Halaman

Ahad, 1 Januari 2012

HATI INI TAKKAN BERDUSTA 2 (sambungan...)

23/4/11-Sabtu
Suasana malam gamat terasa. Genap lapan bulan menjadi milik Fiq. Banyak yang aku pelajari sepanjang alam baru ni. Selama ni aku senantiasa bahagia disisinya. Syukur kepadaNya yang mengutuskan si dia yang bertakhta di hati. Nasihat Datin Iffah merangkap ibu mertua ku sentiasa ku genggam erat.kata-katanya semua mengenai Fiq. Tentang apa yang dia suka dan tidak. Aku rasa aku tidak akan tahu yang Fiq seorang yang baran kalau tidurnya diganggu. Semuanya kerana ibu. Thanks bu....

Aku tersenyum sendiri setelah menamatkan luahan hati ku ke dalam diari. Aku gembira akhirnya aku menjadi milik Megat Syafiqri. Raja yang menguasai kota di hati ku. Setakat ni tiada sebarang luka yang aku pendam kerananya. Bunyi tombol pintu bilik dipulas menyedarkan aku dari lamunan panjang.
               “La... kat sini rupanya. Abang bagi salam kat luar tadi takkan tak dengar kut?” tangannya aku capai dan cium mesra. Mendapatkan keredhaan suami yang pastinya menjamin kebahagiaan.
               “Bagi salam? Tak dengar pun.” Aku ingin mendapatkan kepastian. Rasanya aku memang tidak dengar salam diucap tadi.
               “Memanglah tak dengar kalau duk sibuk ingat kat abang. Rindu sangatke sampai tak sabar nak tunggu abang pulang?” soalnya. Ada tawa di hujung bicaranya.
“Perasan!” Rindu? Mungkin.. Aku duk khayalkan dia ke? Rasanya aku sibuk fikir fasal diriku yang menjadi miliknya selama ni. Tak da pun aku duk fikir dia buat apa? Fikir apa?
               “Habis tu? Fikirkan pak we ke?” soalnya seperti FBI yang dahagakan bukti dari saksi kes.
               “Of course I did.”aku tergelak kecil. Tak sangka jawapan itu ku berikan.
               “Siapa?!” suaranya sedikit keras. Cemburu kut? Aku mula menahan ketawa.
               “Abanglah orangnya. Itupun nak marah ke?” tak sanggup aku terus bermain dengannya.
               “Mana ada marah. Cemburu aje. Kalau abang tahu Ina ada skandal, kata kat lelaki tu ready to die lah!” katanya sambil mencubit kedua-dua pipi ku.
Fiq menapak pergi menarik tuala yang tersidai di belakang pintu. Sementelah dia menghilang di balik pintu bilik mandi, aku meletakkan diari ku di dalam almari. Aku memang tidak ingin dia baca. Aku mencapai t-shirt berwarna biru muda dan kain batik yang terlipat kemas untuk Fiq pakai setelah tamat bersiram. Aku letakkan pakaiannya di atas katil agar mudah dilihatnya. Kemudian aku terus keluar dari bilik itu.
#$#$#$#$#$

              
“Aida! Jom lunch!” Aina membuat pelawaan.
Aina memang kawanku sejak sekolah menengah lagi. Ke mana pergi mesti berdua. Sehinggakan kami berdua dilabel belangkas. Memang dialah satu-satunya kawanku dunia akhirat, Insya-Allah.
               “Erm.. Aina! Sorry aku kena lunch dengan husband aku. Aku dah janji dengan dia. Kau ikutlah kita orang.” Aku teringat janjiku dengan Fiq. Takkan pernah aku ingkar.
               “Oh... I see. Never mind. Aku lunch dengan Yanti aje la.” Ada nada kecewa walaupun ada senyuman di hujung dialognya.
               “Sorry.” Aku meminta. Aku terus pergi mendapatkan keretaku. Meneruskan perjalanan ke pejabat Fiq. Sebaik sahaja kereta ku, aku parkirkan. Aku terus mendapatkan Fiq yang masih di dalam biliknya. Suasana lengang di dalam pejabat. Mungkin semua sibuk keluar lunch. Desis hatiku.  Aku terus memulas tombol pintu milik Fiq.
Jantungku bagai disentap. Masa ku rasakan terhenti. Tanganku menggigil. Aku terkesima.  Kolam mata yang tidak wujud selama lapan bulan muncul kembali menunjukkan rupa. Aku mengetap bibir. Seakan tidak percaya apa yang ku lihat. Kolam kembali menjadi air terjun. Aku membuka langkah untuk pergi meninggalkan mereka berdua.
Sungguh aku tak sangka Fiq sanggup menduakan aku. Menduakan? Aku tak rasa dia duakan kau? Kau ni dah pekak ke? Diakan cakap ‘CERAI’ tadi. Aku pasti lepas dia ceraikan kau pasti dia pergi dengan perempuan tu. Perempuan tu aku amat kenal. Siapa lagi yang inginkan Fiq kalau bukan dia. Aku memang tidak menabur dendam kesumat terhadapnya. Mungkin kerana inilah Fiq tidak membenarkan aku memandu sendiri ke klinik. Enjin kereta aku hidupkan. Tangisku tidak menunjukkan tanda akan berhenti.
Suara Fiq dibelakang yang mengejar ku dengan minah jeli tidak ku endahkan. Aku hentikan tangisku. Untuk apa aku tangiskan orang yang tiada secebis pun rasa simpati terhadap ku. Tangan ku segera menekan punat on/off radio kereta ku. Lagu lara lagi diperdengarkan. Aku biarkan lagu itu terus menghiasi suasana kereta. Lagu itu seumpama bersetuju dengan ku.
Hanya sampai di sini sahaja
Kisah cinta kita berdua
Tiada daya selamanya
Terhenti di sini
Biar ku pujuk hati ini
Merawat rinduku sendiri
Setelah aku kau lukai
Sedangkan kau tahu
Kasih aku hanyalah untukmu
Tiada lain dalam diriku
Takkan berubah
walau dipisah laut biru
Cinta aku hanyalah untukmu
Tak pernah goyah, tak pernah jemu
Takkan terpadam dalam hatiku
Ia milikmu, percayalah
Mungkin sudah suratan kita
Terpisah sebegini saja
Pasti di satu hari nanti
Ku jejak bahgia
Kasih aku hanyalah untukmu
Tiada lain dalam diriku
Takkan berubah
walau dipisah laut biru
Cinta aku hanyalah untukmu
Tak pernah goyah, tak pernah jemu
Takkan terpadam dalam hatiku
Ia milikmu, percayalah
Mungkin sudah suratan kita
Terpisah sebegini saja
Pasti di satu hari nanti
Ku jejak bahgia
Kereta ku hentikan dibahu jalan. Sudah jauh rasanya aku membawa diri. Tiada arah tuju. Ke rumah ayah? Takkan sama sekali. Pasti ayah akan beritahu Fiq. Lantas tanganku mencapai iPhone dan mendail Aina. Bukan untuk memberitahunya kisah sebenar. Fiq pecahkan rekod. 28 missed call yang dicatanya. Aku memang tiada niat untuk menjawab panggilannya. Nombor Aina aku dail.
               “Aida1 kau kat mana ni?” terus peluru soalan keluar dari mulutnya setelah menjawab salam yang aku berikan.
               “Masih kat bumi lah. Takkan aku dah sampai ke bulan kut.” Aku cuba menceriakan hati yang lara.
               “Aku serius ni Aida. Aku risau dah pukul 5 kau masih tak masuk. Husband kau dah macam orang gila dah ni tunggu kau. Kau datanglah klinik balik.” Fiq kat klinik? Buat apa dia cari aku sampai ke klinik? Bukan dia dah ada minah jeli tu ke?
               “Biarlah dia Aina. Aku call ni pun nak bagitahu kau aku ambil half-day hari ni.” Aku terus terang dengan agenda yang telah ku rancang.
               “Ina! Ina kat mana ni sayang? Abang ....” aku matikan panggilan setelah suara Fiq yang dihujung talian. Sayang? Patutkah aku terima gelaran itu? Bukankah minah jeli tu yang menjadi permaisuri hatinya?
#$#$#$#$#$

10 minit berbaki sebelum menuju ke hari esok. Aku mengambil keputusan untuk tetap duduk di kereta. Aku masih belum bersedia untuk menatap wajah Fiq. Aku beranikan diri walaupun aku tak ingin menatap wajahnya. Aku mematikan enjin kereta dan turun dari kereta BMW yang serupa dengan kereta milik Fiq. Hanya plat number yang membezakan. Plat number keretaku merupakan birthday Fiq dan sebaliknya. Dia yang beria-ia mahu menukarnya.
Rumah banglo yang menjadi saksi kebahagiaan dan tawa ku megah dihadapan. Aku tatap kosong. Esok mungkin menjadi tempat lara ku. Melihat aku dimadukan atau melihat aku diceraikan. Biarlah Allah sahaja yang tahu. Tak sanggup untuk aku berhadapan dengannya.
Aku melihat garaj masih kosong. Aku yakin Fiq mesti belum balik. Kenapa aku fikirkan dia? Aku mesti lupakan dia. Cukup terseksa jiwaku melihat adegan tangis minah jeli dihadapan Fiq. Aku membuka pintu dan melangkah masuk. Aku biarkan lampu terpadam. Aku terus mengorak langkah ke dalam bilik yang aku kongsikan bersama Fiq. Hatiku rasa amat perit. Biarlah hatiku yang menangis bukan aku.
               “Ina! Sayang dari mana? Puas abang cari.” Fiq yang berdiri ditengah pintu tidak tahu dari mana datangnya. Aku juga tidak mendengar sebarang bunyi kereta yang memasuki porch. Aku hanya membisu. Tidak ingin menjawab soalannya.
               Satu penangan yang hinggap di pipi Fiq. Pipinya yang merah langsung tidak diendahkan. Seolah tiada rasa.
               “Pukullah abang kalau itu yang buat Ina dapat terima abang balik” ucapnya yang menatap tajam mata ku. Aku alihkan pandangan tajamnya. Sungguh luluh hatiku melihat matanya. Umpama kejadian pagi tadi ditayangkan semula.
               “Kenapa abang tak pergi aje dengan perempuan tu? Kenapa? Kenapa abang kejar Ina dari restoran dulu kalau abang masih sayangkan dia tu? Kenapa?!” tanyaku sedikit keras. Aku luahkn semuanya yang menjadi persoalan. Tangis yang aku tahan tumpah serta-merta.
Aku ditariknya ke dalam dakapannya. Terlalu kemas. Aku tenggelam di dalamnya. Tanganku tidak mampu ku gerakkan.
               “Ina... yang Ina nampak tu semua salah faham...” hatiku ingin melawan. Lidah ku kelu seolah tidak bersetuju dengan tindakan hati ku. “Tasya tu jumpa abang sebab nak failkan penceraiannya dengan husbandnya. Sebab tu dia menangis, dia sebenarnya tak rela. Tapi dia terpaksa sebab husband dia selalu pukul dan dera dia.”esakkan ku makin deras. Betulkah apa yang dia katakan?
               “Abang takkan tinggalkan mahupun duakan Ina. Ina percayalah pada abang. Sebab hanya Ina yang di hati abang.” Sambungnya lagi. Aku terkedu.
               “Ina rehatlah dulu. Mesti penat kan?” ada senyuman hambar dihujung percakapannya. Pelukan tadi dileraikan. Air mataku disekanya. Aku dibaringkan di katil dan diselimutkan badan ku dengan comforter. Mata aku pejam rapat. Aku dapat rsakan bibirnya singgah didahiku.
               “Have nice dream and take an enough rest.” Itu yang aku dengar dia bisikkan ke telinga ku. Bunyi pintu dikuak kedengaran. Mungkin dia tidur luar. Aku cuba membuat andaian positif. Aku hanya perlu bangun awal daripada Fiq. Aku mesti pergi kerja tanpa dia sedari. Itu yang perlu aku lakukan.
#$#$#$#$#$

Seperti yang dirancangkan. Aku bangun seawal lima pagi. Aku bergegas keluar dari rumah. Perlahan-lahan pintu aku buka. Takut Fiq terjaga dari tidurnya. Hatiku rasa bersalah melihat Fiq lena di sofa. Kenapa dia tidur di sofa? Sedangkan masih banyak bilik kosong.
 “2 bilik kat atas ni tak boleh kacau tau.”Fiq bersuara.
“Kenapa? Bilik kat hujung tu?”tanyaku ingin tahu.
“Sebab 2 bilik tu untuk anak kita. Bilik hujung tu bilik tetamu.” Aku tergelak.
“Kenapa ketawa? Nak lebih dari dua ke?” dia ketawa.
“Datanglah perangai miang dia tu!” aku cubit lengannya.
“Aduh! Sakitlah.” Aku tersenyum melihat reaksinya.
Air mata semalam gugur semula. Teringat ketika mula pindah ke Teratak Cinta yang dihadiahkan oleh ayah sebagai hadiah perkahwinan kami. Ketika dia menunjukkan aku banglo tersebut. Dia membuat perancangan awal daripada aku. Saat-saat bahagia ku bersama Fiq muncul di kotak fikiranku. Sedih kembali bersarang dibenakku. Keceriaan yang di bawa oleh Fiq ke dalam
Hati mula risaukan Fiq. Dia sarapan apa pagi ni? Pakaian dia aku tak siapkan lagi. Aku biarkan berlalu segala pertanyaan mengenainya. Pandailah dia mengurus diri. Biar dia tahu bagaimana seksanya hidup tanpa ku. Hatiku berbisik jahat. Segera aku berisitghfar. Ina kau mesti ingat dia tu masih sah suami kau. Bukan suami minah jeli tu.
Aku memarkirkan kereta ditempat biasa. Aku mengeluarkan kunci klinik daripada beg tanganku. Kunci ku pulas dan menolak pintu kaca yang baru dibuka. Mata ku memandang pintu bilikku. Tidak tertutup rapat? Mesti si Aina lupalah ni. Gerutu hatiku. Aku kuak pintu bilik privasiku. Tempat aku berehat ketika tiada pesakit.
“Ya Allah! Kenapalah banyak paper atas meja ni.” Aku menggeleng melihat keadaan meja yang di penuhi kertas.
Kertas apa pulak ni? Bukan kertas kerja ni. Aku petik semua suis lampu yang menerangi private room. Tulisan ni macam aku kenal.
               “Nikan tulisan....” belum sempat aku menghabiskan kata-kataku sudah dipotong oleh seseorang.
               “Ya tulisan husband kau Aida.” Aku melihat Aina di muka pintu.
               “Awal kau datang Aina.” Aku senyum kepada Aina. Aku menarik tangannya dan duduk di sofa.
               “Kenapa kau lari dari husband kau kelmarin?” tanyanya seolah dahagakan jawapan SPM.
               “Aku tak lari Aina.”
               “Habis? Takkan husband kau datang sini macam orang gila talak? Habis semua room diterjahnya. Nasib baik time tu lunch hour. Tak da patient. Kalau ada entahlah.” Panjang lebar Aina menjelaskan.
               Aina menggenggam erat dua tanganku. “Then? What happen?” tanya ku lanjut. Mungkin benar-benar salah faham telah berlaku. Rasa bersalah mula bertandang dilubuk hati.
               “Aku suruh dia tunggu kau kat sini. Dia pun tunggu lah. Tapi dia berjalan macam orang betul-betul ditinggalkan isteri sendiri. Lepas tu dia ambil kertas kat dalam almari tu dan tulis semua benda tu.”jelasnya lagi. Seandainya apa yang di katakan Aina ini benar. Memang akulah manusia paling berdosa. Aku telah mengangkat tangan semalam. Aku hanya membisu disepanjang perbicaraan Aina.
               “Kau rehatlah dulu. Awal lagi ni. Kau dah breakfast belum?” aku menggeleng. Isyarat kepala yang aku berikan difahami oleh Aina.
               “Kau nak apa? Aku belikan. Lagipun aku nak keluar dengan Mona dan Yanti.” Aku sekali lagi menggeleng. Berharap kali ini Aina keluar. Air mata yang aku tahan kini tumpah dengan sendirinya.
#$#$#$#$#$

Desk-top dihadapan ku pandang kosong. Sungguh langsung aku tiada mood. Sejak pagi tadi aku duduk dalam private room ni. Sekarang klinik sepatutnya dah tutup, selera aku sedikit pun tidak berganjak. Aku rasa mungkin aku berseorangan di dalam klinik ni. Handphoneku tatap sepi. Walaupun sudah banyak kali Fiq menghubungi ku. Tak sanggup aku menjawab panggilannya. Aku yakin pasti mata ku akan bengkak dek tangis yang takkan berhenti dari semalam.
               “Ina? Aku ganggu kau ke?” soal Dayana. Seorang staf ku.
               “Tak” jawab ku sepatah.
               “Erm.. Ina.. Ada orang nak jumpa kau lah. Aku harap kau tak kesah. Dia kata penting sangat. Bukan pasal check-up.”Dayana memaklumkan.
               “Siapa?”sekali lagi. Sepatah lagi yang keluar. Mustahil Fiq. Diakan kenal husband aku.
               “Entah. Lupa nak tanya.” Dayana tersengih sendiri.
               “Okay! Suruh dia masuk, aku tunggu kat dalam ni.” Dayana melangkah keluar. Mungkin memaklumkan kepada orang yang berkenaan.
 Panasaran yang terasa. Pintu dikuak perlahan aku biarkan. Aku hanya menoleh dari sofa. Perempuan yang memakai baju biru dan skirt pendek paras lutut yang masuk. Aku toleh dan amati mukanya. “Minah Jeli!” dialah yang datang.
               “Boleh I duduk?” tanya Tasya a.k.a Minah jeli.
Aku hanya memberikan isyarat tubuh. Pasti dia datang untuk menceritakan hal sebenar. Kalau sama ceritanya dengan Fiq semalam, aku rela menyerah diri.
               “So? Kenapa you datang sini? Setahu I klinik I dah tutup.” Soalku tanpa membuang masa.
               “I rasa you dah salah faham Ina. Yang you tengok kelmarin tu bukan... seperti yang you sangkakan.” Ada nada serba salah dalam kegagapannya berbicara.
               “Maksud you?” aku  tetap ingin tahu. Berdebar rasanya.
               “I nak failkan penceraian i dan husband I. Tapi time I datang office husband you. I tengok ramai dah out lunch. Then, I saw husband in his office. So, I masuk and harap dia boleh tolong I dalam kes ni.” Aku membatukan diri. Mengharapkan cerita selanjutnya.
               “So, your husband handle kes I dua minggu dari sekarang. Dulu,  memang I nakkan husband you. Tapi bila I dapat tahu yang husband you tak pernah rasa cinta dengan I, I pun undur diri. More on, I let him go far from me, my soul. Lepas tu, I dengar dia dah kahwin dengan you. I sakit hati sangat. Untuk hilangkan sakit tu I kahwinlah dengan Daniel. Tapi..” tangisan yang ditahannya keluar. Aku genggam kuat tangannya.
               “Dah. Jangan cerita. By the way, thanks Tasya.” Ucapku lemah.
               “Thanks? For what?”
               “You dah bagitahu I segala-galanya.” Aku tersenyum. Cuba mengembalikan wajahnya yang manis. Memang dia cantik. Tidak dinafikan.
               “Ina. I nak minta maaf sangat-sangat dengan you.”
               “Never mind. You have done nothing for me.” Aku memang tidak menyimpan dendam langsung dengannya. Sebenarnya aku yakin dan amat yakin yang Tasya ni seorang yang baik. Aku pasti Daniel yang dimaksudkannya pasti menyesal.
               “Ina, I’ve to go now. Hope you happy with your husband.” Aku hanya tersenyum. Aku mengekori Tasya sehingga ke muka pintu utama klinikku. Aku tak menyangka aku telah melukakan hati murni seorang wanita. Kesal ku kian mendalam.
#$#$#$#$#$

Tepat pukul sebelas suku malam. Aku baru memulakan perjalanan pulang. Sengaja aku pulang lewat dari klinik tadi. Dalam perjalanan aku singgah di sebuah restoran untuk mengisi perutku yang dari semalam kosong. Kemudian aku memberhentikan keretaku di bahu jalan untuk melihat alam malam. Bintang yang bersinar-sinar. Bulan yang menghiasi kegelapan malam.
Aku memarkirkan keretaku di sebelah kereta Fiq dalam garaj. Aku menekan alat kawalan jauh keretaku untuk menguncinya. Kini tiba saat genting. Aku berharap Fiq sudah tidur. Aku tidak mahu ganggu tidurnya. Cukuplah sekali aku mencabar jiwa lelakinya. Takkan ku ulang kali kedua.
Aku perlahan-lahan membuka pintu rumah. Suis lampu seperti kelmarin ku biarkan terpadam. Sudah ku agak. Sekujur tubuh ku lihat di sofa. Fiq. Memang dia yang tidur di situ. Tapi kenapa dia masih tak salin pakaiannya? Aku mendekatinya perlahan-lahan.
Wajahnya aku amati. Rasa bersalah mengurung hati. Keletihan jelas terpancar di wajahnya yang sedang lena. Sekali lagi, permata ku ingin gugur melihat wajahnya. Takkan ku tinggal dirinya berseorangan di sini atas dasar cemburu buta yang aku bangkitkan. Pipinya yang menjadi mangsa tanganku, ku usap lembut.
               “Ina? Baru balik?” aku terperanjat.
Aku kembali terduduk di lantai. Fiq yang sudah tersedar menarik lembut bahu ku menghadapnya. Air mataku jatuh berderai. Aku masuk ke dalam dakapannya menyebabkan dia baru sahaja mahu duduk kini terbaring semula.
               “Abang.... Ina minta maaf bang... Ina tak ....” kata-kataku terhenti. Pantas Fiq meletakkan jari telunjuknya di bibirku.
               “Abang akan maafkan Ina dengan tiga syarat.” Aku menganggukkan kepala tanda bersetuju. Isteri mana yang mahu suaminya terus murka dengannya.
               “Pertama, jangan balik rumah lewat. Paling lewat pukul enam. Kalau lewat walau sesaat, your car will be mine. Kedua, jangan menangis. Tak kisahlah fasal apa sekali pun. Jangan menangis. Abang memang tak suka orang menangis. Ketiga, wajib angkat phone call abang and reply sms abang. Jangan buat abang macam orang gila lagi. Deal?” katanya sambil tanganya sibuk menyeka linangan air mata.
Aku sekali lagi mengangguk setuju. Pelukanku aku leraikan. Aku menariknya kembali duduk. Wajahnya lesu tak bermaya. Aku mengambil tangannya dan aku cium. Lama baru aku lepaskan tangannya. Aku masih rasa bersalah, masih rasa berdosa terhadap dirinya. Dia tersenyum melihat karenahku, mungkin.
               “Abang dah makan?” aku bertanya ingin menghapuskan rasa bersalah pada diriku dan dia. Dia masih dengan senyumannya lalu menggeleng.
               “Abang nak makan apa?” memang salahku. Pulang lewat ke rumah. Makan kat luar sorang-sorang.
               “Nak makan.... Ina” ketawanya pecah.
               “Ina serius ni. Abang main-main pulak.” Aku menarik muka. Berlakon merajuk.
Dipimpinnya tanganku untuk duduk di sisinya. Tangan kirinya menjalar dipinggang ku. Kepala ku sengaja aku letakkan di bahunya.
               “Abang nak makan Maggi aje. Tak payahlah masak berat-berat malam ni.”katanya.
               “Okay! Ina pergi masak sekarang. Abang pergilah mandi dulu.” Tangannya diurai perlahan. Aku tatap wajahnya. Lama.
               “Kenapa pandang abang macam tu?” tanyanya.
               “Nak tahu tak. Abang ni kacak kalau abang simpan misai dan janggut style macam ni. Kalau abang pakai kaca mata ni lagi tampan. Tapi abang tak payahlah pakai kaca mata ni.” Aku tanggalkan kaca mata berbentuk segi empat tu.
               “Kenapa pula abang tak perlu pakai?”
               “Bukan tak perlu, tapi pakai masa driving, kat rumah dan dalam pejabat aje.”
               “Kenapa pula? Kan Ina kata abang tampan pakai benda ni.” dahinya mula berkerut seribu.
               “Yelah. Tapi kalau abang pakai kat shopping complex ke kat mana-mana aje lah pendek cerita nanti abang kena flirt dengan perempuan-perempuan kat luar sana... Ina macam mana?” Fiq ketawa, kali ini lebih kuat. Berdekah-dekah.
               “Abang suka lah. Nanti tak fasal-fasal Ina dapat madu, kalau tak pun Ina jadi janda.” Protesku. Merajuk. Ketawanya terhenti.
               “Abang tak suka Ina cakap fasal benda-benda cerai berai ni. Madu pun tak nak lepas ni! Janji dengan abang!” Fiq menarik dagu perlahan. Panahan matanya tepat dihati. Aku dapat melihat keikhlasan kata-katanya melalui pandangan itu.
               “Betul abang takkan tinggalkan Ina.” Sengaja aku mencari kepastian.
               “Pergilah masak. Abang nak mandi ni.” Lengannya aku paut. Langkahnya yang mahu bergerak ke bilik terhenti.
               “Abang tak jawab lagi soalan Ina.” Aku masih menginginkan kata putus. Fiq merapatkan wajahnya ke telinga ku.
               “Hanya ajal yang memisahkan kita sayang sebab hanya Aida Syakinah yang layak menjadi permaisuri yang menemani abang di hati ni.” Bisiknya menyebabkan aku terharu. Berderau dada ku. Bibirnya menyinggah di dahiku sebelum dia membuka langkah ke bilik.
               “Cepatlah masak. Nanti abang kebulur. Dari tengah hari semalam abang tak makan ni.” Jelas suaranya kedengaran. Dari tengah hari semalam? Memang semuanya salah ku. Lantas aku pergi ke dapur untuk masak. Selepas ini aku berjanji pada diri dan hati ini  takkan membuat Fiq terseksa. Ini syarat keempat baginya walaupun tidak dipintanya.
#$#$#$#$#$

25/4/2011-ISNIN
Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Disebabkan aku cemburu buta, abang Fiq yang menjadi mangsa.terukkan aku ni? Hihi.. 1 setengah hari dia tak makan. Itu menurut katanya. Tapi takkan dia mahu menipu. Dalam keadaan kami berdamai aku telah menyetujui 4 syarat padanya. Sebenarnya 3 aje. Tapi satu aku tambah sebagai tanda menebus rasa kasih seorang suami yang telah aku sakiti.
+ pulang rumah awal dan paling lewat pukul 6.
+ jangan menangis
+ wajib answer call and reply every his message.
+ takkan membuat jiwanya dan dirinya terseksa kerna ku.....
               “Buat apa tu?” sergah Fiq setelah terjun ke atas katil.
               “Berenang.. boleh tak kalau abang tak buat Ina terperanjat?” segera tanganku menyorokkan diari di bawah bantal.
               “Sorok apa tu?” belum sempat aku masukkan ke bawah bantal tangannya segera mengambil diari ku.
               “Ei.. abang nikan boleh tak jangan kacau barang Ina.”
               “Ina isteri abang.. so... Tiada rahsia antara kita.” Katanya sambil mengenyitkan matanya. Sakit hati ku dengan tindakannya.
               “erm... sayang juga Ina kat abang ye. Kalau macam ni abang nak bukukan diari Ina ni lepas tu jual. Biar dia orang tahu sayangnya Ina pada abang. Abang nak baca kuat-kuatlah. Biar daddy, ibu dan ayah dengar pengakuan puteri tunggal dia orang ni.” Ugut Fiq.
               “Sayang dulu aje.. Sekarang ni tak dah!” muka protes aku tayang lagi.
               “Ala tome-tome. Merajuk ye?” hidungku ditarik.
Ketukan di pintu membuatkan Fiq melepaskan cubitannya. Aku menapak ke pintu. Tombol pintu ku pulas dan ku kuak sedikit. Ayah yang berdiri di situ.
               “Kamu dua jom turun makan. Takkan lepas masak terus berkurung kat bilik kot...” Datuk Rashdan menyuarakan hasratnya.
               “Hah! Betul tu. Turunlah banyak nak kena bincang ni.” Datuk Johari pula menyampuk.
               “Okay.” Aku terus menurut langkah ayah dan daddy. Fiq aku tinggal bersendirian di atas. Pandailah dia nak turun sendiri.
               “Makanlah! Kan Ina sendiri yang masak.” Datin Iffah mempelawa.
               “Kamu sorang aje ke? Fiq mana?” tanya daddy yang membuat ku kelu. Tidak tahu apa yang hendak di jawab.
               “Kat sini daddy.” Fiq menunjukkan tanda kedamaian aku kerling sekilas.
               “Marah ke?” bisik Fiq. Aku tetap membisu. Biar protesku betul menjadi saat ni.
               “Korang berdua ni apa kes? Bisik berbisik.” Mummy menegur.
               “Mana ada mummy. Daddy nak bincang apa tadi?” soal Fiq mengubah topik perbualan.
               “Ayah dengan daddy dah buat satu syarikat untuk korang berdua. Jadi korang bincang la bila nak take over syarikat tu.”
               “Nantilah dulu ayah. Tunggu kes Fiq selesai.”
               “Kamu tu dari dulu nanti. Hari tu masa tanya bila nak ada anak kamu kata nanti juga kan?” tepat peluru berpandu 700 kilometer per seconds kena batang hidung kami berdua. Aku masih lagi membatu. Biarkan ketiga-tiga lelaki yang bersuara. Pandai-pandailah Fiq undercover aku nanti.
               “Fiq bukan apa. Fiq tengah pertimbangkan ni.”
               “Pertimbangkan apa Fiq?” soal ayah, daddy dan mummy serentak.
               “Tak hari tu Fiq bagi tahu Ina yang Fiq nak dua orang anak. Tapi itulah puteri lilin ni tak nak dia  kata dia nak dua puluh lapan orang anak. Fiq pun blur sampai sekarang.” Aku tersedak. Semua makanan yang yang aku baru suapkan tersembur keluar. Aku dapat dengar dengan jelas ketawa semua orang. Pinggang Fiq aku tabur cubitan.
               “Tak da! Abang Fiq ni main sedap mulut aje kan.” Aku menafikan. Aku meneruskan suapan. Ingin meninggalkan ruang makan itu.
               “Apa salahnya 28 orang?” sekali lagi serentak ketiga-tiga orang tua bersuara seolah-olah bersetuju dengan tuduhan tak berasas Fiq.
#$#$#$#$#$

Aku terus ke balkoni bilikku. Tidak ingin rasanya berkata-kata dengan sesiapa. Rasa sakit hatiku terhadap Fiq masih membahang. Tombol pintu dipulas aku yakin dan pasti itu mesti dia. Aku terus melemparkan pandangan ku jauh. Memerhati sekalian alam. Langit malam berseri indah. Sehinggakan aku  tidak sedari Fiq berdiri di sebelahku.
               “Jauh termenung. Menungkan siapa tu?” tanya Fiq sambil tangannya menggatal ingin memeluk aku. Tanganku lebih pantas menepis tangannya dan berlalu pergi. Perjalanan ku terhenti. Tangan ku sempat ditariknya dan menimbusku dalam pelukan. Aku tahu kami bukan lagi di balkoni. Suasananya sudah berlainan.
               “Kenapa Ina tak nak cakap dengan abang? Marah sebab abang baca diari Ina ke sebab abang cakap 28 orang tu?” kini di meleraikan pelukannya tadi.
               “Tenangkanlah fikiran Ina dulu.” Akhirnya dia mengalah setelah lama aku membisu. Kini dia menapak keluar dari bilik. Lakonan ku menjadi. Memandangkan parents kita orang dah keluar tadi bolehlah aku meneruskan lakonan ni.
Aku mengintai gerak Fiq. Dia menuju ke bilik kosong. Buat apa dia kat situ? Biar aje lah dia. Bunyi piano di mainkan menemani suasana. Mesti dia yang main. Kenapa aku tak tahu yang dia pandai main piano. Sedap dan merdu aje bunyinya. Lirik-lirik lagu ni macam pernah aku baca.
I can be tough, I can be strong
But with you, it's not like that at all
There's a girl that gives a shit
Behind this wall, you just walk through it
And I remember all those crazy things you said
You left them running though my head
You're always there, you're everywhere
But right now I wish you were here
All those crazy things we did
Didn't think about it, just went with it
You're always there, you're everywhere
But right now I wish you were here
Damn, damn, damn
What I'd do to have you here, here, here
I wish you were here
Damn, damn, damn
What I'd do to have you near, near, near
I wish you were here
I love the way you are It's who I am, don't have to try hard
We always say, say it like it is And the truth is that I really miss
All those crazy things you said
You left them running though my head You're always there, you're everywhere
But right now I wish you were here

Memang sama lagu ni. Aku kembali menatap bait-bait kata yang tertulis pada kertas ni. Kertas yang aku ambil dari mejaku di private room tempoh hari. Betullah kata Aina. Memang Fiq yang tulis. Tangan ku gatal memulas tombol pintu bilik.
Aku melihat Fiq duduk menghadap komputer ribanya di sebelah piano. Diriku seolah-olah tidak dipedulikan di situ. Aku tetap berani maju kehadapan untuk bersemuka dengannya.  Matanya tetap menghadap komputer. Aku bagaikan pokok bertangan dan berkaki di situ. Aku teru pergi ke belakangnya. Memicit bahunya mengharapkan perhatian darinya.
               “Dah tak merajuk dah?”soalnya sambil memalingkan wajahnya  menghadap wajah ku.
               “Belum.”jawab ku sambil  melepaskan tangan ku yang memegang bahunya. Dia lebih licik daripada aku rupanya. Tanganku di pegangnya. Menarik aku ke sofa yang dia duduk.
               “Kenapa buat macam ni?” soalnya. Aku hanya menjadi tiang di situ. Tidak mahu menjawab sepatah pun.
               “Okay! Kalau tak mau jawab tak pa. Bukan salah abang kalau abang tak boleh nak maafkan Ina. Sebab Ina dah buat abang terseksa.” Tanganku dilepasnya. Aku genggam erat tanganya. Melentokkan kepalaku dibahunya.
               “La... Patutlah duk picit bahu abang. Nak menumpang kasih kat situ rupanya.”
               “Tak da lah.” Aku menfikan.
               “Aduh! Jadi yang ni?”soalnya setelah aku cubit perutnya kali ni.
               “Yang ni nak minta maaf aje sebab tak tegur abang tadi.”aku menghentikan lakonan tak berepisod ku di situ.
               “Ina kena denda la sebab Ina langgar syarat keempat.” Katanya bersungguh-sungguh.
               “Okay! Anak kita dua orang aje. Abang tak sanggup 28 orang. Boleh pengsan berjalan abang nanti.” Dia ketawa di hujung bicaranya.
               “Abang ni... Ina tak penah pun minta macam tu. Abang aje yang buat cerita.”
               “Jadi Ina marah fasal ni la ye? Kalau macam tu abang nak dua orang. Sorang lelaki sorang perempuan. Tapi dapat kembar pun best kan.” Aku mengangguk setuju. Aku juga menginginkan sepertinya. Cuma hanya Dia yang tahu.
#$#$#$#$#$

Termasuk ni dah dua kali aku muntah. Aku juga mengambil cuti hari ni. Aina sudah aku maklumkan ketika di klinik tadi. Aku mengambil pregnancy test atas nasihat Aina. Aku membuat pemeriksaan tadi. Tak sabar rasanya hendak beritahu Fiq tentang ini. Gemuruh hati.
               “Assaamualaikum.” Itu mesti Fiq. Pintu ku kuak dan mengambil huluran tangannya dan mencium seperti biasa.
               “Waalaikumussalam.” Jawabku bersemangat.
               “Ina off ke? Sakit? Tak bagitahu abang pun.” Katanya cemas.
               “Ina memang tak sihat pagi tadi. Tapi baru sihat balik tadi.”
               “Maksud Ina?” dahinya berkerut seribu.
               “Ina mengandung. Dah dua bulan.” Kataku bersungguh-sungguh.
               “Ye ke?” aku mengangguk. Ciuman yang diberikan di dahi membuat hati ku girang.
#$#$#$#$#$

“Abang!! Sakit!!” laung ku ketika dalam perjalanan ke hospital.
               “Sabar! Kita dah sampai dah ni.”
Aku dikejarkan ke hospital kerana perut ku terasa sakit yang amat. Mujur Fiq mengambil cuti hari ni alasannya untuk menjaga aku.
               “Okey puan! Teran! Sikit lagi ni!”
               “Argh!! Sakit abang!! Lepas ni abang yang mengandung.  Biar abang tahu macam mana sakit dia.”
               “Sabarlah sayang!”
Aku memang tak sanggup. Teran! Hanya itu yang diarahkan. Melahrkan anak kembar seperti Fiq pinta benar-benar menguji ku sebagai seorang isteri. Lega!! Semuanya sudah berakhir. Kedua-dua anakku selamat. Terasa lemah satu badan. Keletihan bertarung sejam setengah untuk membahagiakan Fiq. Aku akan selalu membuatnya bahagia.
               “Ibu! Ini Megat Suhaimi. Ini Azilla Syafirah.” Tercuit hati ku melihat gelagat Fiq memperkenalkan kedua-dua anak kembarnya kepada aku.
               “Lepas ni abah dah ada penggangti ibu di hati.” Kata ku sambil membelai Ila.
               “Takkan ada pengganti Ina di hati abang.” Suaranya sayu. Bibirnya menjengah didahi ku.
Mungkin inilah kebahagian yang sebenarnya. Syukur Alhamdulillah. Akhirnya doa kami dimakbulkan. Aku harap selepas ini kami menjadi ibu bapa yang trbaik buat putera dan puteri kami.


Cemburu tandanya sayang...
Pergaduhan membuatkan rindu...
Pelukan merapatkan hubungan...
Air mata permata kebahagiaan...
~TaMaT~

Asyraf_Sarifudin
31/12/2011
7:35 p.m
Sabtu
Didedikasikan khas buat khusnul syakinah.. nama syakinah yang digunakan juga kerna dirinya..... Syukur alhamdulillah... cerpen sambungan hati ini takkan berdusta melabuhkan tirainya.... selamat tahun baru....

1 ulasan:

perisai ketenangan berkata...

wahhh....khas untk ak...haha *dgn ini ak mengisyhtiharkn bhwa ak bangga* hahaha :P wei..bknnya org b'salin lbih kurg 4 jam ka 2 baby? uish! teda tw la juak aku.ak bc di crpen mcm tu la..haha cpt lak ko punya bby ni...sejam stgh ja..hehe