Halaman

Rabu, 21 Disember 2011

HATI INI TAKKAN BERDUSTA (cerpen pertama)

                Lega! Itulah yang dirasai ketika ini oleh Ina.  Kerja sebagai seorang doktor di klinik di Kota Kinabalu, Sabah. Rumit. Hanya itu dapat digambarkan. Dia melelapkan matanya seketika di peraduannya. Matanya tertutup rapat, tapi kindanya jauh berlari entah hilang ke mana.
“Assalamualaikum, Ina bangun sayang” ucap ayahnya di balik daun pintuyang baru dikuaknya.
                “Waalaikumussalam , masuklah yah pintu tak kunci pun” jawabnya dalam keadaan mamai di join sekali dengan sangap yang sungguh luar biasa.
                “Ya Allah! Anak dara sorang ni. Kalau ya pun tutuplah mulut tu. Ayah ingat singa mana sangap tadi! Control-controllah sikit. Satu lagi, kalau penat pun pergilah mandi dulu baru layan mimpi tu. Ni tak sampai bau masam satu bilik ni! Dah pergi mandi sekarang.” Bebel Datuk Rashdan sambil melabuhkan punggungnya di birai katil anaknya.
                “Alah! Kejaplah yah! Baru Shah Rukh Khan nak masuk mimpi tadi. Ayah ni potong stim betullah. Orang penat kerja pun kena masuk washing machine.” Ujarnya dengan nada selamba setelah melandingkan kepalanya di riba Datuk Rashdan.
                “Dah! No Excuse! No Objection! Pegi mandi sekarang bukan tidur kat paha ayah ni. Kang ayah pun bau masa. Cepat!” kini suaranya lebih tegas.
                “Yalah!”
Ina segera mencapai tuala yang tersidai diluar bilik mandinya. Langkahnya terhenti seketika.
                “Apa lagi tu? Takkan nak ayah pimpin masuk sekali ke toilet tu?”
                “Ina macam ada lupa something tapi tak tau apa yah.”
                “Ayah pun rasa macam ada something wrong hari ni”ucapnya bernada sindiran terus live kepada anaknya.
                “Ina dah tau. He.. he..” segera dia mencium tangan dan pipi ayahnya seraya meneruskan hasratnya.
                “Mandi cepat! Ikut ayah solat ke masjid malam ni! “Wajib!”
Sempat juga ayahnya memberi arahan sebelum meninggalkan peraduan satu-satunya anakandanya yang tersayang. Datuk Rashdan dan anaknya memang bagai aur dan tebing. Semalas-malas anaknya itulah yang menceriakan detik demi detik hidupnya dek kerana sifatnya yang manja dan periang itu.
#$#$#$#$#$



                “Fuhhhhhhh!!!!” keluh keras  Ina seraya melentokkan kepalanya ke paha ayahnya lagi. Itulah kerjanya setiap hari setelah penat membanting tulang di klinik miliknya.
                “ Tak elok mengeluh. Rezeki lari kang. Dah tu, air liur dok terbang berterabur!” bantah Datuk Rashdan sambil mengusap lembut rambut anaknya itu sambil tergelak kecil.
                “Tak de la. Ayah ni, orang tengah penat pun nak kena sakat! Ayah tak penat ke sakat puteri Datuk Rashdan ni? ” balas Ina dengan nada tidak puas hati. Satu cubitan hinggap di paha Datuk Rashdan menyebabkan dia menjerit kecil.
                “Cubitlah lagi! Main cubit aje nanti cari teman bermanja situ jugak landing kepala dia” buat wajah protes.
                “Sakit ke? Ayah, I’m so sorry, i’m didn’t think that my pinch is too painful.” Pujuknya diikuti ciuman pipi ayahnya yang hitam manis.
                “Never mind. Ciuman tu rasuah ke bodek ayah?”
                “Orang ikhlaslah ayah.” Ketawa Datuk Rashdan melihat telatah anaknya itu. Ina pula masih mencebikkan mulutnya 13 inci kedepan seiring dengan muka seringgit setengah tanda merajuk.
                “Bangunlah Ina. Ayah nak masuk tidur dah ni. Penat. Lenguh satu badan.”
                “Nantilah yah. Temankan Ina tengok filem S3RAM ni. Ina takut nak tengok sorang.”
                “Layan sendiri. Kalau takut sangat suruh aje kucing tu temankan.”
                “Kejaplah. 15 minit aje lagi. Ayah tak takut ke kalau Ina kena heart attack tiba-tiba kat sini?
                “Tak de maknanya heart attack. Ayah yang kena heart attack nanti cari kamu yang dah berguling-guling ke tengah jalanraya tu hah. Tak pandai nak control sleep-walking sendiri.” Panjang lebar bebel Datuk Rashdan. Gelak mereka besatu. Terpaksalah Datuk Rashdan mengalah dengan anak gadisnya.
                “Aik?? Kata nak tengok tv, ni dah tv tengok dia. Cepatnya terlelap.” tergelak kecil hati Datuk Rashdan. Anak sorang tapi perangai manja yang amat macam jaga 3 orang anak kecil. Boleh awet muda aku kalau hari-hari macam ni. Gumam hatinya. Setelah mengucup kedua-dua pipi dan dahi anaknya. Matanya mula tertutup sehingga semuanya sudah menjadi gelap. Apa boleh buat Rashdan. Dah takdir kau kena tidur duduk malam ni. He..he..  rintih hatinya.

#$#$#$#$#$

“ARGH!!!!” jerit seorang lelaki yang sedang dirawat di bilik Ina. Ops!! Doktor Ina.
                “Sabarlah sikit. Dah tua bangka pun memekik macam perempuan aje! Ini baru terseliuh belum lagi kes patah! Muka hensem tapi pitch suara langsung tak jaga.”
                “Banyaklah doktor punya seliuh! Ingat saya ni nangka ke nak sabar dengan sakit membunuh ni?”
                “Dah! Diam! Awak murai jantan boleh tunggu kat luar! Awak yang pakai kot tunggu kat sini!”  arahnya kepada pesakit dan kawannya.
                “ Ambil ubat ni kat luar. And pastikan kawan awak or whateverlah urut kaki dia dengan ubat ni.” Ujarnya dengan muka selamba.
                “Okay! Tapi boleh saya minta nombor telefon and nama sekali?”
Aik. Orang ni nak makan kasut aku ke? Sempat lagi mengatur langkah nak tackle aku. Aku keluarkan taek-wan-do aku tertelan adam apple lah mamat ni. By the way, tak kesahlah. Hensem jugak. He..he..
                “Nak buat apa tapi tak kesahlah. Aida Syakinah. Ni kad saya!” kad dihulurnya bertukar tangan.
                “Nice name. See you next time.” Lelaki itu dah angkat kaki blah dari biliknya.
#$#$#$#$#$

Seronok juga layan perasaan solo-solo ni. Entah kenapa baru dua makhluk yang mendaftar jadi patient hari ni. Mungkin hari sihat sedunia kot. Kalau hari-hari macam ni  tup.. tup.. lipat kedailah aku. Tersengih. Dah nak lunch dah ni. Nak tembak kedai mana ek? Macam dah semua kedai aku dah round. Nada dering Tell Me Your Wish mengheret dia ke alam nyata.
‘Mamat ke minah mana pulak yang mengganggu kententeraman awam puteri Datuk Rashdan ni. Nak kena gulung-gulung ke?’ desis hatinya seraya menekan butang jawab yang terpampang di skrin iPhone miliknya.
“Asslamualaikum, ini Aida Syakinah ke?” Ina terkesima. Suara mamat mana pulak ni. Pantang ketiak wangi aku bila orang call kenal aku sedangkan aku tak kenal ni. Aku salai-salailah kalau aku jumpa ni.
“Helo.. Anybody there?”
“Yeah! Syakinah speaking. Who’s there.” Tanyanya ingin tahu suara rockers mana berani mati nak call dia.
“Busy ke? Keluar lunch jom” Ina tersengih. Gila ke mamat ni ajak aku keluar lunch. Tak kesahlah. Perut aku dah nyanyi lagu Madah Berhalang ni.
“Okey. Jumpa kat mana?”
“I’ll be there in 5 minutes. Tunggu aje kat klinik awak.”Punat end call ditekan. 
‘Tak pasal-pasal kena tunggu mat salleh sesat ni. ‘ gumam hatinya sambil mengorak langkah masuk ke dalam bilik rawatannya.

#$#$#$#$#$
                “Assalamualaikum, awak kat mana ni? Keluar cepat. I dah sharp depan office awak ni.”akhirnya arahan telah dikeluarkan setelah menunggu selama 4 minit 12 saat. He..he..
                “ Waalaikumussalam. Awakkan ajak I. Jadi turunlah iring I.” Tergelak kecil Ina kerana berjaya mengenakan mamat yang ada kat dalam kereta BMW biru. Sempat juga dia mengintai dari celah ketiak tingkapnya.
                “Erm, I dah duduk depan awak ni. Tak payahlah nak sibuk-sibuk mengintai dari celah tingkap tu.” Terkejut beruk. Itulah yang jelas d tonjolkan oleh wajahnya kemudian menekan end call.
                “Awak ni orang yang minta number phone saya kan?” katanya dalam nada tersekat-sekat. Cover the page orang kata. Malu besar kena tangkap dengan kegiatan haramnya tadi.
                “Yes! I am Megat Syafiqri. Just call me Fiq. I’m more comfortable with it.”
                “Just call me Ina.”
                “So? Jom kita gerak, kata nak kena iring.” Gelak Fiq memecah kesunyian untuk beberapa detik.
                “Kita lunch kat Restoran Seri Melaka.” Arahnya seraya menuju ke kereta BMW milik Fiq.
#$#$#$#$#$

Bestnya kalau hari-hari dapat lunch dengan lawyer. He.. he.. Hensem juga  Fiq ek belum plus baik and ramahnya lagi. Baru sehari kenal dah cair macam ni. Tapi impossible dia tak da mak we. Biar je lah. Ada aku kesah? He.. he..
                “Yang tersengih sorang-sorang ni apa kes?” Ina menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tak perasan pula ayahnya tadi ada kat situ.
                “Sejak bila ayah kat sini?” muka tanpa rasa bersalah ditunjukkan sambil menyambut mesra tangan ayahnya. Siap advance lagi dapat 2 kisses di pipi dan dahi ayahnya.
                “Dari planet ke 10 dijumpa. Dahlah anak ayah yang masam lagi melekit plus hapak ni pegi mandi dulu. Ayah dah masak then kita dinner sama-sama.” Tergelak besar Datuk Rashdan dengan sindiran powernya. Ina mulalah tarik muka lapan belas dia tu.
                “Ayah masak? Biar betul? Correction! ”dahinya sengaja dikerutkan. Seolah-olah tidak percaya ayahnya cooking-cooking ni namun hakikatnya dah lebih 300 juta kali ayahnya masak untuk dia semenjak arwah ibunya pergi menghadap Ilahi.
“Kenapa? Tak percayake? Kalau harapkan kamu memang kering kebulurlah ayah. Cepat mandi. Semalam Ina dera ayahkan? Malam ni Ina kena denda urut and suap ayah makan malam.”
                “Kenapa pula?”
                “ Ayah rasa kamu ni belum bersaudara lagi dengan badak-badak  tu yang dapat pangkat pekak tu.  Ayah dah cakap tadi kamu dera ayah semalam. Pangku kepala kamu. Lenguh badan ayah tidur duduk tau. Kalau tertanggal skru tulang belakang ayah macam mana? Ina bukannya nak rawat ayah dia sendiri. No Excuse! No Objection! Mulalah tu lari dari tanggungjawab. Orang bercakap sikit dah banyak komen bisinglah pot pet pot pet!” tegas sikit suara ayahnya tatkala melihat Ina sudah mengangkat kaki ke peraduannya.
Hm.... Ayah.. sekali buka mulut, 3 generasi dengar berdarah tahi telinga aku ni. He.. he.. Ada aku kesah?  Tetiba rindu jugak dengan mamat Fiq tu. Aih? Baru lunch sama-sama tadi. Itupun baru sehari dah angau. Alamat cepatlah ayah dan kawan-kawan aku merasa nasi minyak aku. Eh.. Kenapa jauh kepala otak aku ni menerawang jauh ni. Inikah cinta pandangan pertama? This is the first angau that i have ever feel. Desis hatinya. Tersengih sendirian.
#$#$#$#$#$
Aduh! Mana abang Fiq ni? Dah lunch hour ni. Aik?? Sejak bila berabang-abang ni? Lantaklah, memang dia tua 4 tahun tua dari aku. He.. he.. Panjang umur. Baru aje nak buka kelab mengumpat sorang-sorang. Macam tau-tau aje.
                “Sorry I’m late honey. Baru dapat kes tadi. Tuah awak kot.” Gelaknya seraya membuka pintu untuk Ina. So sweet. Sejak bila ber’honey’-‘honey’ ni? Tak masuk dek akal. Tapi tak salah jugak sebab aku pun panggil dia ‘abang’.
                “Never mind. Thank you. You dapat kes apa? Saman menyaman ke?” soalnya ingin tahu sementelah Fiq duduk di bangku pemandu.
                “ Oh.. Kes ni rumit sangat-sangat. Ada ku KESah.” Sengaja ditekan perkataan kes itu. Ina hanya mendengus geram.
Belum pernah lagi Aida Syakinah dimalukan di depan patung Luffy One Piece yang terangguk-angguk tanpa feeling ni. Ayah aku pun tak pernah malukan aku seteruk ni. Aku lipat la mamat over sempoi ni.
                “Ha.. Ha.. Lawaklah sangat. Orang seriuslah okey? Nak kena libaske? Tup.. tup.. Tidur hospital you esok. Baru padan muka.” Bebel Ina melepas geram melihat Fiq masih terkehek-kehek.
                “Ala.. I gurau aje. Abangkan ambil bahagian syariah. You pun pelupa sangat. Kes I masih sama lagi. Mengurus kes cerai berai ni.” Terang Fiq.
Kan bagus kalau kata awal-awal tadi. Tak lah kena smash Lin Wei (gabungan Lin Dan Chong Wei).
                “You, kita lunch kat restoran mana?”
                “Restoran depan ni” jawabnya acuh tak acuh.
                “Wah! You tau-tau aje kan pilih restoran dekat dengan rumah I.”senyum kambing tak mandi dipamerkan.
                “Oh! Ye ke? Jadi rumah you kat house area depan tu?” Ina hanya mengangguk.
                “you free tak esok? Family I ajak dinner kat rumah I. Maklumlah nak kenal bakal menantu dan besen. Eh.. Besan. Tersyasyul masyul pulak.” Mereka tergelak kecil setelah bisu tanpa bicara.
Aik? Biar betul dia ni? Baru sehari dua nak semai bibit cinta dah ajak kahwin? Mabuk apa dia ni? Apa dah kemaruk sangat?
                “Yang benar? Kok ya pun tunggu la sebulan dua. Nantila I bagi kata putus kat you.”balasnya selamba seraya mengeluarkan kepala seat belt dari soket.
Sementelah mereka memakir kereta dan terus mengambil tempat duduk di penjuru restoran. Mengelakkan hiruk-pikuk pelanggan restoran yang lain. Rasa tidak sedap hati di telan kelat. Entah apa yang bermain dengan perasaanya. Ina tetap menunjukkan muka  positif.
                “Ina, I nak ke tandas dulu! Order kan I makanan sama macam Ina la and teh tarik panas ya. I nak panaskan badan. Tengokla hujan lebat tu sejuk sangat. Ingat tau.” Ina hanya mengangguk. Entah kenapa hilang mood murainya. Biasanya 1 dikata 15 di jawabnya. Itu pun belum masuk huraian baru intro. Endingnya pulak entah macam mana.
Perjalanan Fiq ke tandas dihantar melalui ekor mata. Seolah-olah dirinya menjadi lemah semacam menoleh pun dah tak sanggup. Magicnya tempat ni.

                Tup! Bunyi hentakan meja menyedarkan dia dari lamunan jauh. Ini yang pantang ni. Baru aje nak feeling-feeling layan aksi romantik Bollywood guling-guling atas tanah dah hentak-hentak meja aku ni! Getus hatinya seraya memandang muka nenek kebayan mana mengejutkan dia dari guling-guling tadi.
                “Eh! Kau ni kenapa? Datang-datang hempas-hempas meja? Dah lama sangat ke hidup? Aku hempas kepala kau kang. Tak fasal-fasal kena tidur ICU straight 3 abad!” herdik Ina. Walaupun ada sedikit getaran takut di hatinya.
                “Ikut sedap mulut kau aje nak hempas-hempas kepala orang erk? Apa kau tu bagus sangat? Dah la perampas future husband orang buat muka innocent lagi!”balas wanita lingkuan 28 ke 29 tahun.
Aik? Dahla main terjah-terjah nak menuduh pulak? Aku sepak kang minah jeli ni. Baru padan dengan jerawat muka dia.
                “Siapa yang perampas? Aku tak kenal kau tetiba aje nak label orang perampas. Ikut sedap anak tekak dia aje!”
                “Eh! Jadi Syafiqri tu future husband aku! Kau keluar date dengan dia suka-suka itu bukan perampas ke nama dia?”
                “Oi! Dah lah! Siapa nak sangat dengan Megat Syafiqri tu hah? Setakat dia tu aku tak ingin la!”
                “Dah tau tak ingin jadi ken......”
Kata-katanya terputus setelah mendapat jeritan echo dari belakang. Fiq berlari-lari anak ke arah pertengkaran 2 wanita yang dikenalinya.
                “Dah! Malulah sikit, ini tempat public! You pun satu! I kan dah kata you jangan.....” bicaranya terhenti ketika perasan Ina sudah mengorak langkah keluar dari restoran.
                “Ina!” jeritnya! Langkahnya terhenti ketika tangannya disentap.
                “Eh! You jangan pernah kacau hidup I lagi! I tak kenal pun you!” tangannya disentap terlepas daripada pautan wanita tadi. Bayang Ina sudah hilang. Sama ada dia dah jauh atau dia dicover dek hujan lebat.
Enjin kereta BMW biru tuanya dihidupkan. Terus mencari Ina di tempat terakhir dia melihatnya. Fikirannya buntu. Langsung tidak menyangka perkara ni berlaku. Keluh hatinya. Kelibat seorang wanita berbaju kurung biru laut memasuki lorong perumahan. Lagaknya juga seperti Ina.
                “INA!” jeritnya dalam kereta lantas memberhentikan BMW miliknya di bahu jalan. Fiq mengejar Ina yang semakin menjauh. Perasaan serba salah semakin memuncak.
                “Ina! Stop Ina! Let me explain!” rintihnya melihat Ina yang menangis teresak-esak.
                “Explain apa lagi? Semuanya dah jelas! I heard it totally clear! I’m not deaf!”Ina berhujah dan meneruskan langkahnya masuk ke dalam sebuah banglo mewah milik ayahnya.
                “Ina!” dia terus mengejar sehingga berada di hadapan pintu banglo.
                “Ina? Kenapa ni?” soal Datuk Rashdan yang melihat anaknya menangis dan terus melangkah ke bilik. Ingin diekori langkah anaknya. Tongkahannya berhenti dek pintu rumah diketuk.
Langkahnya disegerakan. Daun pintu dikuak lebar. Melihat seorang leleki yang lencun dek hujan segera ditarik masuk.
                “Kamu ni siapa? Kenapa kuyup semacam aje ni?”soalnya lembut.
                “Saya Fiq pak cik. Kawan Ina. Saya datang ni sebab nak bagitahu cerita sebenarnya. Takut dia salah faham memanjang.”terangnya sambil menggigil.
                “Oh! Jadi kamu tau la kenapa anak pak cik nangis macam tu?”tanyanya sambil tersenyum. Entah sinis, hambar atau pun ikhlas sukar ditafsirkan.
                “Semua ni salah saya pak cik. Semuanya berla...”kata-kata dipotong oleh Datuk Rashdan.
                “Dah la. Kamu ni dah lencun habis. Kamu duduklah dulu.”dia mempersilakan Fiq duduk di sofa sambil memuncungkan mulut sebagai petunjuk.
Fiq hanya mengikut arahan. Dia duduk terketar-ketar kesejukan.
                “Nah! Ambil tuala ni keringkan badan kamu. Lepas tu kalau nak mandi tandas ada kat sana. Minum milo ni untuk sejukkan badan kamu. Kamu nak pak cik off kan kipas ke?” panjang lebar Datuk Rashdan bertutur. Fiq hanya menggeleng.
‘Baiknya pak cik ni. Kalau anak orang lain yang aku bagi nangis boleh mati dibelasah.’ Dia bermonolog seketika memuji lelaki dihadapannya.
“Terima kasihlah pak cik. Saya banyak susahkan pak cik.”ujarnya dalam keadaan terketa-ketar.
“My pleasure. Dah tanggungjawab pak cik bantu membantu. Kamu buatlah benda yang kamu nak. Jangan rompak pak cik sudah. Pak cik nak pujuk pujaan Malaya kat atas tu dulu.”
Fiq hanya mengangguk dalam dakapan tuala putih bersih yang membungkus sebahagian tubuhnya. Dia melabuhkan kepalanya yang berat di sisi sofa dan terus terlelap dalam keadaan hatinya yang gundah-gulana. Kalau berterusan begini. Hati yang gundah gulana boleh bertukar jadi robot gulai gundam.
#$#$#$#$#$
Mak ai.. bukan main sedap lagi aku tidur. Aku di mana ni? Siapa bawa lari aku siap bagi tuala ni? Aduh! Sakit kepala ni langsung tak ikut timing la nak sakit. Ya Allah! Aku kat rumah Ina ni.
                “Ah.. dah sedar pun kamu Fiq. Kamu dah mandi ke belum?” suara garau Datuk Rashdan memecah hening malam melihat Fiq yang sedang asyik memisat misat matanya.
                “Eh pak cik. Belum pak cik. Sekarang dah pukul berapa?” soalnya seraya melancarkan cubaan untuk berdiri.
                “Dah pukul 10 malam dah ni. Lena kamu tidur sampai waktu pun tak sedar berlalu.” Jawabnya sambil tersengih. Ada nada sindiran dalam bait bicaranya.
Kedumbbbb... Fiq tersembam ke lantai. Kudratnya begitu sedikit. Jauh kurang dari tahap maksima. Kepalanya terasa berat. Seolah dunia berpusing dan terus berpusing membiarkan dia terkial-kial. Matanya dipejam agar merasakan sedikit tenang. wajahnya pucat lesi tidak di hiraukan.
                “Astaghfirullah, kamu okey ke Fiq?”Datuk Rashdan membaringkan Fiq yang longlai kembali ke sofa. Tangannya segera dipanjangkan menyentuh dahi Fiq. Mukanya mula menunjukkan reaksi negatif.
                “Ya Allah. Kamu demam ni Fiq. Panas sangat ni. Kita pergi klinik ya nak.”
                “Tak pa la pak cik. Sikit aje ni. Nanti sejam dua kang kebahlah dia.”ujarnya dengan nada lemah.
                “Ish!  suka kamu lah. Ni telan panadol ni. Lepas tu ikut pak cik ke atas. Pak cik dah sediakan bilik untuk kamu.” Ujarnya sambil menghulurkan mug berisi air kosong dan 2 biji panadol.
Alahai... kenapala kena attack time-time macam ni. Dah tak larat aku nak gerak. Macam nak pitam aje rasanya. Adoi. Tak pa mesti ada hikmah disebalik tirai demam yang sah bukan H1N1.
                “Terima kasihla pak cik. Buat susah aje. Bulan pun dah tegak atas kepala ni pak cik. Saya minta diri dulula. Rasanya tak manis kalau saya duk sini.” Dia menolak tawaran tu.
Bukannya apa, dia tak senggup susahkan Datuk Rashdan yang baru dikenalinya beberapa jam yang lalu. Lagipun, Datuk Rashdan terlalu baik melayan dirinya.
                “Dah tak da alasan. Kamu tak nak ke klinik pak cik turutkan. Tapi kamu kena tidur sini. Malam pun dah berkedut menunjukkan tanda tua. Memangla kamu rasa tak manis sebab kamu ni demam. Rasa kelat dan pahit aje memanjang.” Bebel Datuk Rashdan lagak seorang ayah yang amat penyayang. Tangan panjangnya dihulur dan disambut Fiq.
Tersenyum tetapi hambar. Hatinya mula diselubungi rasa bersalah. Perjalanannya ke bilik tetamu yang indah itu tidak terasa jauhnya. Sampai sahaja badannya terus dilabuhkan. Tak sanggup rasanya melawan demam yang kian membara. Dahinya pula terus diletakkan kain basah untuk mengurangkan suhu.
                “Kamu rehatlah ya. Kalau nak tukar baju ada kat meja tu. Nak mandi tandas kat situ. Makan bubur ni baru tidur. Makan yang kamu mampu aje. Tapi jangan tak makan. Pak cik nak ke sebelah dulu tengok mak we kamu.” Panjang lebar penerangan Datuk Rashdan. Lebih hebat daripada pensyarah kat universitinya dulu. Tapi Fiq hanya mengangguk tanda faham.
“Eh! Kamu ni. Dahlah nangis tu. Ayah tengok baik budak Fiq tu. Dah la. Makan bubur ni cepat.” Ina menggeleng. Tidak kuasa dia untuk berkata-kata.
Hatinya cukup risau. Perubahan drastik Ina mengejutkannya. Dari lacang berbicara dan periang pergi ke pendiam dan menjadi ratu air mata. Kalau di kumpul boleh hidup 2 ekor paus. Dahlah tak nak makan feat demam pula. Entahlah kenapa jadi begini. Dia sendiri cukup blur dengan perangai budak berdua ni.
                “Dah! No Excuse! Ina kena makan kalau nak sembuh. Kalau tak jangan harap lepas ni ayah nak layan Ina lagi.” Suaranya sedikit tegas berbaur ugutan.
Akhirnya Ina akur. Badannya disandarkan di kepala katil. Dia terima setiap suapan bubur. Baru lima sudu dah dia berhenti. Badannya dilentokkan ke bantal yang berwarna biru laut itu setelah menelan 2 biji tablet  panadol. Matanya dipejam. Terasa dahinya dikucup merdu dan rambutnya diusap lembut. Datuk Rashdan berlalu pergi sementelah mengangkat 2 biji mangkuk dan 2 biji mug tadi ke dapur dan meneruskan perjalanannya ke bilik tidur.
Handphone yang menyanyi lagu Wish You Were Here dicapai lemah. 1 mesej daripada Fiq terpapar di skrin.  Dia mengeluh seraya menekan punat baca. Lirik lagu apa ni? Tanya hatinya.
Kaulah bidadari dalam hidupku
Yang selalu hadir di dalam mimpiku
Bunga yang selalu harumi hariku
Anugerah Tuhan yang sempurnakan ku
Bila kau jauh
Aku selalu rindu
Bila kau ada
Hatikan berbunga
Ku akan selalu menjadi bintangmu
Menerangi gelap dan mimpimu
Aku setia di sini mengusap tangismu
Menemani sunyi di hatimu
Bila kau jauh
Aku selalu rindu
Bila kau ada
Hatikan berbunga
I am Sorry. Tadi tu semua misunderstanding. Let me explain. Angkat phone call I.
Handphonenya disorong ke tepi. Di biarkan menyanyi Tell Me Your Wish. Hatinya masih sakit dengan sumpah serana wanita tadi. Di akui dia juga sakit hati kerana rasa dipermainkan oleh lelaki. Handphonenya menunjukkan dia terima satu lagi mesej baru. Dia biarnya seketika. Tapi rasa ingin tahu bermaharajalela. Di bukanya mesej baru dari Fiq. Kali ni lebih panjang. In English pulak tu.
Here I am
Feels like the walls are closing in
Once again it's time to face it and be strong
I wanna do the right thing now
I know it's up to me some how
I've lost my way

If I could take it all back I would now
I never meant to let you all down
And now I've got to try to turn it all around
And figure out how to fix this
I know there's a way so I promise
I'm gonna clean up this mess I made
Maybe It's not to late
Maybe it's not to late oh

So I'll take a stand
Even though it's complicated
If I can I wanna change the way I've made it
I gotta do the right thing now
I know it's up to me some how
I'll find my way
Kalau you tak nak angkat call I tak kesah tapi I minta maaf sangat-sangat. Semua tadi salah faham aje. Please. Trust me.
Aduh! Ini yang Aida Syakinah Datuk Rashdan lemah bab touching-touching ni. Biar aje la dia. Baik aku tidur. Penat. Kerana terlalu banyak termenung dan menangis tambah darab selesma dan demam lagi. Mata tertutup. Tak sampai beberapa minit sudah diterjah masuk ke alam mimpi.
#$#$#$#$#$                                                                                                                   
                “Ayah dari mana lambat sangat pulang?” terpacul soalan itu setelah melihat kelibat Datuk Rashdan.
                “Kalau ya pun berilah salam. Ni main terjah aje. Kamu dah sihat?” dilabuhkan punggungnya disebelah kepala anaknya tunggalnya itu.
                “Better than yesterday. Tapi masih sakit kepala. Tak boleh berdiri lama sangat. Rasa macam nak rebah.” Adunya.
                “Jadi kenapa keluar dari bilik?”
                “Bosanlah ayah. Ayah dari mana ni? Apesal bau darah ni?”
                “Nanti ayah explain. Kamu kenapa marah sangat dengan budak Fiq tu? Dia tu baik orangnya. Dia dah cerita kenapa perempuan tu terjah kamu kelmarin?”
                “Alah ayah. Jangan percaya sangat dengan mamat tu. Lagipun perempuan tu future wife dia.”
                “Kamu jangan percaya sangat. Pagi tadi Fiq sempat cerita semuanya. Lagipun, ayah baru aje jumpa parents dia tadi. Dia kata perempuan tu pilihan keluarga dia, tapi dia tolak sebab dia dah kenal kamu. Tu pasallah dia ajak kamu ke dinner dia. Perempuan tu tak dapat nak terima hakikat.  Nak kata dia orang tipu impossible. Ayah dia tu ayah kenal sangat. Sama-sama mengurus projek-projek besar. Dah jadi kawan rapat dah.”
                “Ei... Ayah ni. Ke situ pulak. Ayah belum jawab lagi soalan Ina kan. Ayah dari mana ni?” Ina mencebik mengalihkan topik.
                “Ayah dari hospital tadi. Fiq accident masa dia nak balik. Dia tu demam nak juga balik. Tak fasal-fasal kena tahan kat ICU sebab koma.” Terlopong Ina mendengar bicara ayahnya.
                “Ayah kita pergi sana. Sekarang.” Pintanya.
Air mata mula bertakung di tubir mata. Menunggu saat untuk jatuh.
                “Tulah! Reti juga kamu rasa bersalah ya. Tapi kamu jangan pergi la. Kamu tu tak berapa nak sihat lagi. Rehat aje dulu kat rumah biar ayah aje pergi sana. Lagipun Fiq tu dah macam anak ayah.”mengurai segala yang terbuku di hati.
                “Ayah please. Ina mesti pergi ayah. Dia perlukan Ina.” Air mata sudah tidak menjadi kolam. Sebaliknya berubah menjadi air terjun yang menunjukkan tanda tidak akan berhenti.
                “Yalah! Ayah tukar baju dulu. Kamu tu pergilah pakai tudung cepat. Aih! Orang baru nak rehat dia dah nak ke sana.” Rintih hatinya melayan gelagat anak daranya itu.
#$#$#$#$#$
Air mata semakin laju mengalir. Dia terus meluru mengikut langkah Datuk Rashdan ke bilik Fiq. Hatinya mula risau. Debarannya semakin terasa. Dalam jarak lebih kurang 30 meter  dia melihat seorang doktor berbicara dengan sepasang suami isteri. Dia yakin itu mesti parents Fiq.
Dia terkesima. Terkedu. Langkahnya terhenti. Namun ayahnya terus melangkah malah semakin laju. Dia tak tahu apa yang terjadi. Ibu Fiq pengsan? Ayahnya pergi  membantu. Langkahnya tetap diteruskan walaupun dia sudah tidak larat.
Daun pintu dikuaknya. Hatinya mula menangis.malah jauh lebih esak. Terhinggut-hinggut bahunya. Masih terkesima melihat sekujur tubuh terbaring. Selimut menutupi seluruh badannya. Tiada satu pun terselak.
Ditariknya selimut tadi ke paras dada. Muka pucat lesi dilihatnya. Dihamburnya tangis di dada lelaki itu. Tiada seorang pun yang menghalangnya. Semua orang di luar bilik. Hanya dia dengan ayahnya sahaja. Bahunya di usap lembut. Hanya di biar dia meluah segala-galanya.
                “Fiq!! Bangun! Please! I still need you in the rest of my life! I dah sayangkan tou! I dah cintakan you! I dah maafkan you! Tapi kenapa you tinggalkan I? Kenapa kejam you kejam sangat.”rontanya. dia belum boleh menerima hakikat.
                “Kalau you nak nangis pun nangis aje lah. Tapi janganlah kesat benda dari hidung guna selimut ni. I kena guna benda ni untuk seminggu lagi tau. By the way, I pun dah cinta kat you since kat klinik you hari tu.” Ketawanya pecah. Orang yang melihat juga tersenyum.
                “Kurang asam boi betul! Membazir air mata aje I kat sini.”tempelak Ina. Sempat juga dia mengirim pukulan manja pada kaki Fiq yang berbalut tu.
                “Aww!! Are you killing me? Itu patah betul punya o. Lagipun kenapa pukul I?”
                “Ada I KESah? You kan dalang semua ni! Tanya soalan pun soalan advance.”
                “Balas dendam nampak. Bukan I lah. Ayah yang rancang semua ni kan ayah?”
                “Ayah!” dicubit pinggang ayahnya.
                “Alah! Ayah buat semua ni supaya kamu tu mengaku tak main pendam aje.” Di dakapnya anak manjanya itu.
#$#$#$#$#$
Penat. Ramai juga tetamu kena layan ni. Hatinya mengeluh kecil. Petang tadi dia sudah sah menjadi isteri kepada Megat Syafiqri Datuk Johari. Hai.. tak sangka langsung.
Tombol pintu dipulas melawan arah jam. Melihat suaminya berdiri terpacak di daun pintu. Dia yang berada di meja solek melayan telefon bimbitnya. Tidak di pedulinya suaminya sudah melabuhkan punggung di atas katil. Lama juga mereka melayan perasaan masing-masing.
                “Ina, abang nak tanya sikit boleh?” Fiq memulakan bicara setelah penat melayan perasaannya.
              Aik? Suami aku ni sejak bila pula nak tanya soalan kena minta izin ni? “sengaja bila tanya soalan kena lepas tol dulu?”
                “Kang saya pulak bercakap sorang-sorang kat sini! Awak tu dah mengelamun jauh tadi. Tup.. tup.. dah mimpi dengan mamat lain.”
                “sedap mengata orang.see your own leg la.”
                “Okey-okey! Balik kepada akar tadi la. Boleh tak kalau awak...”
                “Kalau apanya?”bentaknya.
                “Kalau awak tandatangan surat poligami ni eh?” alamak! Ni kes berat kaau dah terlepas cakap.
                “Apa?! Awak jangan nak menggatal ye!” bantal berbetuk bulat itu di balingnya.
Tup!! Darah mula mengalir. Segawat-gawat ekonomi gawat lagi keadaan ni.
                “eh! Nak ke mana tu?” soalnya melihat Ina keluar tergesa-gesa.
                “Ina! Apa kes ni lari ambil first-aid tu kenapa?” Datuk Rashdan bertanya seraya mengejar langkah kecil anaknya itu.
                “Ya Allah! Apa dah jadi ni?” soalnya dengan nada cemas melihat kepala menantunya berdarah.
                “Fiq ‘tertanduk’ bucu meja ni ayah. Anak ayah lah ni baling bantal tu. Nak mengelak tertanduk benda tu pulak.” Datuk Rashdan hanya menggeleng melihat karenah anak-anaknya itu.
                “La.... kenapa Ina baling bantal tu?” soal Datuk Rashdan ingin mengorek punca kemelut ni.
                “Menantu ayahlah ni. Cari kes. Pandai-pandai nak kawin lagi satu.” Tergelak kecil Datuk Rashdan mendengarnya.
                “Kalau ya pun tanda tangan aje la. Bukan susah sangat. Biarkan aje la dia kawin lagi satu. Yang nak kawin tu Fiq bukannya Ina.” Sengaja mengusik anaknya. Fiq sudah menaikkan ibu jari tanda mengejek.
                “Ayah!”geram dengan kata-kata ayahnya.
                “Apa dia? Orang kat sini pun nak jerit-jerit. Dahlah ayah nak tidur. Ingat jangan ada sampai kes hospital.” Datuk Rashdan berlalu pergi. Daun pintu sudah rapat.
                “Ala tome-tome.. Mulut muncung sedepa dah macam buaya dah?” Fiq tergelak kecil dengan usikannya sendiri.
                “Auch!! Sakit la! Janganla cubit.”jerit kecil Fiq menerima cubitan berapi daripada isteri sendiri.
                “Dahla! Nak tidur! Malas nak kawan dengan awak!” protes Ina. Cuba melelapkan mata di dada bidang suaminya.
                “Aik? Kata tak nak kawan. Landing kat situ juga.”tangannya membelai kepala isterinya. Matanya sudah tertutup. Fikirannya sudah pun check-in alam mimpi. Ceh... macam hotellah pulak guna check-in segala lagi.
Kerna aku memahami aku melakukan ini semua...
Kerna aku ingin kau bahagia aku buat in semua...
Kerna aku ingin kau sentiasa tersenyum aku laksanakan ini semua...

~TAMAT~~
                                                                                      Syafie Asyraf
                                                                                                2.47a.m
                                                                                                            Rabu(22/12/11)

3 ulasan:

perisai ketenangan berkata...

dusta belaka...kui3...gurau2.. :P kejam kau pie...air mta ku xjuak smpai muat 2 ekor paus kejam!

Mr M.S.A.S berkata...

haha... khusnul syakinah binti rosli kau minta nama mu diguna... thts why aq gna... mati r.... hihi

perisai ketenangan berkata...

dri hri tu..ini juak komen mu pie..haha bosan sua ak bc pok!