Isra’ dan Mikraj
berlaku pada 27 Rejab setahun sebelum Rasulullah S.A.W berhijrah ke Madinah. Sebelum
berlakuya peristiwa sejarah ini, dada/perut Rasulullah dibedah (dibelah) oleh Malaikat
Jibril dan Malaikat Mika’il. Hati baginda diambil dan disucikan (dibasuh)
dengan air zam zam. Ketulan hitam (alaqah) yang terdapat pada hati, di mana
tempat syaitan membisikkan was-was padanya telah dibuang. Kemudian, dituangkan
(diisi) hikmah, ilmu dan iman ke dada baginda Rasulullah S.A.W. Seusai itu, dada
baginda kembali dijahit kemudian dimaterikan dengan " النوبوة خاتم” nabi terakhir. Selepas pembedahan, Rasulullah
S.A.W didatangi seekor binatang yang bernama Buraq untuk ditunggangi Rasulullah
S.A.W dalam perjalanan Isra’.
Semasa isra’, Nabi Muhamad S.A.W di temani oleh Malaikat Jibril dan
Malaikat Israfil. Kemudian, mereka akan berhenti di tempat-tempat tertentu dan
nabi akan diarahkan untuk menunaikan solat sebanyak dua rakaat. Tempat-tempat
berikut ialah tempat yang bersejarah dan mulia, antaranya :
i.
Negeri Thaibah (Madinah), tempat Rasulullah
berhijrah daripada Mekah.
ii.
Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa menerima
wahyu daripada Allah.
iii.
Baitul-Laham (tempat Nabi Isa AS
dilahirkan). Dalam perjalanan itu juga
Rasulullah SAW menghadapi gangguan jin ‘Afrit
dengan api jamung dan dapat
menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang
amat ajaib, antaranya:-