang sahaja ke balkoni condotel itu. Bandar ibu negeri Sabah itu kelihatan sesak sedikit pada waktu malam. Likas condotel itu kelihatan sedikit sepi ketika menginjak pukul lapan malam. Mira dan Ira berada di dapur mengemas dan membersihkan selepas makan malam. Akeef pula khusyuk menonton televisyen. Mungkin juga hanya matanya sahaja tertancap di situ tetapi tidak jiwanya. Boleh jadi juga. Aku melemparkan pandangan ke kolam renang yang jelas daripada condo itu.
            “Aku nak masuk tidur dulu.” Pamit Akeef. Langkahnya disusuli oleh Ira. Taat saja isteri itu.
            Mira datang dari belakangku. Lenganku dipautnya, mendekatkan jarak antara kami.
            “Esok kita berenang kat bawah tu.” Aku juihkan bibirku ke arah kolam renang yang berkocak tenang.
            “Ish. Tak nak la. Trauma.”
            Aku pasti insiden di resort felda sahabat Lahad Datu itu yang masih menghantui fikirannya. Semua itu masih jelas diingatanku saat ini. masih terbayang. Hanya Allah yang tahu betapa takutnya aku masa itu. mujur sahaja semuanya baik-baik belaka.
            “Esok kita hilangkanlah trauma tu. Sampai bila nak trauma?” aku cuba memujuk. “Boleh, kan?”
            “What if...”
            “Something bad happens?” aku menyambung ayatnya yang terputus itu. “I’m there. insyaAllah everything’s gonna be alright.”
            Kepala Mira yang masih bertutup tudung itu disandarkan ke lenganku. Angin malam menerpa. Membawa kedinginan bayu. Cukup menerangkan dan mengukuhkan kalimah ‘negeri di bawah bayu ini.’
            “Mira kesianlah kat Ira.” Luah Mira. Sayu nadanya.
            Aku sudah dapat mengagak apa yang akan dia katakan. “Jom masuk tidur. Penatlah drive.”
            Tingkap yang aku buka kini aku tutup kembali. Lampu sudah aku tutup suisnya. Pintu bilik aku kuak, melihatkan aku kepada Mira yang sudah membuka tudung. Aku terus menuju ke katil. Lenguh rasanya satu badan. Letih memandu, perjalanan yang cukup memakan masa yang panjang. Mujur ada Akeef, boleh juga bergilir-gilir. Badanku terus menghempap katil yang cukup empuk. Udara sejuk daripada penyaman udara mula menembusi kulitku dan dikesan reseptor di epidermis tubuhku.
            Mira turut merebahkan tubuhnya disebelahku. Yeah, malam ni tidur atas katil pula.
            “Malam ni tidur atas katil? Boleh eh? Sakit badan ni. Kalau kat lantai sejuk, keras. Lagi sakit badan dibuatnya.”
            “Selama ni, ada siapa-siapa suruh tidur lantai? Tak ada kan? Yang memandai tidur lantai siapa suruh?”
            Aku tersengih sendiri. Memang dia tak pernah suruh pun. Aku saja yang suka tidur atas lantai, tak nak mengganggu emosinya yang kurang stabil. Pening juga aku.
            “Ok thanks then.”
            “Welcome, by the way, you know what. I was assumed that you wanted to get married again, with that girl, Hafizah. Sebab itulah sakit sangat hati dengar lagu Papinka-Masih mencintainya dalam kereta tadi. Luluh bebenor hati kite ni cik abang oi.”
            Hanya ketawa kecil sebagai jawapan kepada luahan rasa itu. I lost my words at all. Terharu. Rasa diri ini dihargai. Rasa terjana kembali semangat untuk membina bahagia bersama kembali.
            “Em.. actually, tak pernah terfikir pun nak poligami sebab dah tersayang sangat dengan cik puan sebelah ni. But, if you don’t mind lagi bertambah-tambah sayang tu.” Pecah ketawaku.

HARI ini hari perkahwinan Akeef dan Hafizah. Semuanya juga berjalan lancar. Hanya dengan sekali lafaz sahaja. Memang Akeef penerima nikah yang paling mahir di dunia. Gilang gemilang juga walaupun hanya dibuat seringkas mungkin. Ira juga aku tengok baik-baik saja. Mungkin sedkit memakan hati. Tapi aku tahu, tinggi nilai kesabaran dalam dirinya walaupun hanya bertubuh molek dan kecil. Nampak tulus air mata yang jatuh gugur di pipinya itu sebagai tanda merelakan dirinya diduakan.
            Akeef dan Hafizah sedang sibuk melayan tetamu yang hadir di bawah naungan kanopi pagi itu. aku tidak boleh lama di sini. Aku kena kerja shif petang pula. Kena pulun diri kerja siang malam untuk cover semua cutiku selama ini.
            “Okey bro, mabruk alaik.” Ucapan tahniah aku titipkan buat mereka berdua.’
            “Thanks anyway. You helped me a lot before.” Aku berjabat tangan dengan Akeef.
            “Ingat. Dua dalam satu bukan perkara mudah.”nasihat ringkas buat dirinya.
            Aku dan Mira mengurung langkah meninggalkan majlis bahagia kawan aku itu. aku kena pulang ke rumah dahulu sebelum masuk kerja. Sempat lagi solat zohor dekat rumah
“Apa maksud dua dalam satu bukan perkara mudah? Still tak dapat la.” Tiba-tiba sahaja Mira membuka mulut.
Aku tersenyum. Tak sangka itu yang mengganggu fikirannya.
“maksudnya, poligamilah.”
“Yes, I know. Tapi apa yang dua? Kalau kahwin empat pun still poligami kan? Jadi I’m sure that dua tu bukan maksud nya isteri kan?”
“Yap. Tak sia-sia kahwin dengan orang pandai ni. Dua tu maksudnya asal usul poligami. Poligami berasal dari perkataan poligon dan origami. Poligon ditambah dalam origami dia akan jadi poligami.” Terangku.
“Okey, got it. But kenapa poligon? Kenapa origami? Tak benda lain?”
“Aduh! Banyaknya soalan sayang oi. Ni kalau nak jawapan bagi sikit” aku tunjukkan pipiku, meminta ciuman kasih. Suka aku menyakatnya.
“Nah!” dua jarinya dilekapkan ke pipi kiriku.
“Thanks walau tak ikhlas. Poligon sebab poligami ni cinta tiga segi sama dengan segi tiga. Segi tiga untuk orang yang kahwin dua. Makin banya dia kahwin makin besarlah bentuk poligon tu dari segi tiga ke segi empat and so on. Origami pulak sebab origami ni hasil kreatif orang yang melipat-lipat kertas tu membentuk suatu yang lain like birds maybe. Jadi, origami berkait rapat dengan poligami sebab hati dan cinta yang sudah terbentuk boleh dilipat-lipat membentuk cinta yang lain. Ingat, kertas origami bukannya satu aja kat dunia ni. Berlambak kat kedai. Then, it’s possible to anybody untuk kahwin dua, tiga dan empat. Yang kahwin senyap-senyap pun ada.”
“Oke, tweet-tweet. Jadi sekarang abang cuba cakaplah yang abang pun boleh poligami?”
“Why not?” saja aku menduga.
“Jangan harap. Kalau berani trylah. Ada yang jalan pakai tongkat nanti.” Ugut Mira. Sedikit pun tidak terkesan. Gurau. Orang kata gurau senda membawa bahagia. Dan sekarang aku bahagia dengan adanya Mira dan anak yang bakal lahir nanti. Tahun depan kalau ada rezeki.
“Abang rela, as long as you’re still my wife. The first and the last. Biar kita sama-sama sampai ke tua kerepot bertongkat even mengesot sekali pun. Sanggup!”
“Cakap ja banyak, hampeh!”
“Tak percaya? Kita tunggu habis pantang tahun depan. Berapa anak kita skor tanda cinta yang tinggi ni.”
“Gatal!”pecah ketawa kami. Menghiasi setiap sudut kereta, menenggelamkan suara radio. Terasa bahagia saat ini. harap saja berkekalan.

4 ulasan:

perisai ketenangan berkata...

Okla ... tu jak ..errr

Mr M.S.A.S berkata...

membina sangat......

Amanatul Hamizah berkata...

Erm.. Best juga la.. Just hairan, part dy ckp ma ust tue.. Knp mst 'dua', bkn 'tue'?

Tanpa Nama berkata...

best...thniah buat penulis....teruskan lagi menghasilkn karya yang menarik....