Halaman

Jumaat, 30 Mac 2012

PANJI JANJI KEBAHAGIAAN


TELEFON BIMBITKU berdering penuh lantang sehinggakan membuatkan aku terkejar-kejar dari bilik air terus ke dalam bilik mencapai telefon bimbitku. Nama ‘Serina’jelas terpampang dihadapan di skrin telefonku itu. Aku mengeluh kecil, apa lagi mahunya? Aku tidak puas hati dan merasa berat hati untuk menjawab panggilan itu.

Aku gagahkan diri juga menjawab panggilan takut sekiranya panggilan itu benar-benar penting. “Assalamualaikum.” Ucapku. Sudah menjadi kebiasaan kepadaku mengucapkan kalimah itu terlebih dahulu, agak sopan dan menampakkan lagi gemalai bahasa.

“Waalaikumussalam.” Serina menjawab dari hujung talian. “Razif, boleh tak kita jumpa?”

“Nak buat apa? I’m queitly busy right now, so I’ll see you later.” Aku mencipta alasan.

 Aku sungguh tidak selesa dengan irama suaranya yang penuh sifat wanita yang sering merengek manja. Percuma sahaja memakai tudung tetapi akhlak entah ke mana. Lagi pula, aku merasakan yang dia cukup sosial dengan lelaki-lelaki lain. Di sekolah sahaja, ramai lelaki tergoda dengan alunan lunak kemanjaannya tetapi itu membuatkan aku muak dan cuak dengannya.

“Okay! Never mind. See you at school tomorrow.” talian diputuskan.

Hatiku semakin membengkak dengan sikap Serina belakangan ini. Kenapa aku diburunya setelah dia menduakan aku dibelakangku? Aku tidak akan tertipu kali kedua Serina! Kerana kecurangannya itu, aku telah memutuskan hubungan yang menghampirkan aku bernikah dengan penipu sepertinya.  Kalau diikutkan aku sudah digelar bujang terlajak. Umurku meningkat hari demi hari dan umurku kini tiga puluh empat tahun tiga belas hari. Jam? Aku tidak ingat pukul berapa aku dilahirkan.

Aku menyarungkan pakaianku dan melontarkan baju kotor ke dalam bakul di sebelah pintu bilik air kamarku. Kunci kereta terus aku capai dan memecut laju ke rumah orang tuaku. Sudah lama aku tidak bertemu mereka. Jarak rumahku dengan rumah mereka tidaklah jauh sangat, beza sepuluh batu saja dan memakan masa selama lima belas minit sahaja bagi pemandu profesional sepertiku. Aku pemandu berhemah dan menepati setiap undang-undang jalan raya.







MALAM itu aku menonton televisyen di ruang tamu rumah orang tuaku. Aku keseorangan dihadapan televisyen yang menayangkan filem Biar Mimpi Sampai Ke Bintang itu. Setiap jalan ceritanya aku amati namun hatiku tidak bersama mataku yang masih tertancap pada kaca televisyen itu. Sedikit sebanyak aku terpukul dengan kisah percintaan dua anak muda itu. Masih remaja sudah bercinta cintun seperti di sekolahku juga. Sedangkan aku, sudah tiga puluh empat tahun berada di bumi Allah ini belum pernah merasai wanita yang benar-benar mencintaiku walaupun segala kasih sayangku sudah mencurah-curah aku berikan. Belum ada rezeki untukku menemui wanita yang sesuai dan dapat menyayangiku seperti aku menyayanginya nanti. Mahu harapkan Serina sudah tiada guna. Aku sudah putus tunang dengannya atas apa yang dia telah lakukan kepadaku. Aku bukanlah orang yang mudah-mudah untuk diperbodohkan. Rasa hairan selalu menjengahku setelah aku memutuskan ikatan itu. Aku hairan mengapa Serina yang dulunya mendampingi lelaki lain sekarang terhegeh-hegeh mengejarku. Jika dia ingin menipuku buat kali kedua nyata dia silap. Aku rela tidak berkahwin daripada berkahwin dengan perempuan penipu sepertinya. Aku lebih berhati-hati selepas ini. Itu janji aku!

            Salam dari muka pintu aku jawab seraya memalingkan wajahku. Ayah yang berdiri di situ sambil membimbit plastik yang mengendong kuih keria di dalamnya. Aku kembali melihat televisyen setelah ayah memulakan langkah ke dapur. Seketika kemudian aku turut ke dapur setelah ibu memanggil namaku.

            “Makan.” Arah ibu.

            Ayah mengambil duduk di kepala meja. Aku duduk berhadapan dengan ibu. Begitu banyak lauk terhidang malam ini mengalahkan lauk-pauk kenduri. Walaupun ianya hanya mengambil setengah daripada muka meja, namun ianya terlalu banyak untuk dimakan oleh tiga beranak seperti kami. “Banyaknya lauk, siap ada kuih keria lagi.”

            “Kamu bukan selalu datang ke sini. Kamu itu aje anak ibu dengan ayah. Mana tak melaut rindu kami.” Balas ibu.

            “O.. tapi kenapa tia-tiba aje ada kuih keria ni?” soalku. “Jarang-jarang ada kuih makan malam.”

            “Ibu kamu nak makan sangat kuih keria ni. Dari semalam lagi, tu ayah pergi beli tadi. Nasib baik sempat tadi.” Jelas ayah.

            “Ibu kepingin nak makan?” soalku. “Ibu mengandung lagi ke ayah?”

            Tersedak ibu mendengar soalanku ayah pula hanya tersenyum. Melihatkan senyuman ayah aku rasa sangkaan ku benar-benar tepat. “Jadi betullah ni ibu mengandung? Orang dapat adik baru la ni?” soalku lagi.

            “Dah jangan nak merepek!” sangkal ibu. “Ibu ni dah tua. Dah tak boleh nak mengandung lagi.” Sambung ibu lagi.

            “Tapi orang masih boleh dapat adik lagikan ayah?” soalku nakal.

            “Kamu ingat ayah kamu tu boleh mengandung ke?” tanya ibu, tidak faham dengan soalanku. Ayah hanya membisu membiarkan aku bertukar-tukar kata bersamanya isterinya.

            “Lelaki mana boleh mengandung. Tapi ayah kan masih boleh kahwin tiga lagi. Kalau dapat yang still boleh mengandung mesti boleh dapat adik kan?”

            Kali ini ayah pula yang tersedak mendengar tujahan dari aku. Mata ibu membulat memandang ayah. Ayah pula ketawa kecil setelah meneguk beberapa kali air oren yang disediakan di sisi pinggannya.

            “Boleh jugak.” Balas ayah nakal. Semakin galak suasana mendengar kata-kata ayah.

            “Abang jangan nak menggatal ye! Habis abang saya kerjakan nanti. Sampai bila-bila saya takkan benarkan abang kahwin lain walaupun saya dah meninggal nanti.” Ibu memberikan amaran sambil tangn kirinya galak mencubit pinggang ayah tanpa henti. “Ayah kamu tak boleh kahwin lagi. Yang kena kahwin tu kamu. Ibu tak nak anak tiri tapi ibu nak cucu.” Tegas ibu menyampaikan hasratnya.

            “Cucu ke anak tiri ke sama aje kan? Dua-dua baby jugak asalnya.” Ujarku.

            “Hah betul tu. Ayah rasa kamu ni dah cukup tua dah masih tak kahwin-kahwin lagi.” Ucap ayah. “Ayah ni tunggu green light dari ibu kamu ni aje. Kalau ibu kamu ni kata boleh, malam ni jugak ayah pergi nikah. Pejabat tok kadi masih buka lagi ni, sempat lagi ni.” Usik ayah. Ibu memukul lengan ayah. Tidak gemar dipermainkan sebegitu.

            “Saya dah kata, sampai mati pun saya takkan benarkan abang kahwin lain. Kamu Razif yang kena kahwin. Anak mak cik senah depan rumah tu baru balik dari luar negara belajar. Senang-senang kamu kahwin aje dengan budak tu. Cantik budaknya, baik pulak tu.” Puji ibu melambung-lambung tingginya. “Masa tunang dengan Serina dulu kamu putuskan.”

            “Tak minatlah ibu. Nantilah orang cari sendiri. Kalau ibu nak sangat dia ada dalam keluarga kita ni, baik ibu suruh ayah aje kahwin dengan budak tu.”

            Aku tidak suka perihal jodohku diungkit. Setiap kali hal itu diungkit pasti aku dihurung resah yang amat. Aku belum bertemu siapa yang layak bersamaku dunia dan akhirat. Semua itu aku serahkan kepada Allah. Dia tahu siapa layak untuk menemaniku dan sentiasa berdiri disampingku dalam semua perkara.

            Pingganku aku bawa ke sinki setelah makanan sudah ku telan semuanya. Sesudah aku membilas pinggan yang bergelumang dengan sabun itu, aku terus ke bilikku dan mengurungkan diri di dalamnya. Apa lagi yang boleh aku lakukan selain melarikan diri daripada masalah ini. Aku melelapkan mata dan berharap esok hariku akan bertambah ceria. Esok juga aku harus bangun awal untuk berangkat ke sekolahku dari rumah orang tuaku memandangkan aku sudah lama tidak berada di sini. Melepas rindu sekali-sekala tidaklah salah. Hanya padaku mereka mencurahkan rasa kasih kerana aku sahaja anak yang mereka ada.







SEAWAL pukul tujuh pagi aku ke sekolah. Sempat juga aku menjamah nasi goreng yang ibu sediakan pagi itu. Aku jamah bukannya banyak pun. Sekadar mengalas perutku. Namun ibu tahu hal itu akan berlaku, makanya dia telah menyediakan nasi goreng itu ke dalam bekal makanan.

            Pagi itu, aku agak terlewat dari biasa tiba di sekolah. Senyuman para guru dari ruangan pejabat sudah jelas dapat aku lihat dari jarakku kini. Seolah ada perkara menarik yang berlaku di belakangku. Aku menuju laju ke arah pejabat sekolah itu yang sedang hangat dan rancak membara.

            “Assalamualaikum.” Ucapku.

            “Waalaikumussalam, ustaz.” Balas Fadli, seorang guru matematik. Cukup segak orangnya. Mentalnya juga tidak kurang hebatnya, mampu menguasai bidang matematik, sains dan mata pelajaran yang lain.

            “Ada apa ni?”

            “Ada guru baru. Baru aje masuk lapor diri.” Jelas Fadli. “Ustaz lupakah? Kan hari tu pengetua dah inform ada guru baru nak ngajar kat sekolah kita ni.” Tambahnya lagi.

Bersungguh-sungguh dia memberitahuku. Aku langsung tidak tertarik dengan perihal yang disampaikannya. Aku ligat mengarahkan otakku mengerah segala memori yang terkandung di dalamnya. Sungguh, aku ingat-ingat lupa mengenai hal ini. Pantas aku dapat mengingat kembali. Guru baru ini didatangkan untuk menggantikan Gabriela yang bakal keluar dari sekolah ini. Ini merupakan perkara baik kerana setahuku guru ini bertauliah dan mempunyai pengalaman yang cukup mendalam dalam bidang perguruan. Maklumat itu yang aku dapat daripada pengetua minggu lalu.

“ingat.. tadi lupa....” aku tersengih kucing. “Aku pergi dulu, assalamualaikum.” Ucapku seraya membuka langkah meninggalkan ruangan pejabat selepas Fadli membalas salamku.









PETANG itu aku mengambil sedikit masa untuk menyiapkan tugasku disekolah sebagai seorang guru Tasawwur Islam dan Kimia. Oleh kerana anak didikku baru sahaja menduduki peperiksaan pertengahan tahun minggu lepas, terpaksalah aku bertungkus-lumus menyiapkan tugasan menanda kertas-kertas ujian mereka kerana aku tidak suka mejaku berselerak dan semak dengan kerja yang tertangguh lagi bertimbun-timbun. Nanti akan serabut kepala seperti serabutnya keadaan di atas mejaku pada waktu itu. Buat masa ini, aku memulakan kerjaku dengan menyemak kertas tasawwur dahulu. Ramai pelajar-pelajarku mengatakan soalan kali ini begitu mudah. Inilah kisah seorang guru. Sentiasa berusaha keras demi anak didik mereka, dan aku juga tergolong sama dalam kelompok mini ini.

            Sedang asyik aku memeriksa kertas, mataku seolah ditarik oleh jam tanganku. Alangkah terkejutnya aku melihat sudah pukul  enam lima belas minit petang. Ketika itu, aku bergegas menyusun kembali kertas-kertas yang sudah aku selerakkan diatas meja guruku. Kemudiannya, aku bergerak ke arah pintu utama bilik guru untuk menuju ke kawasan parkir kereta khas untuk para guru. Suasana hujan lebat menyebabkan aku berlari-lari anak ke sana.  Aku menghidupkan enjin kereta Avanza dan menekan pedal minyak. Perjalananku yang baru bermula itu terhenti selepas aku melihat sekujur tubuh wanita yang sedang kesejukan di pondok bas dihadapan pintu pagar utama sekolah.

             Aku menggerakkan kereta menghampiri pondok bas itu. Tingkap penumpang hadapan aku buka dan mengajak wanita yang sedang kuyup itu agar menaiki keretaku. Rasa kasihan pula melihat dirinya dalam keadaan begitu. Pada mulanya dia menolak, namun berbagai alasan aku beri akhirnya dia tunduk. Sepanjang perjalanan itu, dia hanya membisu berdiam diri. Kami hanya bertemankan alunan irama dari corong radio. Telefon bimbit ditangannya dibelek sekali-sekala seolah-olah menunggu panggilan dan pesanan daripada seseorang ataupun itu sahaja cara untuknya menghilangkan rasa janggal.

            “Jauh termenung, ingatkan pak we ke?” sapaku, menghapuskan suasana kekok.

            “Tak da apa-apa.”

            Lain jawapan yang keluar dari mulutnya. Aku mula kehairanan dengan sifat gadis yang duduk disebelahku ini. Aku yang tersalah cakap atau dia yang tersalah dengar? Aku bingung sendirian.

            “Apa yang tak da apa-apa?” soalku. “Jangan risaulah, kalau suami awak marah nanti saya boleh explain kat dia. Lagipun kat luar ni hujan, takkanlah husband awak nak suruh awak berhujan sehari suntuk.” Ujarku cuba menenangkan gelojak hatinya meskipun aku tidak tahu apa yang sedang menari-nari didalam sanubarinya.

            “Saya belum kahwin lagilah. Saya takut isteri ustaz yang marah tengok saya berdua dengan ustaz dalam kereta ni.”

            Tongkang ketawaku pecah. Berderai semuanya walaupun aku dalam kehairanan. “macam mana awak tahu saya ustaz?”

            “Saya mengajar kat situ, jadi saya tahulah.”

            Aku bungkam seketika. Cuba mengamati dan menganalisis muka gadis yang kelihatan ayu berbaju kurung walaupun sudah sedikit basah dek hujan. Nyata sekali otakku gagal mengenal pasti wajahnya dari dalam kotak memoriku. “Means?”

            “Saya guru baru kat situ. Saya nampak ustaz busy aje memanjang dari pagi tadi. That’s why ustaz tak cam saya kot.” Terangnya. Aku memang belum bersua muka dengan guru tersebut, tidak sangka-sangka orang itu adalah orang yang duduk di sebelahku kini.

            “Oh..” aku kehabisan kata. “Kalau macam tu kita berkenalan kat dalam kereta ni ajelah.” Saranku. Alang-alang sudah berdua disini dan tidak sempat berkenalan tadi jadi apa salahnya kami bersuai kenal disini.

            “Nama saya Fitrianah Rushdi. Panggil Ana dah cukup. Umur dah dua puluh enam tahun. Ustaz?”

            “Kalau saya nak panggil Rianah, boleh?” dia merelakan menggunakan isyarat tubuh. “Baiklah, saya Razif Haiqal Abdul Kadir. Umur baru tiga puluh empat tahun. Still young.” Aku cuba bergurau. Bermesra dalam sesi suai kenal yang tidak patut ada unsur-unsur keseriusan.

            “Muda lah sangat.” Katanya, sinis kedengaran di corong telingaku. “Anak dah berapa?” Rianah menambah koleksi soalan.

            “Anak saya dah ramai dah. Lebih kurang lapan belas orang jugaklah.”aku tergelak kecil hasil lawak yang aku cipta sendiri. Dia bertanyakan soalan cukup advance untuk aku jawab. “Belum kahwin dah ada anak. Pandai jugak Rianah melawak.” Pujiku.

            “Belum kahwin? Means?” soalnya lanjut.

            “Saya belum pernah bernikah mahupun menikahi mana-mana perempuan yang ada di atas bumi Allah ni lagi. Ada faham?”

            “Ustaz belum kahwin lagi? Saya tak percaya.”

            “Tak ada gunanya saya nak menipu. Nak percaya, percaya, tak nak percaya, sudahlah. Kenapa tak percaya?”

            “Mustahil orang handsome macam ustaz ni tak laku.”

            Correction. Bukan tak laku, tapi kena memilih sikit. Kita cari biar yang padan, kekal bahagia nanti. Kalau nak gegarkan tiang Arasy aje baik tak payah. Sebab itulah ramai orang kata saya ni bujang terlajak tetapi kacak.”

            “Kacak la sangat.”

            Aku membelokkan keretaku kmasuk ke dalam taman perumahan yang didiami oleh Rianah. Aku hanya menurut arahnya kerana ini pertama kali aku masuk ke taman perumahan ini. Hujan sudah menunjukkan tanda-tanda mahu berhenti. Hujan yang tadinya lebat, mula beralih kepada gerimis manja menyentuh muka bumi. Aku agak pelik ketika aku mulai sedar yang keretaku hanya berpusing pada tempat yang sama sedari tadi. Rianah seperti menahan senyum yang pasti sedang mentertawakan diriku.

“Kenapa kita kat sini aje dari tadi?” soalku, putus asa dengana permainannya.

            “Rumah saya kat depan tu. Saya saja nak menguji kesabaran ustaz.”

            “Banyaklah uji-uji awak. Ujian kat sekolah tu handle dulu baru handle saya.”

            Aku memberhentikan kereta di hadapan pagar rumahnya. Kami sempat bertukar salam dan senyuman sebelum dia turun. Setelah aku memastikan dia benar-benar sudah berada dalam rumah aku lancarkan keretaku meninggalkan rumah yang berwarna hijau itu. Niatku kini mencari masjid berdekatan untuk solat maghrib. Waktu maghrib sudah hampir tiba, tinggal seminit dua cuma.







SERINA sudah pun tegak memacak di hadapan rumahku pada malam itu. Lantas, aku kerling jam tanganku yang setia memaparkan waktu. Pukul lapan empat puluh tiga minit malam. Malam itu aku pulang setelah solat isya’ secara berjemaah di masjid berhampiran kawansan taman perumahan Rianah. Hati tertanya mengapa Serina berada di hadapan rumahku pada waktu sebegini. Tidakkah dia tahu ini akan menimbulkan fitnah kepada sesiapa yang melihat dirinya padda ketika itu terutamanya jiran tetangga yang sudah bersiap sedia mengumpul koleksi cerita hangat mereka untuk dibualkan bersama rakan-rakan mereka.

            Serina mencerlung tajam ke arahku. Tangan kananku menarik tuil unuk membuka pintu kereta, belum sempat pintu kereta terbuka luas Serina terus masuk dan duduk di sebelah kerusi penumpang hadapan. Aku yang terkejut dengan respon Serina yang begitu melulu, menarik semula tangan kananku dengan perlahan dan meletakkannya di atas riba kananku. Wajah yang aku pamerkan cukup tenang, setenang aliran sungai di muara.

            “Kenapa ni?” soalku, tidak mahu membazir masaku kerana hari esok aku terpaksa bangun awal untuk pergi ke sekolah lagi. Amanah sebagai guru harus aku ikuti apatah lagi etika perguruan yang sentiasa mengutamakan pelajar. Masa hadapan pelajar juga terletak di tangan guru walaupun hanya tiga puluh peratus sahaja.

            “Saya kan dah janji dengan awak nak jumpa awak hari ni? Lupa?” marah Serina.

            “Aku tak kata aku janji.” Aku mengubah kata ganti nama diriku. Biar dia tahu aku bukan calang-calang lelaki yang bisa tunduk kepada perempuan. “Yang kau nak marah-marah ni apa kes? Datang rumah orang alam-malam buta. Nak kena fitnah sangat. Datang rumah lelaki malam-malam macam ni?” marahku balik.

            Serina menjatuhkan pandangannya ke aah kakinya sendiri. Selepas itu, satu keluhan panjang keluar dari bibirnya yang merah dek gincu itu. “Saya tahu awak marahkan saya hari tu, tapi takkan awak tak boleh bagi saya peluang kedua.” Pintanya dengan rayuan. Rayuan itu yang semakin membuat hatiku menjadi keras dengan ucapan penipuan dibalik kata manis yang diucapnya.

            ops... no thanks. I don’t need you. And my decision is final.” Tegasku. “Lagi pun, aku tidak pernah cintakan kau. Aku bertunang dengan kau pun kerana ibu bapa kita. So, kita memang tidak ada jodoh, ingat tu. Kau pergi ajelah dengan mamat mana entah. Daripada korang buat maksiat, baik korang kahwin.” Ajarku.

            Serina diam seribu bahasa. Dia hanya mengesat air matanya yang laju turun merentasi alur pipinya. “Kita jumpa esok kat sekolah. Aku nak tidur,penat. Kau baliklah, dah jauh malam ni. Kang ada pulak suara sumbang yang mengata kita.”

            “Saya tak kesah kena tangkap khalwat dengan awak. Saya rela asalkan saya kahwin dengan awak. Saya tahu awak dah jumpa perempuan lain kan? Tapi saya takkan biaarkan budak tu free-free dapat awak.”

            “Kau dah gila ke?” bentakku, sakit hati mendengar kata-katanya. “Aku tak bercinta pun. Dah dua kali aku putus tunang. Aku dah serik. Kalau ada jodoh aku, aku jumpalah dengan takdir tu. Kalau tak da, aku tak kesah hidup sendirian.” Nada suaraku mulai perlahan. Aku kesali dengan apa yang telah berlaku dalam hidupku. Namun aku tahu, Allah sudah menyiapkan hidangan yang teristimewa untukku suatu hari kelak kerana Allah itu Maha Adil.

            “Aku penat. Baliklah. And start tomorrow lupakan segala-galanya yang pernah kita hadapi. Lupakan aje yang kita pernah bertunang sebelum ni. Ingat! Pasangan hidup kita tu pasti membuatkan kita rela membelah jiwa, bukan membelah hati untuk di beri kepadanya. Hati kita ni mudah terpengaruh. Sandarkan rasa cinta itu pada jiwa kerana hanya jiwa sahaja dapat mengesan nur cinta.”

            Sebaik sahaja aku menghabiskan ayatku, aku terus turun dari kereta dan pergi membuka pagar utama rumahku bagi memberi laluan kepada keretaku untuk diparkirkan di porch rumah. Seraya itu, aku sempat menoleh ke arah Serina. Dengan penuh lemah dan longlai dia melangkah pergi. Seketika kemudian, aku terdengar deruman enjin mengaum hebat dan hilang ditelan alur perjalanan.

            Serina! Mengapa ketika ini baru dia terhegeh-hegeh mengejar cintaku atau dia hanya bepura-pura. Jika dia hanya sengaja mahu memainkan aku buat kali kedua, minta maaf! Dia silap, silap besar! Takdirku ditangan-NYA. Aku pasrah atas segalanya. Malam itu aku tidur tidak selena biasa. Kepalaku sukar untuk direhatkan, dijanakan bagi proses kelancaran hari esok. Entah apa yang menyebabkan itu berlaku, yang pasti hal ini tidak ada kaitan dengan Serina. Hatiku sudah berjaya meluputkannya tetapi tidak di otakku.







TAMAT sahaja kelas tambahan ku pada petang itu bermakna tamatlah sudah tugasanku disekolah. Aku bergegas menuju ke bilik guru untuk mengambil barang-barangku. Aku berjalan menerusi beberapa meja guru lain yang nyatanya sebahagian daripada mereka sudah pulang. Meja Rianah juga turut berapa dalam senarai meja guru yang aku lalui, mejanya aku kerling sekilas dan meneruskan perjalananku. Sudah pulang agaknya kerana mejanya turut kosong.

            Seusai  aku mengemas buku-buku yang berada di atas mejaku, aku terus mempercepatkan bukaan langkah ke pejabat. Aku harus pergi terus hospital kerana sewaktu kelas tambahan tadi, ayah memberi tahuku yang ibu dimasukkan ke dalam wad kerana pengsan dirumah tadi. Bertubi-tubi aku mengatakan yang aku ingin pergi ke sana dan mebatalkan sahaja kelas tambahanku, namun berkeras juga ayah melarangku. Kata ayah, ibu hanya pengsan kerana kelelahan dan kini keadaan ibu sudah pun stabil. Tetapi, menurut ayah ibu belum dibenarkan keluar dari hospital walaupun keadaan ibu sudah cukup stabil. Ayah juga menasihati aku agar tidak terlalu risau dengan keadaan ibu kerana ayah masih boleh menjaganya buat waktu itu. Walaupun aku diserang berat hati namun aku gagahkan juga diri untuk mengajar pelajar-pelajarku subjek Kimia yang sememangnya kelihatan agak menggerunkan. Aku sering lari daripada fokus sepanjang kelas tadi. Akhirnya aku lega ketika mendapat informasi keadaan ibu selang beberapa puluh minit selepas aku mendapat berita yang menggetarkan tangkai hatiku.

            Ketika aku ingin keluar daripada pintu pejabat yang ternganga luas itu, langkahku di halang Bella, kerani sekolah tempat aku mengajar. Tertanya, mengapa lankahku dihalang? “Kenapa?”

            “Cikgu nak ke mana ni?” soal Bella tercungap-cungap.

            “Hospital. Yang kamu ni cemas sangat apa kes?”

            “Syukur. Mengah.” Jawabnya selamba sambil menongkatkan tangannya di lutut.

            “Cikgu nak ke mana? Selayang?” soalnya lagi.

Aku pelik sendirian bagaimana pula dia tahu tujuanku tika ini? Apakah dia sudah tahu perihal ibu? Mustahil! Ayah tidak akan menyatakan keadaan ibu saat ini, kalau terjadi sesuatu pada ibu pasti aku akan dimaklumkan dahulu. Lagi pula, telefon bibitku masih aktif  dan bukannya dalam mood silent.

“Ya, Hospital Selayang. Kau nak apa sebenarnya Bella. Saya nak cepat ni.” Ujarku jujur. Keadaan ibu amat penting bagiku. Aku sudah berjanji pada ibu untuk pergi melawatnya selepas tamat sahaja kelas tambahanku.

“Sorry... sorry. Cikgu boleh tumpangkan Cikgu Ana tak? Sebabnya Cikgu Ana pun nak ke sana.” Laju dia berkata. Mungkin tersentak dengan tindakanku agar menyuruhnya cepat.

“Okey. Saya tunggu dia kat kereta.” Ucapku sambil meninggalkan ruangan itu.

Pantas aku tiba di sebelah keretaku. Baru sahaja aku menghidupkan enjin kedengaran pintu penumpang sebelah hadapanku dibuka. Kelihatan Rianah tergopoh-gapah memasuki keretaku. Aku tersenyum simpul seketika, terubat segala kerisauan di hati. Lucu juga melihat keadaanya begitu. Seolah dikejar hantu sehingga nafasnya turun naikbagai tidak ingin berhenti.

Sorry , I’m late.” Tangannya memasukkan kepala tali pinggang keledar itu ke dalam soket.

Never mind. Rianah sakit ke?” soalku.

Sekiranya dia sihat untuk apa pula dia pergi ke hospital? Kalau dia sakit pula dari mana dia dapat kudrat untuk berlari sekencang itu tadi. Pelik juga Rianah ni. “Sakit? Taklah, I’m fine.”

Pedal minyak aku tekan meninggalkan perkarangan kawasan parkir kereta itu. Dalam perjalanan itu kami tidak banyak berbicara. Masing-masing sibuk meladeni perasaan masing-masing. Rianah juga ke hospital kerana ingin melawat adik sepupunya yang sakit kanser di awal usianya. Aku agak tersentuh mendengar kisah itu. Rianah jug mengatakan bahawa adik sepupunya telah menjalani pembedahan beberapa minggu lepas, dan hari ini adik sepupunya itu terpaksa di masukkan ke dalam wad juga kerana luka pembedahannya itu terbuka akibat terjatuh tengah hari tadi. Cukup tabah budak yang berumur tujuh tahun itu menghadapi semua ini. Kalau aku belum tentu bertahan sepertinya. Aku bersyukur masih dijadikan sihat walafiat kini.

Aku dan Rianah bergerak seiring menuju ke wad adik sepupu Rianah dahulu. Ayah sudah aku maklumankan mengenai hal ini. Jadi, kuranglah rasa bersalahku sedikit. Lagi pun, kami tidak akan lama kerana kami dimaklumkan bahawa adik sepupu Rianah yang bernama Dania itu akan kembali menjalani rawatan. Sayu hatiku melihat keadaanya yang terkulai layu. Dia nampak lemah pada fizikal, namun kekuatan mentalnya aku cukup tabik. Rianah juga berkali-kali aku lihat mengesat air matanya. Dania hanya tersenyum simpul, membina semangat baru yang jitu hasil kata-kata yang Rianah titipkan untuknya.

Selepas tamat sahaja pertemuan sepuluh minit itu, kami terpaksa akur dengan arahan jururawat yang menjaga Dania. Rianah aku lihat seakan berat untuk merelakan Dania pergi. Kami melangkah pergi kembali ke wad ibu pula. Ibu tersenyum manis walaupun mukanya kelihatan sedikit pucat lesi. Tangan ibu bapaku aku salam dan Rianah turut menyalam tangan ibu. Ibu kelihatan sedikit ceria. Hatiku kembali lapang melihat ibu dan Rianah kembali ceria yang sedari tadi hanya muram. Senyuman ibu cukup mematikan kerisauan di hatiku yang bersarang sedari petang tadi. Ayah juga kelihatan senang dengan Rianah.







SERINA kembali ke sekolah selepas seminggu dia mengambil cuti sejak insiden itu. Aku yakin lagi pasti yang dia mencuba melupakan segalanya seperti yang aku pinta. Memang sejak dulu aku tidak pernah menyintainya, pertunangan kami juga disebabkan kebodohanku yang terpedaya dengan hasutan lubuk hati. Ini juga membuatkan aku terburu-buru menilainya dan membuat keputusan. Tambahan pula, aku tertipu tatkala melihat kedua orang tuaku begitu senang dan mesra melayani Serina sewaktu ketika dahulu. Peristiwa dahulu yang selalu aku terkenangkan dan aku menjadi itu semua sebagai teladan dan pengajaran untukku buat masa ini dan seterusnya.

            Kini, dia juga seakan mengelak daripada bersua muka denganku. Berkali-kali aku cuba untuk berhadapan dengannya, namun dengan selamba dia melarikan diri daripadaku. Naik pusing juga aku dibuatnya. Aku tahu, tujuanku untuk menemuinya hanya bakal membuatkan mata guru-guru yang lain yang melihatya pasti mengatakan yang aku masih memendam perasaan cinta untuk ku ungkit semula. Berita terputusnya pertunangan kami tersebar lebih cepat dari jangkaanku mengalahkan kelajuan Internet.

            Aku tidak akan putus asa, malah aku akan terus-terusan mengejarnya untuk menerangkan segalanya kerana aku tidak mahu ukhwah kami terputus selepas terputusnya ikatan pertunangan kami. Cukuplah hanya sekali sahaja ukhwah antara kami terputus, aku tidak ingin untuk sekali lagi. Aku mengekori langkah Serina yang baru melangkah keluar daripada kelas tingkatan empat itu. Aku lajukan bukaan kakiku agar bisa menyainginya.

            “Serina, wait a minute.” Aku menghentikan perjalanannya dan dia menundukkan wajah. “Okay, fine. Sorry sebab take your time for a while.”

            “Kau nak apa sebenarnya? Aku sibuk sangat sekarang ni.” Serina sekali lagi ingin melarikan diri. Namun aku pantas membaca apa yang diatur dalam kepalanya sekaligus menghalangnya daripada meninggalkan aku yang kaku sendirian di situ.

            “Sibuk?” soalku seperti orang bodoh. Pastinya dia sibuk kerana kerjanya sudah pasti menggunung tinggi dek tertangguh kerana cutinya selama seminggu itu. “Malam ni selepas maghrib aku tunggu kat restoran biasa. Aku akan tunggu kau samapi kau datang.”

            Serina mengeluh kecil. Aku tahu dia agak keberatan tapi aku tidak akan ambil peduli demi ikatan ukhwah persahabatan ini. Ukhwah yang pernah menjadikan aku suka dengan dirinya. Namun malangnya ukhwah itu tidak kekal lama. Kami tidak ada jodoh mungkin. “Malam ni aku ada....”

            No excuse! Aku tetap tunggu kau. Banyak benda yang kita kena bincang.” Aku memotong katanya.

            “Malam ni aku..” belum sempat dia menghabiskan kata aku terus meninggalkan dirinya di situ. Aku pasti dia akan terus-terusan memberiku alasan demi alasan untuk mengelak daripada bertemu denganku. Culas kalau aku tidak menemuinya malam ini.







SEPERTI yang dijanjikan aku terus meluru kearah restoran makanan laut itu. Aku bergegas pergi ke restoran ini dan terpaksa ponteng kuliah yang bakal disampaikan oleh Ustaz Sukri yang memang disegani dengan kemampuan ilmu tauhid dan feqahnya. Memang menjadi rutin harianku untuk menyertai kuliah seperti itu setiap minggu. Oleh kerana janji yang telah aku buat atas kerelaan hatiku sendiri, maka wajib untuk aku menepatinya. Berdosa aku jika aku mungkirinya.

            Serina datang lewat dua puluh minit daripada waktu ketibaanku. Itu bukan menjadi masalah untukku kerana kau yang memaksanya untuk datang malam ini. Kehadirannya di sini sudah cukup meriangkan hatiku. Sekurang-kurangnya dia datang dan merelakan diri untuk mendengarkan kalima-kalimat yang sudah aku susun indah untuknya demi mengekalkan ukhwah ini.

            Sorry, I’m late.” Ucapnya seraya duduk dihadapanku selepas kerusi itu ditarik keluar. “Nak cakap apa? Cakap cepat. My time is running.”

            Cool down. Sebenarnya aku Cuma nak tahu kenapa kau nak larikan diri dari aku pagi tadi?” soalku sambil membetulkan kopiah yang masih menutupi kepalaku. Rupanya aku tidak sempat membukanya tadi.

            “Sebab aku tak nak orang lain buat andaian yang aku masih mengharap dari kau lagi selepas kita putus tunang dahulu dan selepas aku ditinggalkan buat kali kedua oleh lelaki tak guna tu!” tersebtak aku mendengar penghabisan pangkal itu. Tidak mungkin lelaki itu meninggalkan Serina buat kali kedua sedangkan bertabur janji manis yang dilafazkan ketika Serina mendesakku untuk memutuskan pertunangan itu.

            Next question? Ada? Kalau tak aku balik. Kerja aku masih ada lagi tu.” Tekan Serina.

            No more question but I just wanna say sorry about the last incident. Aku tak tahu pun pasal benda ni.” Pintaku bersungguh-sungguh.

            Never mind. Lupakan aje lah. Lagi pun, kau pergilah dengan orang yang tunggu kau. Kau jangan seksa dia. Kalau aku tahu kau nangiskan dia, aku lenyek-lenyekkan kepala kau. Kau faham?” tegas Serina.

            Aku ketawa. “Aku ni mana nak laku. Umur pun dah dekat warga emas puntak ada yang nak sangkut.”

            “Ada. Okeylah. Aku balik dulu, kalau tak siap kerja kau ni alamatnya kena marahlah aku oleh pengetua esok. Dah nak masuk Isya’ dah ni pergilah.” Ujar Serina.

            “Sabar sikit. Dua puluh minit lagi. Kau tak nak minum dulu ke?” pelawa ku.

            Serina hanya menggelengkan kepalanya. Aku terus membuat bayaran dan pergi kembali ke masjid. Senyuman Serina menyerikan lagi suasana dan menghapuskan rasa bersalah di hati. Alhamdulillah, akhirnya kami kembali berbaik dan melupakan kenangn lalu yang sentiasa menimbulkan rasa pahit di jiwa. Aku juga berharap Serina kembali kepada hidupnya seperti dahulu, hidup dalam penuh keceriaan, gurauan senda dan keriangan tanpa henti. Semoga selepas ini tidak akan ada suara sumbang yng menyatakan ada ura-ura untuk aku dan Serina kembali bersatu. Bagiku, cukuplah sekali pengalaman ahit itu mendatang tidak ingin untuk aku merasakannya buat kali kedua. Aku turut mendoakan bahawa Serina akan menemui jodohnya nanti. Pengajaran buat kami berdua aku rasa sudah cukup matang untuk menjadikan kami lebih dewasa untuk memilih siapa yang terbaik buat diri kami dengan keyakinan kepada Allah yang sentiasa utuh.









PENING! Kes semalam lain, kes hari ini juga lain walaupun ada sedikit persamaan yang zahir. Boleh migrain aku kalau setiap hari terpaksa menghadapi situasi yang sama. Kalau semalam Serina yang sentiasa mengelak daripada aku, hari ini, saat ini Rianah ula yang melakukan sedemikian. Entah apa yang terjadi sebenarnya. Yang menjadi mangsa keadaan semestinya aku. Aku yang merasa perasaan serba salah atas tindakan mereka itu. Mana tidaknya, mereka hanya mengelak daripada aku sedangkan mereka tetap mesra dengan guru-guru lain. Kes Serina sudah selesai semalam dan pagi ini bermulanya peralihan kepada pembaik pulihan hubungan persahabatan kami. Walaupun pada awalnya kami sama-sama merangkak untuk memulakan bicara, namun dengan seribu nekad kami tongkah sahaja kata hati. Tidak ada gunanya bermalu sehinggakan jalinan persahabatan yang terkulai di lantai tanah.

            “Rianah, ni apa kes sekarang ni sampai muka kacak saya ni Rianah dah tak nak tengok?” soalku kepada Rianah yang tunduk membisu menatap lantai bilik guru itu.

            “Tolong Rianah. Terus terang aje. Apa lagi yang saya dah buat dengan Rianah ni?” aku masih meneruskan desakan keras kepadanya. Terasa seperti orang bodoh yang menanti bicara daripada orang yang seakan pekak.

            “Saya tak ada masalah dengan ustaz begitu juga ustaz tak ada masalah dengan saya.” Selamba sahaja ayat itu dituturkan walaupun mukanya tetap memandang lantai.

            “Tapi awak yang ada masalah dengan saya sekarang ni.” Tegasku berbicara.

            “Kalau saya ada masalah dengan ustaz, boleh ustaz terangkan masalah itu kepada saya supaya saya tahu.” Rianah mengangkat sedikit wajahnya ke atas, tetapi mengehntikan pandangannya pada meja. Masih enggan melihat wajahku. Naik geram aku di buatnya.

            “Masalahnya sekarang, awak tak nak tegur saya, awak tak nak tengok saya ni kenapa?” bentakku. Tidak boleh terbendung lagi amarahku.

            Rianah mengangkat wajahnya melihat wajahku. “Sekarang saya dah tengok awak puas hati?” soalnya memperli.

            Terus aku menggerakkan kakiku meninggalkan mejanya dan terus pergi ke kawasan parkir kereta. Sudah malas aku untuk bermain kata dengan orang sepertinya. Aku tidak akan menyemai benih benci, justeru akan aku terus suburkan apa yang sudah tumbuh di hati. Sekarang ini, terpulang padanya andai dia ingin meneruskan perang dingin yang aku sendiri perang dingin yang aku sendiri tidak tahu sebabnya, aku tidak kisah. Aku lepas tangan sahaja kerana jika hanya aku sahaja yang bersungguh-sungguh mengekalkan ukhwah, tidak ada gunanya.







AKU berangkat awal ke sekolah pagi itu. Niatku adalah untuk menyambung kembali kerjaku yang tertangguh semalam. Lagi pula, kelasku akan bermula pada kelas paling awal hari ini. Jadi, aku harus menyiapkan segala bahan yang akan aku guna dalam sesi pembelajaran itu nanti.

            Ketika keretaku mula mencecah simpang keluar dari kawasan perumahanku, tanpa aku sedari tanganku memutarkan stereng kereta mengikut arah yang jauh untuk ke sekolah. Arah yang sama untuk pergi ke rumah Rianah. Entah kenapa hati tidak henti-henti mengharap aku berjumpa dengannya lagi. Walhal, aku tidak pernah terfikir untuk menyukai dirinya lebih daripada title seorang teman baru. Itu aku pasti! Mungkin kerana aku ingin menyelesaikan krisis yang terjadi diantara kami semalam. Entah siapa yang munculkan isu ini.

            Kaca harapan kini menjadi cebisan harapan di lantai impian. Hatiku seakan menangis sendirian dengan apa sahaja yang baru dilayarkan di hadapan mataku. Tidak sangka niat ikhlasku untuk menjemput Rianah hanya tinggal niat dan tidak akan dapat aku laksanakan lagi selepas ini. Semua ini silapku, bertindak sebelum berfikir. Mungkin ini sudah jalan takdirku yang telah disiapkan oleh Allah S.W.T sejak azali lagi. Aku hanya mampu tersenyum paksa walaupun tidak ada sesiapa yang melihatnya, senyuman sinis yang dilahirkan untukku sendiri. Mentertawakan hatiku. Aku tidak tahu mengapa hatiku begitu merasai lara tika ini. Meskipun aku akui aku sudah serik mengalah dan berputus asa untuk tetap mencari cinta sebenar, pasangan hidup yang sanggup menerima belahan jiwaku. Atau? Atau ini balasan yang padan kerana aku enggan memberi peluang kepada Serina atas apa yang dia telah lakukan kepada ku sebelum ini? Argh!! Siapa saja perempuan pasti sama saja! Tidak akan ada berbeza walaupun setitik.

            “Astaghfirullah...” lafazku panjang dan berkali-kali. Sesungguhnya aku tidak patut berkata begitu. Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk Nabi Adam. Begitu juga wanita dijadikan untuk lelaki. Setipa manusia yang Allah ciptakan itu berbeza-beza keperibadian. Aku akan cuba optimis untuk berfikiran mengenai wanita. Bukan salah Rianah ketika itu. Rianah ada hak untuk memilih sesiapa yang diinginkannya. Aku hanya perlu berserah pada takdir di samping mengasahkan takdir itu dengan usaha. Rianah bukan milikku dan aku tidak ada perasaan kasih untuknya. Tidak mungkin bagiku untuk jatuh cinta dalam masa sehari. Amat mustahil! Orang bodoh juga tahu menilai rasa cinta dan ketika ini aku tidak bercinta dan diserang penyakit cinta. Sedangkan selepas bertahun-tahun aku mengenali Serina baru aku lunturkan hatiku dengan kasih dan kemudiannya menguntum ikatan yang mendekatkan lagi kami dengan ijab dan qabul. Namun, rezeki bukan milik kami dan kami putus tunang atas orang ketiga yang kembali menuntut cinta Serina. Aku tidak boleh berbuat apa-apa pada ketika itu kerana Serina yang beria-ia ingin memutuskan ikatan itu.

            Aku terus memecut laju meninggalkan bahu jalan raya yang amat menyakitkan hatiku. Aku bukan sakit hati dek cemburu, tetapi hakikatnya aku terasa amat sakit kerana aku sudah mengetahui punca kedinginannya terhadapku. Sebab yang pada logiknya cukup tidak relevan. Kerana dia sudah ada teman lelaki atau mungkin juga suaminya dia melupakan aku sebagai kawan. Aku tidak harus ada kawan seperti itu. Mulai hari ini, aku berjanji pada hati sendiri agar sentiasa berhati-hati memilih kawan. Apa lagi soal hati dan perasaan tidak akan terkorban buat kali kedua setelah apa yang telah berlaku pada diriku.







SEPERTI yang diinginkan oleh Rianah, aku tidak mengeluarkan sepatah pun daripada mulutku. Aku menguncinya serapat-rapatnya ketika berselisih dengannya. Ringan pula mulutku jika bersama orang lain. Kami juga sering melajukan pergerakan kaki sekiranya bertemu muka. Jika hanya ada kami berdua sahaja, sudah pasti dia pergi ke arah lain tanpa menghiraukan ku dan begitu juga aku, untuk apa aku menghiraukan orang yang tidak pernah menghiraukan aku.

            “Stop!”

            Aku sedikit tersentak dan membuatku terundur setapak ke belakang. Serina menghalang perjalananku pulang dari kelas tingkatan lima. “Kenapa?”

            “Malam ni datang restoran biasa lepas solat isyak. Datang, jangan tak datang.” Kata Serina.

            Aku kehairanan dengan permintaannya. “Nak buat apa?”

            “Ada la... Datang aje. Kalau lewat nanti melepas pulak.”

            “Kasi tahu aje la.”

            “No! Datang!”

            Serina meninggalkan aku yang penuh dengan tanda tanya. Apa pula yang dirancangnya untukku malam ini? Tidak ada sebarang yang mencurigakan hatiku.

            Malam itu, selepas solat Isyak aku terus pergi ke restoran seperti pintanya. Kawasan parkir kereta hampir penuh. Lama aku berpusing-pusing mencari tempat letak kereta, akhirnya aku menemui sebuah kotak letak kereta yang berada di belakang restoran itu.

            Seketika kemudian aku mendapat panggilan daripada Serina. Aku tersenyum sendiri sambil menggoyang-goyangkan telefon bimbit yang masih kemas dalam tanganku. Aku mula membuat kiraan dalam hai sama ada mahu menjawab panggilan itu atau pun tidak. Ketika aku mahu menjawab panggilan itu, talian terputus. Aku melepaskan keluhan kecil. Kemudian aku mendapat panggilan kedua dan tanpa kusedari laju ibu jariku menjawab panggilan itu.

            “Sabar.” Ucapku sebaik salam ku berbalas.

            “Cepatlah, dah nak berjanggut aku tunggu kau ni.” Keluhnya. Pastinya sudah lama dia berada di situ. Sepatutnya aku tiba lima belas minit lebih awal daripada waktu yang aku janjikan. Saja aku menguji kesabarannya.

            Aku terus berjalan masuk ke dalam restoran melayu yang tersergam indah itu. Diterangi oleh lampu-lampu yang sudah tersusun membentuk hati dihadapan restoran itu menarik perhatianku. Selama ini aku tidak tahu pula wujudnya lampu kelap-kelap itu di situ, aku selama ini memang tidak ada lampu itu? Aku terus menyambung perjalanan yang terhenti seketika tadi. Restoran itu kosong, sepi tanpa penghuni melainkan kelibat Serina dengan rakannya yang duduk nun jauh dari pintu masuk restoran ini.

            Aku berdiri selangkah dua daripada meja Serina. “Assalamualaikum. Sorry late.”

            “Hah! Waalaikumussalam. Sampai pun, aku ingatkan kau dah jauh sesat.” Sindir Serina. Kawan Serina yang duduk berhadapan dengannya, aku perhatikan dia tertunduk mengeluh kesah seolah tidak senang dengan kehadiranku di sini.

            “Duduk!” Serina mengarahkan aku duduk semeja dengan mereka.

            Pup! Jantungku bagaikan disentap tanpa sebarang ihsan. Rianah... perlahan hatiku memperdengarkan nama itu bergema dihatiku.

            “Okey! Aku nak balik dulu. Korang selesaikanlah kes korang ni.” Aku memandang Serina. Dia yang merancang kes ini?

            “Dah-dah... Jangan nak tengok aku macam tu. Aku buat macam ni sebab aku dah tak nak tengok korang bermasam-masam muka.” Jujurnya. “Kalau dah suka jujur aje, ini dah terlanjur cinta pun nak sorok lagi buat apa? Terus masuk meminanglah!”

            Serina meninggalkan kami berdua yang masih terpaku dan terpukul dengan kata-katanya itu. Tika ini aku mengaku yang aku sudah terlanjur cinta dengan orang yang duduk di hadapanku. Sakit hatiku tempoh hari bukanlah disebabkan punca kedinginannya semata-mata, malahan aku memang merasai bahang cemburu. Cemburu yang sudah mencapai tahap maksima. Entah mengapa begitu kuat panahan cemburu hatiku tika itu.

            “Awak... awak masih marah dengan saya lagi?” soal Rianah.

            Tegurannya itu mencantas lamunanku mengimbas memori silam yang penuh rasa penyesalan dan cemburu semata.

            “Apa dia?!” soalku terpinga-pinga.

            “Awak masih marahkan saya ke?” Rianah mengulang kembali soalannya itu.

            “Tak, tapi husband awak tak marahkan awak ke duduk berdua dengan saya kat restoran ni?”

            Kami mula menunjukkan respon yang memberangsangkan.

            Husband?” Aku mengangguk. “Husband saya? Bila saya kahwin?”

            “Entah. Mana saya tahu bila awak kahwin. Awak tak bagi kad jemputan pun...” Aku cuba berseloroh walaupun rasa cinta menghimpit hatiku dengan kata-kataku sendiri.

            “Saya belum kahwin lagilah... Kita sama aje.”

            “Jadi lelaki kat dalam kereta hari tu?” aku yang sedari tadi bersandar mula merubah posisi kepada tegak. Berdebar-debar menunggu saat mulutnya mengukir jawapan, positif atau tidak pastinya akan merubahkan segalanya.

            Dia meletuskan ketawa kecil. “Itu abang sepupu saya la...”

            “Kenapa cemburu ke?” tambahnya lagi.

            “Adalah sikit... Jadi saya masih ada peluang la ni?” soalku penuh pengharapan.

            Rianah mengeluh berat sambil melihat air jus orennya itu. “Pagi tadi dah ada orang lamar saya. Saya minta maaf sangat, tapi itulah perkara sebenarnya.”

            Aku tertunduk kecewa, jawapan yang pastinya tidak aku inginkan keluar dari mulutnya.

            So, bila korang kahwin? Jangan lupa jemput aku tau!” Aku tersenyum menyelimuti rasa gundah di dada.

            That’s why saya datang kat sini.”

            “Tengah tunggu bakal tunanglah ni. Kalau macam tu saya balik dulu.” Kataku. “Restoran ni dah ada orang pun.” Aku memaksudkan sepasang suami isteri yang baru masuk ke dalam restoran itu.

            “Means?” soalnya.

            “Tak baik la kalau bakal tunang awak tu tengok kita berdua kat sini.”

            “Bakal tunang saya tu dah ada kat sini. Tinggal tunggu jawapan aje keluar dari mulut dia.” Jelas Rianah.

            Aku terputar sedikit dengan pernyataan yang diberikannya. “Mana bakal tunang awak tu?” aku menekan perkataan tunang itu.

            “Awaklah. Parents awak datang pagi tadi jumpa parents saya.” Aku terkejut bercampur bahagia. “Kenapa awak tak sudi ke?”

            “Mestilah saya setuju!” kataku separuh terjerit. “Esok pagi kita kahwin, malam-malam macam ni pejabat tok kadi dah tutup.”

            “Kalau boleh saya nak tunang dulu...” pintanya.

            “Baiklah kalau macam tu, hujung minggu ni tunang. Next two months kita kahwin. Yang lain tu kita bincang nanti-nati ajelah.”

            Next two years tak boleh ke?” terbeliak mataku mendengar permintaannya.

            “Kalau macam tu, saya dah jadi warga emas.” Selorohku. “Kita buat cepat-cepatlah..”

            Riana tersenyum lebar, lebar lagi senyumku yang kujangka sudah sampai ke cuping telingaku. Bahagia kembali menjentik dihati da aku yakin bahagia ini tidak akan luntur kerana kau yakin cinta ini cukup hakiki.

            Start hari ini, saya janji yang saya akan jaga awak sampai bila-bila dan selepas ini tidak akan ada lagi masam-masam muka. Tak cantiklah kalau asyik masam muka aje memanjang.”

            “Itu janji awak, janji saya pulak bila kita dah kahwin nanti saya akan cuba jadi isteri terbaik. Dan kalau boleh tolong bimbing saya kalau saya salah ya....” tersenyum aku mendengar kata-katanya.

            “Saya akan pegang panji masjid kita, agar janji kita akan tercapai.”







“BANG! BANG!” tubuhku terasa digoncang-goncang. “Bang, bangunlah dah subuh. Kang tak sempat pulak.” Rianah mengejutkan aku daripada tidur. Baru satu malam kami bergelar



suami isteri. Terasa bahagia sangat. Tersenyum lebar hatiku sejak lafaz ijab kabul itu sempurna aku lafazkan.

            Aku duduk bersebelahan dengan Rianah. “ Dah mandi?” Rianah mengangguk.

            “Cepatlah pergi mandi lepas tu solat.” Rianah mengingatkan lagi.

            “Dah mandi wajib?” aku tersenyum simpul dengan soalanku sendiri.

            “Mestilah!” jawabnya seperti halilintar.

            Aku ketawa. “Esok mandi lagi.”

            “Gatal!” Rianah mencubit lenganku.

            Aku terus pergi ke bilik air untuk meneruskan hajatku untuk solat. Bahagia benar-benar merajai hatiku saat itu. Alhamdulillah, mahligai bahagia memang sudah ternyata milik kami berdua. Semoga rasa bahagia ini berkekalan hingga ke akhirnya. Insya-Allah! Panjiku sudah hampir kepada janji-janji yang aku yakin akan membawa kami ke arah kebahagiaan.





-TAMAT-





09:14 MALAM.

Syafie Asyraf

30 MAC 2012

Jumaat

3 ulasan:

perisai ketenangan berkata...

not bad dear...ok la..tp agak rush..cpt sgt endingnya...

Mr M.S.A.S berkata...

o... i'll be more careful later.... thanks for your comment... it's a lot of help...

perisai ketenangan berkata...

eh sjak bla ko reply ni? xgtau aku pun..bgini la kawan!