Aku gagahkan diri juga menjawab panggilan takut sekiranya
panggilan itu benar-benar penting. “Assalamualaikum.” Ucapku. Sudah menjadi
kebiasaan kepadaku mengucapkan kalimah itu terlebih dahulu, agak sopan dan
menampakkan lagi gemalai bahasa.
“Waalaikumussalam.” Serina menjawab dari hujung talian.
“Razif, boleh tak kita jumpa?”
“Nak buat apa? I’m
queitly busy right now, so I’ll see you later.” Aku mencipta alasan.
Aku sungguh tidak
selesa dengan irama suaranya yang penuh sifat wanita yang sering merengek manja.
Percuma sahaja memakai tudung tetapi akhlak entah ke mana. Lagi pula, aku
merasakan yang dia cukup sosial dengan lelaki-lelaki lain. Di sekolah sahaja,
ramai lelaki tergoda dengan alunan lunak kemanjaannya tetapi itu membuatkan aku
muak dan cuak dengannya.
“Okay! Never mind. See you at school tomorrow.” talian
diputuskan.
Hatiku semakin membengkak dengan sikap Serina belakangan
ini. Kenapa aku diburunya setelah dia menduakan aku dibelakangku? Aku tidak
akan tertipu kali kedua Serina! Kerana kecurangannya itu, aku telah memutuskan
hubungan yang menghampirkan aku bernikah dengan penipu sepertinya. Kalau diikutkan aku sudah digelar bujang
terlajak. Umurku meningkat hari demi hari dan umurku kini tiga puluh empat
tahun tiga belas hari. Jam? Aku tidak ingat pukul berapa aku dilahirkan.
Aku menyarungkan pakaianku dan melontarkan baju kotor ke
dalam bakul di sebelah pintu bilik air kamarku. Kunci kereta terus aku capai
dan memecut laju ke rumah orang tuaku. Sudah lama aku tidak bertemu mereka.
Jarak rumahku dengan rumah mereka tidaklah jauh sangat, beza sepuluh batu saja
dan memakan masa selama lima belas minit sahaja bagi pemandu profesional
sepertiku. Aku pemandu berhemah dan menepati setiap undang-undang jalan raya.
MALAM
itu aku menonton televisyen di
ruang tamu rumah orang tuaku. Aku keseorangan dihadapan televisyen yang
menayangkan filem Biar Mimpi Sampai Ke Bintang itu. Setiap jalan ceritanya aku
amati namun hatiku tidak bersama mataku yang masih tertancap pada kaca
televisyen itu. Sedikit sebanyak aku terpukul dengan kisah percintaan dua anak
muda itu. Masih remaja sudah bercinta cintun seperti di sekolahku juga.
Sedangkan aku, sudah tiga puluh empat tahun berada di bumi Allah ini belum
pernah merasai wanita yang benar-benar mencintaiku walaupun segala kasih
sayangku sudah mencurah-curah aku berikan. Belum ada rezeki untukku menemui
wanita yang sesuai dan dapat menyayangiku seperti aku menyayanginya nanti. Mahu
harapkan Serina sudah tiada guna. Aku sudah putus tunang dengannya atas apa
yang dia telah lakukan kepadaku. Aku bukanlah orang yang mudah-mudah untuk
diperbodohkan. Rasa hairan selalu menjengahku setelah aku memutuskan ikatan
itu. Aku hairan mengapa Serina yang dulunya mendampingi lelaki lain sekarang
terhegeh-hegeh mengejarku. Jika dia ingin menipuku buat kali kedua nyata dia
silap. Aku rela tidak berkahwin daripada berkahwin dengan perempuan penipu
sepertinya. Aku lebih berhati-hati selepas ini. Itu janji aku!
Salam
dari muka pintu aku jawab seraya memalingkan wajahku. Ayah yang berdiri di situ
sambil membimbit plastik yang mengendong kuih keria di dalamnya. Aku kembali
melihat televisyen setelah ayah memulakan langkah ke dapur. Seketika kemudian
aku turut ke dapur setelah ibu memanggil namaku.
“Makan.”
Arah ibu.
Ayah
mengambil duduk di kepala meja. Aku duduk berhadapan dengan ibu. Begitu banyak
lauk terhidang malam ini mengalahkan lauk-pauk kenduri. Walaupun ianya hanya
mengambil setengah daripada muka meja, namun ianya terlalu banyak untuk dimakan
oleh tiga beranak seperti kami. “Banyaknya lauk, siap ada kuih keria lagi.”
“Kamu
bukan selalu datang ke sini. Kamu itu aje anak ibu dengan ayah. Mana tak melaut
rindu kami.” Balas ibu.
“O..
tapi kenapa tia-tiba aje ada kuih keria ni?” soalku. “Jarang-jarang ada kuih
makan malam.”
“Ibu
kamu nak makan sangat kuih keria ni. Dari semalam lagi, tu ayah pergi beli
tadi. Nasib baik sempat tadi.” Jelas ayah.
“Ibu
kepingin nak makan?” soalku. “Ibu mengandung lagi ke ayah?”
Tersedak
ibu mendengar soalanku ayah pula hanya tersenyum. Melihatkan senyuman ayah aku
rasa sangkaan ku benar-benar tepat. “Jadi betullah ni ibu mengandung? Orang
dapat adik baru la ni?” soalku lagi.
“Dah
jangan nak merepek!” sangkal ibu. “Ibu ni dah tua. Dah tak boleh nak mengandung
lagi.” Sambung ibu lagi.
“Tapi
orang masih boleh dapat adik lagikan ayah?” soalku nakal.
“Kamu
ingat ayah kamu tu boleh mengandung ke?” tanya ibu, tidak faham dengan
soalanku. Ayah hanya membisu membiarkan aku bertukar-tukar kata bersamanya
isterinya.
“Lelaki
mana boleh mengandung. Tapi ayah kan masih boleh kahwin tiga lagi. Kalau dapat
yang still boleh mengandung mesti boleh dapat adik kan?”
Kali ini
ayah pula yang tersedak mendengar tujahan dari aku. Mata ibu membulat memandang
ayah. Ayah pula ketawa kecil setelah meneguk beberapa kali air oren yang
disediakan di sisi pinggannya.
“Boleh
jugak.” Balas ayah nakal. Semakin galak suasana mendengar kata-kata ayah.
“Abang
jangan nak menggatal ye! Habis abang saya kerjakan nanti. Sampai bila-bila saya
takkan benarkan abang kahwin lain walaupun saya dah meninggal nanti.” Ibu
memberikan amaran sambil tangn kirinya galak mencubit pinggang ayah tanpa
henti. “Ayah kamu tak boleh kahwin lagi. Yang kena kahwin tu kamu. Ibu tak nak
anak tiri tapi ibu nak cucu.” Tegas ibu menyampaikan hasratnya.
“Cucu ke
anak tiri ke sama aje kan? Dua-dua baby
jugak asalnya.” Ujarku.
“Hah
betul tu. Ayah rasa kamu ni dah cukup tua dah masih tak kahwin-kahwin lagi.”
Ucap ayah. “Ayah ni tunggu green light
dari ibu kamu ni aje. Kalau ibu kamu ni kata boleh, malam ni jugak ayah pergi
nikah. Pejabat tok kadi masih buka lagi ni, sempat lagi ni.” Usik ayah. Ibu
memukul lengan ayah. Tidak gemar dipermainkan sebegitu.
“Saya
dah kata, sampai mati pun saya takkan benarkan abang kahwin lain. Kamu Razif
yang kena kahwin. Anak mak cik senah depan rumah tu baru balik dari luar negara
belajar. Senang-senang kamu kahwin aje dengan budak tu. Cantik budaknya, baik
pulak tu.” Puji ibu melambung-lambung tingginya. “Masa tunang dengan Serina
dulu kamu putuskan.”
“Tak
minatlah ibu. Nantilah orang cari sendiri. Kalau ibu nak sangat dia ada dalam
keluarga kita ni, baik ibu suruh ayah aje kahwin dengan budak tu.”
Aku
tidak suka perihal jodohku diungkit. Setiap kali hal itu diungkit pasti aku
dihurung resah yang amat. Aku belum bertemu siapa yang layak bersamaku dunia
dan akhirat. Semua itu aku serahkan kepada Allah. Dia tahu siapa layak untuk
menemaniku dan sentiasa berdiri disampingku dalam semua perkara.
Pingganku
aku bawa ke sinki setelah makanan sudah ku telan semuanya. Sesudah aku membilas
pinggan yang bergelumang dengan sabun itu, aku terus ke bilikku dan
mengurungkan diri di dalamnya. Apa lagi yang boleh aku lakukan selain melarikan
diri daripada masalah ini. Aku melelapkan mata dan berharap esok hariku akan
bertambah ceria. Esok juga aku harus bangun awal untuk berangkat ke sekolahku
dari rumah orang tuaku memandangkan aku sudah lama tidak berada di sini.
Melepas rindu sekali-sekala tidaklah salah. Hanya padaku mereka mencurahkan
rasa kasih kerana aku sahaja anak yang mereka ada.
SEAWAL pukul tujuh pagi aku ke sekolah. Sempat juga aku
menjamah nasi goreng yang ibu sediakan pagi itu. Aku jamah bukannya banyak pun.
Sekadar mengalas perutku. Namun ibu tahu hal itu akan berlaku, makanya dia
telah menyediakan nasi goreng itu ke dalam bekal makanan.
Pagi
itu, aku agak terlewat dari biasa tiba di sekolah. Senyuman para guru dari
ruangan pejabat sudah jelas dapat aku lihat dari jarakku kini. Seolah ada perkara
menarik yang berlaku di belakangku. Aku menuju laju ke
arah pejabat sekolah itu yang sedang hangat dan rancak membara.
“Assalamualaikum.”
Ucapku.
“Waalaikumussalam,
ustaz.” Balas Fadli, seorang guru matematik. Cukup segak orangnya. Mentalnya
juga tidak kurang hebatnya, mampu menguasai bidang matematik, sains dan mata
pelajaran yang lain.
“Ada apa
ni?”
“Ada
guru baru. Baru aje masuk lapor diri.” Jelas Fadli. “Ustaz lupakah? Kan hari tu
pengetua dah inform ada guru baru nak ngajar kat sekolah kita ni.” Tambahnya
lagi.
Bersungguh-sungguh dia memberitahuku. Aku langsung tidak
tertarik dengan perihal yang disampaikannya. Aku ligat mengarahkan otakku
mengerah segala memori yang terkandung di dalamnya. Sungguh, aku ingat-ingat
lupa mengenai hal ini. Pantas aku dapat mengingat kembali. Guru baru ini
didatangkan untuk menggantikan Gabriela yang bakal keluar dari sekolah ini. Ini
merupakan perkara baik kerana setahuku guru ini bertauliah dan mempunyai
pengalaman yang cukup mendalam dalam bidang perguruan. Maklumat itu yang aku
dapat daripada pengetua minggu lalu.
“ingat.. tadi lupa....” aku tersengih kucing. “Aku pergi
dulu, assalamualaikum.” Ucapku seraya membuka langkah meninggalkan ruangan
pejabat selepas Fadli membalas salamku.
PETANG itu aku mengambil sedikit masa untuk menyiapkan tugasku
disekolah sebagai seorang guru Tasawwur Islam dan Kimia. Oleh kerana anak
didikku baru sahaja menduduki peperiksaan pertengahan tahun minggu lepas,
terpaksalah aku bertungkus-lumus menyiapkan tugasan menanda kertas-kertas ujian
mereka kerana aku tidak suka mejaku berselerak dan semak dengan kerja yang
tertangguh lagi bertimbun-timbun. Nanti akan serabut kepala seperti serabutnya
keadaan di atas mejaku pada waktu itu. Buat masa ini, aku memulakan kerjaku
dengan menyemak kertas tasawwur dahulu. Ramai pelajar-pelajarku mengatakan
soalan kali ini begitu mudah. Inilah kisah seorang guru. Sentiasa berusaha
keras demi anak didik mereka, dan aku juga tergolong sama dalam kelompok mini
ini.
Sedang
asyik aku memeriksa kertas, mataku seolah ditarik oleh jam tanganku. Alangkah
terkejutnya aku melihat sudah pukul enam
lima belas minit petang. Ketika itu, aku bergegas menyusun kembali
kertas-kertas yang sudah aku selerakkan diatas meja guruku. Kemudiannya, aku
bergerak ke arah pintu utama bilik guru untuk menuju ke kawasan parkir kereta
khas untuk para guru. Suasana hujan lebat menyebabkan aku berlari-lari anak ke
sana. Aku menghidupkan enjin kereta
Avanza dan menekan pedal minyak. Perjalananku yang baru bermula itu terhenti
selepas aku melihat sekujur tubuh wanita yang sedang kesejukan di pondok bas
dihadapan pintu pagar utama sekolah.
Aku menggerakkan kereta menghampiri pondok bas
itu. Tingkap penumpang hadapan aku buka dan mengajak wanita yang sedang kuyup
itu agar menaiki keretaku. Rasa kasihan pula melihat dirinya dalam keadaan
begitu. Pada mulanya dia menolak, namun berbagai alasan aku beri akhirnya dia
tunduk. Sepanjang perjalanan itu, dia hanya membisu berdiam diri. Kami hanya
bertemankan alunan irama dari corong radio. Telefon bimbit ditangannya dibelek
sekali-sekala seolah-olah menunggu panggilan dan pesanan daripada seseorang
ataupun itu sahaja cara untuknya menghilangkan rasa janggal.
“Jauh
termenung, ingatkan pak we ke?” sapaku, menghapuskan suasana kekok.
“Tak da
apa-apa.”
Lain
jawapan yang keluar dari mulutnya. Aku mula kehairanan dengan sifat gadis yang
duduk disebelahku ini. Aku yang tersalah cakap atau dia yang tersalah dengar?
Aku bingung sendirian.
“Apa
yang tak da apa-apa?” soalku. “Jangan risaulah, kalau suami awak marah nanti
saya boleh explain kat dia. Lagipun
kat luar ni hujan, takkanlah husband awak
nak suruh awak berhujan sehari suntuk.” Ujarku cuba menenangkan gelojak hatinya
meskipun aku tidak tahu apa yang sedang menari-nari didalam sanubarinya.
“Saya
belum kahwin lagilah. Saya takut isteri ustaz yang marah tengok saya berdua
dengan ustaz dalam kereta ni.”
Tongkang
ketawaku pecah. Berderai semuanya walaupun aku dalam kehairanan. “macam mana
awak tahu saya ustaz?”
“Saya
mengajar kat situ, jadi saya tahulah.”
Aku
bungkam seketika. Cuba mengamati dan menganalisis muka gadis yang kelihatan ayu
berbaju kurung walaupun sudah sedikit basah dek hujan. Nyata sekali otakku
gagal mengenal pasti wajahnya dari dalam kotak memoriku. “Means?”
“Saya
guru baru kat situ. Saya nampak ustaz busy
aje memanjang dari pagi tadi. That’s why
ustaz tak cam saya kot.” Terangnya. Aku memang belum bersua muka dengan guru
tersebut, tidak sangka-sangka orang itu adalah orang yang duduk di sebelahku
kini.
“Oh..”
aku kehabisan kata. “Kalau macam tu kita berkenalan kat dalam kereta ni
ajelah.” Saranku. Alang-alang sudah berdua disini dan tidak sempat berkenalan
tadi jadi apa salahnya kami bersuai kenal disini.
“Nama
saya Fitrianah Rushdi. Panggil Ana dah cukup. Umur dah dua puluh enam tahun.
Ustaz?”
“Kalau
saya nak panggil Rianah, boleh?” dia merelakan menggunakan isyarat tubuh.
“Baiklah, saya Razif Haiqal Abdul Kadir. Umur baru tiga puluh empat tahun. Still young.” Aku cuba bergurau.
Bermesra dalam sesi suai kenal yang tidak patut ada unsur-unsur keseriusan.
“Muda
lah sangat.” Katanya, sinis kedengaran di corong telingaku. “Anak dah berapa?”
Rianah menambah koleksi soalan.
“Anak
saya dah ramai dah. Lebih kurang lapan belas orang jugaklah.”aku tergelak kecil
hasil lawak yang aku cipta sendiri. Dia bertanyakan soalan cukup advance untuk
aku jawab. “Belum kahwin dah ada anak. Pandai jugak Rianah melawak.” Pujiku.
“Belum
kahwin? Means?” soalnya lanjut.
“Saya
belum pernah bernikah mahupun menikahi mana-mana perempuan yang ada di atas
bumi Allah ni lagi. Ada faham?”
“Ustaz
belum kahwin lagi? Saya tak percaya.”
“Tak ada
gunanya saya nak menipu. Nak percaya, percaya, tak nak percaya, sudahlah.
Kenapa tak percaya?”
“Mustahil
orang handsome macam ustaz ni tak laku.”
“Correction. Bukan tak laku, tapi kena
memilih sikit. Kita cari biar yang padan, kekal bahagia nanti. Kalau nak
gegarkan tiang Arasy aje baik tak payah. Sebab itulah ramai orang kata saya ni
bujang terlajak tetapi kacak.”
“Kacak
la sangat.”
Aku
membelokkan keretaku kmasuk ke dalam taman perumahan yang didiami oleh Rianah.
Aku hanya menurut arahnya kerana ini pertama kali aku masuk ke taman perumahan
ini. Hujan sudah menunjukkan tanda-tanda mahu berhenti. Hujan yang tadinya
lebat, mula beralih kepada gerimis manja menyentuh muka bumi. Aku agak pelik
ketika aku mulai sedar yang keretaku hanya berpusing pada tempat yang sama
sedari tadi. Rianah seperti menahan senyum yang pasti sedang mentertawakan
diriku.
“Kenapa kita kat sini aje dari tadi?” soalku, putus asa
dengana permainannya.
“Rumah
saya kat depan tu. Saya saja nak menguji kesabaran ustaz.”
“Banyaklah
uji-uji awak. Ujian kat sekolah tu handle
dulu baru handle saya.”
Aku
memberhentikan kereta di hadapan pagar rumahnya. Kami sempat bertukar salam dan
senyuman sebelum dia turun. Setelah aku memastikan dia benar-benar sudah berada
dalam rumah aku lancarkan keretaku meninggalkan rumah yang berwarna hijau itu.
Niatku kini mencari masjid berdekatan untuk solat maghrib. Waktu maghrib sudah
hampir tiba, tinggal seminit dua cuma.
SERINA sudah pun tegak memacak di hadapan rumahku pada
malam itu. Lantas, aku kerling jam tanganku yang setia memaparkan waktu. Pukul
lapan empat puluh tiga minit malam. Malam itu aku pulang setelah solat isya’
secara berjemaah di masjid berhampiran kawansan taman perumahan Rianah. Hati
tertanya mengapa Serina berada di hadapan rumahku pada waktu sebegini. Tidakkah
dia tahu ini akan menimbulkan fitnah kepada sesiapa yang melihat dirinya padda
ketika itu terutamanya jiran tetangga yang sudah bersiap sedia mengumpul
koleksi cerita hangat mereka untuk dibualkan bersama rakan-rakan mereka.
Serina
mencerlung tajam ke arahku. Tangan kananku menarik tuil unuk membuka pintu
kereta, belum sempat pintu kereta terbuka luas Serina terus masuk dan duduk di
sebelah kerusi penumpang hadapan. Aku yang terkejut dengan respon Serina yang
begitu melulu, menarik semula tangan kananku dengan perlahan dan meletakkannya
di atas riba kananku. Wajah yang aku pamerkan cukup tenang, setenang aliran
sungai di muara.
“Kenapa
ni?” soalku, tidak mahu membazir masaku kerana hari esok aku terpaksa bangun
awal untuk pergi ke sekolah lagi. Amanah sebagai guru harus aku ikuti apatah
lagi etika perguruan yang sentiasa mengutamakan pelajar. Masa hadapan pelajar
juga terletak di tangan guru walaupun hanya tiga puluh peratus sahaja.
“Saya
kan dah janji dengan awak nak jumpa awak hari ni? Lupa?” marah Serina.
“Aku tak
kata aku janji.” Aku mengubah kata ganti nama diriku. Biar dia tahu aku bukan
calang-calang lelaki yang bisa tunduk kepada perempuan. “Yang kau nak
marah-marah ni apa kes? Datang rumah orang alam-malam buta. Nak kena fitnah
sangat. Datang rumah lelaki malam-malam macam ni?” marahku balik.
Serina
menjatuhkan pandangannya ke aah kakinya sendiri. Selepas itu, satu keluhan
panjang keluar dari bibirnya yang merah dek gincu itu. “Saya tahu awak marahkan
saya hari tu, tapi takkan awak tak boleh bagi saya peluang kedua.” Pintanya
dengan rayuan. Rayuan itu yang semakin membuat hatiku menjadi keras dengan
ucapan penipuan dibalik kata manis yang diucapnya.
“ops... no thanks. I don’t need you. And my
decision is final.” Tegasku. “Lagi pun, aku tidak pernah cintakan kau. Aku
bertunang dengan kau pun kerana ibu bapa kita. So, kita memang tidak ada jodoh, ingat tu. Kau pergi ajelah dengan
mamat mana entah. Daripada korang buat maksiat, baik korang kahwin.” Ajarku.
Serina
diam seribu bahasa. Dia hanya mengesat air matanya yang laju turun merentasi
alur pipinya. “Kita jumpa esok kat sekolah. Aku nak tidur,penat. Kau baliklah,
dah jauh malam ni. Kang ada pulak suara sumbang yang mengata kita.”
“Saya
tak kesah kena tangkap khalwat dengan awak. Saya rela asalkan saya kahwin
dengan awak. Saya tahu awak dah jumpa perempuan lain kan? Tapi saya takkan
biaarkan budak tu free-free dapat
awak.”
“Kau dah
gila ke?” bentakku, sakit hati mendengar kata-katanya. “Aku tak bercinta pun.
Dah dua kali aku putus tunang. Aku dah serik. Kalau ada jodoh aku, aku jumpalah
dengan takdir tu. Kalau tak da, aku tak kesah hidup sendirian.” Nada suaraku
mulai perlahan. Aku kesali dengan apa yang telah berlaku dalam hidupku. Namun
aku tahu, Allah sudah menyiapkan hidangan yang teristimewa untukku suatu hari
kelak kerana Allah itu Maha Adil.
“Aku
penat. Baliklah. And start tomorrow lupakan segala-galanya yang pernah kita
hadapi. Lupakan aje yang kita pernah bertunang sebelum ni. Ingat! Pasangan
hidup kita tu pasti membuatkan kita rela membelah jiwa, bukan membelah hati
untuk di beri kepadanya. Hati kita ni mudah terpengaruh. Sandarkan rasa cinta
itu pada jiwa kerana hanya jiwa sahaja dapat mengesan nur cinta.”
Sebaik
sahaja aku menghabiskan ayatku, aku terus turun dari kereta dan pergi membuka
pagar utama rumahku bagi memberi laluan kepada keretaku untuk diparkirkan di porch rumah. Seraya itu, aku sempat
menoleh ke arah Serina. Dengan penuh lemah dan longlai dia melangkah pergi.
Seketika kemudian, aku terdengar deruman enjin mengaum hebat dan hilang ditelan
alur perjalanan.
Serina!
Mengapa ketika ini baru dia terhegeh-hegeh mengejar cintaku atau dia hanya
bepura-pura. Jika dia hanya sengaja mahu memainkan aku buat kali kedua, minta
maaf! Dia silap, silap besar! Takdirku ditangan-NYA. Aku pasrah atas segalanya.
Malam itu aku tidur tidak selena biasa. Kepalaku sukar untuk direhatkan,
dijanakan bagi proses kelancaran hari esok. Entah apa yang menyebabkan itu
berlaku, yang pasti hal ini tidak ada kaitan dengan Serina. Hatiku sudah
berjaya meluputkannya tetapi tidak di otakku.
TAMAT sahaja kelas tambahan ku pada petang itu bermakna
tamatlah sudah tugasanku disekolah. Aku bergegas menuju ke bilik guru untuk
mengambil barang-barangku. Aku berjalan menerusi beberapa meja guru lain yang
nyatanya sebahagian daripada mereka sudah pulang. Meja Rianah juga turut berapa
dalam senarai meja guru yang aku lalui, mejanya aku kerling sekilas dan
meneruskan perjalananku. Sudah pulang agaknya kerana mejanya turut kosong.
Seusai aku mengemas buku-buku yang berada di atas
mejaku, aku terus mempercepatkan bukaan langkah ke pejabat. Aku harus pergi
terus hospital kerana sewaktu kelas tambahan tadi, ayah memberi tahuku yang ibu
dimasukkan ke dalam wad kerana pengsan dirumah tadi. Bertubi-tubi aku
mengatakan yang aku ingin pergi ke sana dan mebatalkan sahaja kelas tambahanku,
namun berkeras juga ayah melarangku. Kata ayah, ibu hanya pengsan kerana
kelelahan dan kini keadaan ibu sudah pun stabil. Tetapi, menurut ayah ibu belum
dibenarkan keluar dari hospital walaupun keadaan ibu sudah cukup stabil. Ayah
juga menasihati aku agar tidak terlalu risau dengan keadaan ibu kerana ayah
masih boleh menjaganya buat waktu itu. Walaupun aku diserang berat hati namun
aku gagahkan juga diri untuk mengajar pelajar-pelajarku subjek Kimia yang
sememangnya kelihatan agak menggerunkan. Aku sering lari daripada fokus
sepanjang kelas tadi. Akhirnya aku lega ketika mendapat informasi keadaan ibu
selang beberapa puluh minit selepas aku mendapat berita yang menggetarkan
tangkai hatiku.
Ketika
aku ingin keluar daripada pintu pejabat yang ternganga luas itu, langkahku di
halang Bella, kerani sekolah tempat aku mengajar. Tertanya, mengapa lankahku
dihalang? “Kenapa?”
“Cikgu
nak ke mana ni?” soal Bella tercungap-cungap.
“Hospital.
Yang kamu ni cemas sangat apa kes?”
“Syukur.
Mengah.” Jawabnya selamba sambil menongkatkan tangannya di lutut.
“Cikgu
nak ke mana? Selayang?” soalnya lagi.
Aku pelik sendirian bagaimana pula dia tahu tujuanku tika
ini? Apakah dia sudah tahu perihal ibu? Mustahil! Ayah tidak akan menyatakan
keadaan ibu saat ini, kalau terjadi sesuatu pada ibu pasti aku akan dimaklumkan
dahulu. Lagi pula, telefon bibitku masih aktif
dan bukannya dalam mood silent.
“Ya, Hospital Selayang. Kau nak apa sebenarnya Bella.
Saya nak cepat ni.” Ujarku jujur. Keadaan ibu amat penting bagiku. Aku sudah
berjanji pada ibu untuk pergi melawatnya selepas tamat sahaja kelas tambahanku.
“Sorry... sorry. Cikgu boleh tumpangkan Cikgu Ana tak?
Sebabnya Cikgu Ana pun nak ke sana.” Laju dia berkata. Mungkin tersentak dengan
tindakanku agar menyuruhnya cepat.
“Okey. Saya tunggu dia kat kereta.” Ucapku sambil
meninggalkan ruangan itu.
Pantas aku tiba di sebelah keretaku. Baru sahaja aku
menghidupkan enjin kedengaran pintu penumpang sebelah hadapanku dibuka.
Kelihatan Rianah tergopoh-gapah memasuki keretaku. Aku tersenyum simpul
seketika, terubat segala kerisauan di hati. Lucu juga melihat keadaanya begitu.
Seolah dikejar hantu sehingga nafasnya turun naikbagai tidak ingin berhenti.
“Sorry , I’m late.”
Tangannya memasukkan kepala tali pinggang keledar itu ke dalam soket.
“Never mind.
Rianah sakit ke?” soalku.
Sekiranya dia sihat untuk apa pula dia pergi ke hospital?
Kalau dia sakit pula dari mana dia dapat kudrat untuk berlari sekencang itu
tadi. Pelik juga Rianah ni. “Sakit? Taklah,
I’m fine.”
Pedal minyak aku tekan meninggalkan perkarangan kawasan
parkir kereta itu. Dalam perjalanan itu kami tidak banyak berbicara.
Masing-masing sibuk meladeni perasaan masing-masing. Rianah juga ke hospital
kerana ingin melawat adik sepupunya yang sakit kanser di awal usianya. Aku agak
tersentuh mendengar kisah itu. Rianah jug mengatakan bahawa adik sepupunya
telah menjalani pembedahan beberapa minggu lepas, dan hari ini adik sepupunya
itu terpaksa di masukkan ke dalam wad juga kerana luka pembedahannya itu
terbuka akibat terjatuh tengah hari tadi. Cukup tabah budak yang berumur tujuh
tahun itu menghadapi semua ini. Kalau aku belum tentu bertahan sepertinya. Aku
bersyukur masih dijadikan sihat walafiat kini.
Aku dan Rianah bergerak seiring menuju ke wad adik sepupu
Rianah dahulu. Ayah sudah aku maklumankan mengenai hal ini. Jadi, kuranglah
rasa bersalahku sedikit. Lagi pun, kami tidak akan lama kerana kami dimaklumkan
bahawa adik sepupu Rianah yang bernama Dania itu akan kembali menjalani
rawatan. Sayu hatiku melihat keadaanya yang terkulai layu. Dia nampak lemah
pada fizikal, namun kekuatan mentalnya aku cukup tabik. Rianah juga
berkali-kali aku lihat mengesat air matanya. Dania hanya tersenyum simpul,
membina semangat baru yang jitu hasil kata-kata yang Rianah titipkan untuknya.
Selepas tamat sahaja pertemuan sepuluh minit itu, kami
terpaksa akur dengan arahan jururawat yang menjaga Dania. Rianah aku lihat
seakan berat untuk merelakan Dania pergi. Kami melangkah pergi kembali ke wad
ibu pula. Ibu tersenyum manis walaupun mukanya kelihatan sedikit pucat lesi.
Tangan ibu bapaku aku salam dan Rianah turut menyalam tangan ibu. Ibu kelihatan
sedikit ceria. Hatiku kembali lapang melihat ibu dan Rianah kembali ceria yang
sedari tadi hanya muram. Senyuman ibu cukup mematikan kerisauan di hatiku yang
bersarang sedari petang tadi. Ayah juga kelihatan senang dengan Rianah.
SERINA kembali ke sekolah selepas seminggu dia mengambil cuti
sejak insiden itu. Aku yakin lagi pasti yang dia mencuba melupakan segalanya
seperti yang aku pinta. Memang sejak dulu aku tidak pernah menyintainya,
pertunangan kami juga disebabkan kebodohanku yang terpedaya dengan hasutan
lubuk hati. Ini juga membuatkan aku terburu-buru menilainya dan membuat
keputusan. Tambahan pula, aku tertipu tatkala melihat kedua orang tuaku begitu
senang dan mesra melayani Serina sewaktu ketika dahulu. Peristiwa dahulu yang
selalu aku terkenangkan dan aku menjadi itu semua sebagai teladan dan pengajaran
untukku buat masa ini dan seterusnya.
Kini,
dia juga seakan mengelak daripada bersua muka denganku. Berkali-kali aku cuba
untuk berhadapan dengannya, namun dengan selamba dia melarikan diri daripadaku.
Naik pusing juga aku dibuatnya. Aku tahu, tujuanku untuk menemuinya hanya bakal
membuatkan mata guru-guru yang lain yang melihatya pasti mengatakan yang aku
masih memendam perasaan cinta untuk ku ungkit semula. Berita terputusnya
pertunangan kami tersebar lebih cepat dari jangkaanku mengalahkan kelajuan Internet.
Aku
tidak akan putus asa, malah aku akan terus-terusan mengejarnya untuk
menerangkan segalanya kerana aku tidak mahu ukhwah kami terputus selepas
terputusnya ikatan pertunangan kami. Cukuplah hanya sekali sahaja ukhwah antara
kami terputus, aku tidak ingin untuk sekali lagi. Aku mengekori langkah Serina
yang baru melangkah keluar daripada kelas tingkatan empat itu. Aku lajukan
bukaan kakiku agar bisa menyainginya.
“Serina, wait a minute.” Aku menghentikan
perjalanannya dan dia menundukkan wajah. “Okay,
fine. Sorry sebab take your time
for a while.”
“Kau nak
apa sebenarnya? Aku sibuk sangat sekarang ni.” Serina sekali lagi ingin
melarikan diri. Namun aku pantas membaca apa yang diatur dalam kepalanya
sekaligus menghalangnya daripada meninggalkan aku yang kaku sendirian di situ.
“Sibuk?”
soalku seperti orang bodoh. Pastinya dia sibuk kerana kerjanya sudah pasti
menggunung tinggi dek tertangguh kerana cutinya selama seminggu itu. “Malam ni
selepas maghrib aku tunggu kat restoran biasa. Aku akan tunggu kau samapi kau
datang.”
Serina
mengeluh kecil. Aku tahu dia agak keberatan tapi aku tidak akan ambil peduli
demi ikatan ukhwah persahabatan ini. Ukhwah yang pernah menjadikan aku suka
dengan dirinya. Namun malangnya ukhwah itu tidak kekal lama. Kami tidak ada
jodoh mungkin. “Malam ni aku ada....”
“No excuse! Aku tetap tunggu kau. Banyak
benda yang kita kena bincang.” Aku memotong katanya.
“Malam
ni aku..” belum sempat dia menghabiskan kata aku terus meninggalkan dirinya di
situ. Aku pasti dia akan terus-terusan memberiku alasan demi alasan untuk
mengelak daripada bertemu denganku. Culas kalau aku tidak menemuinya malam ini.
SEPERTI yang dijanjikan aku terus meluru kearah restoran makanan
laut itu. Aku bergegas pergi ke restoran ini dan terpaksa ponteng kuliah yang
bakal disampaikan oleh Ustaz Sukri yang memang disegani dengan kemampuan ilmu
tauhid dan feqahnya. Memang menjadi rutin harianku untuk menyertai kuliah
seperti itu setiap minggu. Oleh kerana janji yang telah aku buat atas kerelaan
hatiku sendiri, maka wajib untuk aku menepatinya. Berdosa aku jika aku
mungkirinya.
Serina
datang lewat dua puluh minit daripada waktu ketibaanku. Itu bukan menjadi
masalah untukku kerana kau yang memaksanya untuk datang malam ini. Kehadirannya
di sini sudah cukup meriangkan hatiku. Sekurang-kurangnya dia datang dan
merelakan diri untuk mendengarkan kalima-kalimat yang sudah aku susun indah
untuknya demi mengekalkan ukhwah ini.
“Sorry, I’m late.” Ucapnya seraya duduk
dihadapanku selepas kerusi itu ditarik keluar. “Nak cakap apa? Cakap cepat. My time is running.”
“Cool down. Sebenarnya aku Cuma nak tahu
kenapa kau nak larikan diri dari aku pagi tadi?” soalku sambil membetulkan
kopiah yang masih menutupi kepalaku. Rupanya aku tidak sempat membukanya tadi.
“Sebab
aku tak nak orang lain buat andaian yang aku masih mengharap dari kau lagi
selepas kita putus tunang dahulu dan selepas aku ditinggalkan buat kali kedua
oleh lelaki tak guna tu!” tersebtak aku mendengar penghabisan pangkal itu.
Tidak mungkin lelaki itu meninggalkan Serina buat kali kedua sedangkan bertabur
janji manis yang dilafazkan ketika Serina mendesakku untuk memutuskan
pertunangan itu.
“Next question? Ada? Kalau tak aku balik.
Kerja aku masih ada lagi tu.” Tekan Serina.
“No more question but I just wanna say sorry
about the last incident. Aku tak tahu pun pasal benda ni.” Pintaku
bersungguh-sungguh.
“Never mind. Lupakan aje lah. Lagi pun,
kau pergilah dengan orang yang tunggu kau. Kau jangan seksa dia. Kalau aku tahu
kau nangiskan dia, aku lenyek-lenyekkan kepala kau. Kau faham?” tegas Serina.
Aku
ketawa. “Aku ni mana nak laku. Umur pun dah dekat warga emas puntak ada yang
nak sangkut.”
“Ada.
Okeylah. Aku balik dulu, kalau tak siap kerja kau ni alamatnya kena marahlah
aku oleh pengetua esok. Dah nak masuk Isya’ dah ni pergilah.” Ujar Serina.
“Sabar
sikit. Dua puluh minit lagi. Kau tak nak minum dulu ke?” pelawa ku.
Serina
hanya menggelengkan kepalanya. Aku terus membuat bayaran dan pergi kembali ke
masjid. Senyuman Serina menyerikan lagi suasana dan menghapuskan rasa bersalah
di hati. Alhamdulillah, akhirnya kami kembali berbaik dan melupakan kenangn
lalu yang sentiasa menimbulkan rasa pahit di jiwa. Aku juga berharap Serina
kembali kepada hidupnya seperti dahulu, hidup dalam penuh keceriaan, gurauan
senda dan keriangan tanpa henti. Semoga selepas ini tidak akan ada suara
sumbang yng menyatakan ada ura-ura untuk aku dan Serina kembali bersatu.
Bagiku, cukuplah sekali pengalaman ahit itu mendatang tidak ingin untuk aku
merasakannya buat kali kedua. Aku turut mendoakan bahawa Serina akan menemui
jodohnya nanti. Pengajaran buat kami berdua aku rasa sudah cukup matang untuk
menjadikan kami lebih dewasa untuk memilih siapa yang terbaik buat diri kami
dengan keyakinan kepada Allah yang sentiasa utuh.
PENING!
Kes semalam lain, kes hari ini
juga lain walaupun ada sedikit persamaan yang zahir. Boleh migrain aku kalau
setiap hari terpaksa menghadapi situasi yang sama. Kalau semalam Serina yang
sentiasa mengelak daripada aku, hari ini, saat ini Rianah ula yang melakukan
sedemikian. Entah apa yang terjadi sebenarnya. Yang menjadi mangsa keadaan
semestinya aku. Aku yang merasa perasaan serba salah atas tindakan mereka itu.
Mana tidaknya, mereka hanya mengelak daripada aku sedangkan mereka tetap mesra
dengan guru-guru lain. Kes Serina sudah selesai semalam dan pagi ini bermulanya
peralihan kepada pembaik pulihan hubungan persahabatan kami. Walaupun pada
awalnya kami sama-sama merangkak untuk memulakan bicara, namun dengan seribu
nekad kami tongkah sahaja kata hati. Tidak ada gunanya bermalu sehinggakan
jalinan persahabatan yang terkulai di lantai tanah.
“Rianah,
ni apa kes sekarang ni sampai muka kacak saya ni Rianah dah tak nak tengok?”
soalku kepada Rianah yang tunduk membisu menatap lantai bilik guru itu.
“Tolong
Rianah. Terus terang aje. Apa lagi yang saya dah buat dengan Rianah ni?” aku
masih meneruskan desakan keras kepadanya. Terasa seperti orang bodoh yang
menanti bicara daripada orang yang seakan pekak.
“Saya
tak ada masalah dengan ustaz begitu juga ustaz tak ada masalah dengan saya.”
Selamba sahaja ayat itu dituturkan walaupun mukanya tetap memandang lantai.
“Tapi
awak yang ada masalah dengan saya sekarang ni.” Tegasku berbicara.
“Kalau
saya ada masalah dengan ustaz, boleh ustaz terangkan masalah itu kepada saya
supaya saya tahu.” Rianah mengangkat sedikit wajahnya ke atas, tetapi
mengehntikan pandangannya pada meja. Masih enggan melihat wajahku. Naik geram
aku di buatnya.
“Masalahnya
sekarang, awak tak nak tegur saya, awak tak nak tengok saya ni kenapa?”
bentakku. Tidak boleh terbendung lagi amarahku.
Rianah
mengangkat wajahnya melihat wajahku. “Sekarang saya dah tengok awak puas hati?”
soalnya memperli.
Terus
aku menggerakkan kakiku meninggalkan mejanya dan terus pergi ke kawasan parkir
kereta. Sudah malas aku untuk bermain kata dengan orang sepertinya. Aku tidak
akan menyemai benih benci, justeru akan aku terus suburkan apa yang sudah
tumbuh di hati. Sekarang ini, terpulang padanya andai dia ingin meneruskan
perang dingin yang aku sendiri perang dingin yang aku sendiri tidak tahu
sebabnya, aku tidak kisah. Aku lepas tangan sahaja kerana jika hanya aku sahaja
yang bersungguh-sungguh mengekalkan ukhwah, tidak ada gunanya.
AKU berangkat awal ke sekolah pagi itu. Niatku adalah untuk
menyambung kembali kerjaku yang tertangguh semalam. Lagi pula, kelasku akan
bermula pada kelas paling awal hari ini. Jadi, aku harus menyiapkan segala
bahan yang akan aku guna dalam sesi pembelajaran itu nanti.
Ketika
keretaku mula mencecah simpang keluar dari kawasan perumahanku, tanpa aku
sedari tanganku memutarkan stereng kereta mengikut arah yang jauh untuk ke
sekolah. Arah yang sama untuk pergi ke rumah Rianah. Entah kenapa hati tidak
henti-henti mengharap aku berjumpa dengannya lagi. Walhal, aku tidak pernah
terfikir untuk menyukai dirinya lebih daripada title seorang teman baru. Itu aku pasti! Mungkin kerana aku ingin
menyelesaikan krisis yang terjadi diantara kami semalam. Entah siapa yang
munculkan isu ini.
Kaca
harapan kini menjadi cebisan harapan di lantai impian. Hatiku seakan menangis
sendirian dengan apa sahaja yang baru dilayarkan di hadapan mataku. Tidak
sangka niat ikhlasku untuk menjemput Rianah hanya tinggal niat dan tidak akan
dapat aku laksanakan lagi selepas ini. Semua ini silapku, bertindak sebelum berfikir.
Mungkin ini sudah jalan takdirku yang telah disiapkan oleh Allah S.W.T sejak
azali lagi. Aku hanya mampu tersenyum paksa walaupun tidak ada sesiapa yang
melihatnya, senyuman sinis yang dilahirkan untukku sendiri. Mentertawakan
hatiku. Aku tidak tahu mengapa hatiku begitu merasai lara tika ini. Meskipun
aku akui aku sudah serik mengalah dan berputus asa untuk tetap mencari cinta
sebenar, pasangan hidup yang sanggup menerima belahan jiwaku. Atau? Atau ini
balasan yang padan kerana aku enggan memberi peluang kepada Serina atas apa
yang dia telah lakukan kepada ku sebelum ini? Argh!! Siapa saja perempuan pasti sama saja! Tidak akan ada berbeza
walaupun setitik.
“Astaghfirullah...”
lafazku panjang dan berkali-kali. Sesungguhnya aku tidak patut berkata begitu.
Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk Nabi Adam. Begitu juga wanita
dijadikan untuk lelaki. Setipa manusia yang Allah ciptakan itu berbeza-beza
keperibadian. Aku akan cuba optimis untuk berfikiran mengenai wanita. Bukan
salah Rianah ketika itu. Rianah ada hak untuk memilih sesiapa yang
diinginkannya. Aku hanya perlu berserah pada takdir di samping mengasahkan
takdir itu dengan usaha. Rianah bukan milikku dan aku tidak ada perasaan kasih
untuknya. Tidak mungkin bagiku untuk jatuh cinta dalam masa sehari. Amat
mustahil! Orang bodoh juga tahu menilai rasa cinta dan ketika ini aku tidak
bercinta dan diserang penyakit cinta. Sedangkan selepas bertahun-tahun aku
mengenali Serina baru aku lunturkan hatiku dengan kasih dan kemudiannya
menguntum ikatan yang mendekatkan lagi kami dengan ijab dan qabul. Namun,
rezeki bukan milik kami dan kami putus tunang atas orang ketiga yang kembali
menuntut cinta Serina. Aku tidak boleh berbuat apa-apa pada ketika itu kerana
Serina yang beria-ia ingin memutuskan ikatan itu.
Aku
terus memecut laju meninggalkan bahu jalan raya yang amat menyakitkan hatiku.
Aku bukan sakit hati dek cemburu, tetapi hakikatnya aku terasa amat sakit
kerana aku sudah mengetahui punca kedinginannya terhadapku. Sebab yang pada
logiknya cukup tidak relevan. Kerana dia sudah ada teman lelaki atau mungkin
juga suaminya dia melupakan aku sebagai kawan. Aku tidak harus ada kawan
seperti itu. Mulai hari ini, aku berjanji pada hati sendiri agar sentiasa
berhati-hati memilih kawan. Apa lagi soal hati dan perasaan tidak akan
terkorban buat kali kedua setelah apa yang telah berlaku pada diriku.
SEPERTI yang diinginkan oleh Rianah, aku tidak mengeluarkan
sepatah pun daripada mulutku. Aku menguncinya serapat-rapatnya ketika
berselisih dengannya. Ringan pula mulutku jika bersama orang lain. Kami juga
sering melajukan pergerakan kaki sekiranya bertemu muka. Jika hanya ada kami
berdua sahaja, sudah pasti dia pergi ke arah lain tanpa menghiraukan ku dan
begitu juga aku, untuk apa aku menghiraukan orang yang tidak pernah
menghiraukan aku.
“Stop!”
Aku
sedikit tersentak dan membuatku terundur setapak ke belakang. Serina menghalang
perjalananku pulang dari kelas tingkatan lima. “Kenapa?”
“Malam
ni datang restoran biasa lepas solat isyak. Datang, jangan tak datang.” Kata
Serina.
Aku
kehairanan dengan permintaannya. “Nak buat apa?”
“Ada
la... Datang aje. Kalau lewat nanti melepas pulak.”
“Kasi
tahu aje la.”
“No!
Datang!”
Serina
meninggalkan aku yang penuh dengan tanda tanya. Apa pula yang dirancangnya
untukku malam ini? Tidak ada sebarang yang mencurigakan hatiku.
Malam
itu, selepas solat Isyak aku terus pergi ke restoran seperti pintanya. Kawasan
parkir kereta hampir penuh. Lama aku berpusing-pusing mencari tempat letak
kereta, akhirnya aku menemui sebuah kotak letak kereta yang berada di belakang
restoran itu.
Seketika
kemudian aku mendapat panggilan daripada Serina. Aku tersenyum sendiri sambil
menggoyang-goyangkan telefon bimbit yang masih kemas dalam tanganku. Aku mula
membuat kiraan dalam hai sama ada mahu menjawab panggilan itu atau pun tidak. Ketika
aku mahu menjawab panggilan itu, talian terputus. Aku melepaskan keluhan kecil.
Kemudian aku mendapat panggilan kedua dan tanpa kusedari laju ibu jariku
menjawab panggilan itu.
“Sabar.”
Ucapku sebaik salam ku berbalas.
“Cepatlah,
dah nak berjanggut aku tunggu kau ni.” Keluhnya. Pastinya sudah lama dia berada
di situ. Sepatutnya aku tiba lima belas minit lebih awal daripada waktu yang
aku janjikan. Saja aku menguji kesabarannya.
Aku terus
berjalan masuk ke dalam restoran melayu yang tersergam indah itu. Diterangi oleh
lampu-lampu yang sudah tersusun membentuk hati dihadapan restoran itu menarik
perhatianku. Selama ini aku tidak tahu pula wujudnya lampu kelap-kelap itu di
situ, aku selama ini memang tidak ada lampu itu? Aku terus menyambung
perjalanan yang terhenti seketika tadi. Restoran itu kosong, sepi tanpa
penghuni melainkan kelibat Serina dengan rakannya yang duduk nun jauh dari
pintu masuk restoran ini.
Aku berdiri
selangkah dua daripada meja Serina. “Assalamualaikum. Sorry late.”
“Hah! Waalaikumussalam.
Sampai pun, aku ingatkan kau dah jauh sesat.” Sindir Serina. Kawan Serina yang
duduk berhadapan dengannya, aku perhatikan dia tertunduk mengeluh kesah seolah
tidak senang dengan kehadiranku di sini.
“Duduk!”
Serina mengarahkan aku duduk semeja dengan mereka.
Pup! Jantungku bagaikan disentap tanpa
sebarang ihsan. Rianah... perlahan hatiku memperdengarkan nama itu bergema
dihatiku.
“Okey! Aku
nak balik dulu. Korang selesaikanlah kes korang ni.” Aku memandang Serina. Dia yang
merancang kes ini?
“Dah-dah...
Jangan nak tengok aku macam tu. Aku buat macam ni sebab aku dah tak nak tengok
korang bermasam-masam muka.” Jujurnya. “Kalau dah suka jujur aje, ini dah
terlanjur cinta pun nak sorok lagi buat apa? Terus masuk meminanglah!”
Serina
meninggalkan kami berdua yang masih terpaku dan terpukul dengan kata-katanya
itu. Tika ini aku mengaku yang aku sudah terlanjur cinta dengan orang yang
duduk di hadapanku. Sakit hatiku tempoh hari bukanlah disebabkan punca
kedinginannya semata-mata, malahan aku memang merasai bahang cemburu. Cemburu yang
sudah mencapai tahap maksima. Entah mengapa begitu kuat panahan cemburu hatiku
tika itu.
“Awak...
awak masih marah dengan saya lagi?” soal Rianah.
Tegurannya
itu mencantas lamunanku mengimbas memori silam yang penuh rasa penyesalan dan
cemburu semata.
“Apa dia?!”
soalku terpinga-pinga.
“Awak
masih marahkan saya ke?” Rianah mengulang kembali soalannya itu.
“Tak,
tapi husband awak tak marahkan awak
ke duduk berdua dengan saya kat restoran ni?”
Kami mula
menunjukkan respon yang memberangsangkan.
“Husband?” Aku mengangguk. “Husband saya? Bila saya kahwin?”
“Entah. Mana
saya tahu bila awak kahwin. Awak tak bagi kad jemputan pun...” Aku cuba
berseloroh walaupun rasa cinta menghimpit hatiku dengan kata-kataku sendiri.
“Saya
belum kahwin lagilah... Kita sama aje.”
“Jadi
lelaki kat dalam kereta hari tu?” aku yang sedari tadi bersandar mula merubah
posisi kepada tegak. Berdebar-debar menunggu saat mulutnya mengukir jawapan,
positif atau tidak pastinya akan merubahkan segalanya.
Dia meletuskan
ketawa kecil. “Itu abang sepupu saya la...”
“Kenapa
cemburu ke?” tambahnya lagi.
“Adalah
sikit... Jadi saya masih ada peluang la ni?” soalku penuh pengharapan.
Rianah mengeluh
berat sambil melihat air jus orennya itu. “Pagi tadi dah ada orang lamar saya. Saya
minta maaf sangat, tapi itulah perkara sebenarnya.”
Aku tertunduk
kecewa, jawapan yang pastinya tidak aku inginkan keluar dari mulutnya.
“So, bila korang kahwin? Jangan lupa
jemput aku tau!” Aku tersenyum menyelimuti rasa gundah di dada.
“That’s why saya datang kat sini.”
“Tengah
tunggu bakal tunanglah ni. Kalau macam tu saya balik dulu.” Kataku. “Restoran
ni dah ada orang pun.” Aku memaksudkan sepasang suami isteri yang baru masuk ke
dalam restoran itu.
“Means?”
soalnya.
“Tak
baik la kalau bakal tunang awak tu tengok kita berdua kat sini.”
“Bakal
tunang saya tu dah ada kat sini. Tinggal tunggu jawapan aje keluar dari mulut
dia.” Jelas Rianah.
Aku terputar
sedikit dengan pernyataan yang diberikannya. “Mana bakal tunang awak tu?” aku
menekan perkataan tunang itu.
“Awaklah.
Parents awak datang pagi tadi jumpa parents saya.” Aku terkejut bercampur
bahagia. “Kenapa awak tak sudi ke?”
“Mestilah
saya setuju!” kataku separuh terjerit. “Esok pagi kita kahwin, malam-malam
macam ni pejabat tok kadi dah tutup.”
“Kalau
boleh saya nak tunang dulu...” pintanya.
“Baiklah
kalau macam tu, hujung minggu ni tunang. Next
two months kita kahwin. Yang lain tu kita bincang nanti-nati ajelah.”
“Next two years tak boleh ke?” terbeliak
mataku mendengar permintaannya.
“Kalau
macam tu, saya dah jadi warga emas.” Selorohku. “Kita buat cepat-cepatlah..”
Riana
tersenyum lebar, lebar lagi senyumku yang kujangka sudah sampai ke cuping
telingaku. Bahagia kembali menjentik dihati da aku yakin bahagia ini tidak akan
luntur kerana kau yakin cinta ini cukup hakiki.
“Start hari ini, saya janji yang saya
akan jaga awak sampai bila-bila dan selepas ini tidak akan ada lagi masam-masam
muka. Tak cantiklah kalau asyik masam muka aje memanjang.”
“Itu
janji awak, janji saya pulak bila kita dah kahwin nanti saya akan cuba jadi
isteri terbaik. Dan kalau boleh tolong bimbing saya kalau saya salah ya....”
tersenyum aku mendengar kata-katanya.
“Saya
akan pegang panji masjid kita, agar janji kita akan tercapai.”
“BANG! BANG!”
tubuhku terasa digoncang-goncang. “Bang, bangunlah dah subuh. Kang tak sempat
pulak.” Rianah mengejutkan aku daripada tidur. Baru satu malam kami bergelar
suami isteri. Terasa bahagia sangat. Tersenyum lebar
hatiku sejak lafaz ijab kabul itu sempurna aku lafazkan.
Aku
duduk bersebelahan dengan Rianah. “ Dah mandi?” Rianah mengangguk.
“Cepatlah
pergi mandi lepas tu solat.” Rianah mengingatkan lagi.
“Dah mandi
wajib?” aku tersenyum simpul dengan soalanku sendiri.
“Mestilah!”
jawabnya seperti halilintar.
Aku
ketawa. “Esok mandi lagi.”
“Gatal!”
Rianah mencubit lenganku.
Aku terus
pergi ke bilik air untuk meneruskan hajatku untuk solat. Bahagia benar-benar
merajai hatiku saat itu. Alhamdulillah, mahligai bahagia memang sudah ternyata
milik kami berdua. Semoga rasa bahagia ini berkekalan hingga ke akhirnya.
Insya-Allah! Panjiku sudah hampir kepada janji-janji yang aku yakin akan membawa
kami ke arah kebahagiaan.
-TAMAT-
09:14 MALAM.
Syafie Asyraf
30 MAC 2012
Jumaat
3 ulasan:
not bad dear...ok la..tp agak rush..cpt sgt endingnya...
o... i'll be more careful later.... thanks for your comment... it's a lot of help...
eh sjak bla ko reply ni? xgtau aku pun..bgini la kawan!
Catat Ulasan