Halaman

Jumaat, 8 Jun 2012

LUPUS SUDAH CINTA


BERDERAU darahku dengan bersaksikan sepasang mataku ini. Aku mengetap bibir beserta dengan semarak api amarah di hati. Sungguh aku tidak percaya dengan apa yang aku lihat, kesakitan di hati memang sudah tidak dapat dibendung. Kalau ikutkan kata hati, ingin sahaja aku rempuh. Keberadaanku tidak mengizinkan kerana aku berada di tempat awam. Kehadiran Ghazali juga turut menghalangku daripada melakukan perkara itu. Larva gunung berapi hanya menanti saat untuk muntah. Sudah aku tidak dapat kawal lagi diriku.
            “Zeck, kita balik jom.” Ghazali cuba menarik tanganku.
            Aku menyentap kasar tanganku daripada terus menjadi mangsa genggaman Ghazali. “Aku tak puas hati selagi aku tak bantai muka lelaki tu.” Keras suaraku.
            “Kau jangan jadi bodoh Zeck. Kau kena tengok tempat.” Ghazali mengingatkanku.
            Jasadku terus ditarik mengikut langkah Ghazali. Itu tak bermakna amarahku kian pudar malah makin membara. Rasa sakit hati mula menyelubungi jiwaku. Betapa bodohnya aku dulu.
            “Aku nak ke office.” Tuturku.
            Ghazali hanya mengangguk. Kereta terus meluncur laju membelah jalan raya yang menyelimuti bumi.

TERHUYUNG-HAYANG aku berjalan. Sudah hilang keseimbangan diriku. Tidak tentu arah aku melangkah. Kepalaku sudah terasa sakit dan berat yang amat. Hanya ilusi yang bermain-main di mataku. Aku terus melangkah dan melangkah walaupun sudah berkali-kali aku terjelopok di tengah jalan. Arah tujuku tidak jelas ketika ini, arah rumahku pun sudah aku tidak tahu. Yng aku rasa saat ini aku gembira, gembira dan “GEMBIRA!” jeritku tanpa mempedulikan sesiapa yang memerhatikanku kemudian aku ketawa terbahak-bahak kerana merasai rasa bahagia itu cukup amat memenuhi ruang hatiku. Berkali-kali aku dihon oleh kereta yang lalu-lalang dijalan raya itu dan berkali-kali juga aku melemparkan makian dan kata-kata kesat kerana aku tidak suka diperlakukan sebegitu rupa.

             Hon yang aku terima kali ini lebih dahsyat daripada biasa. Hon yang cukup panjang dan menyentakku daripada terus berjalan ditengah jalan raya itu. Aku kemudiannya terjatuh lagi mencium bumi. Terasa sakit dibahagian badan dan mukaku kerana hempapan yang cukup kuat sebentar tadi. Kereta itu terus memberhentikan keretanya dibahu jalan dan pemandunya terus keluar daripada kereta.
            “Ya Allah, Zeck... Apa nak jadi ni hah?” suara itu macam aku kenal. Suara yang kiranya sudah cukup sinonim dengan diriku. Siapa lagi kalau bukan Ghazali.
            “Dah... Aku bawak kau balik rumah.” Ghazali memimpinku ke arah keretanya.
            Aku menarik tanganku. “Aku masih nak enjoy. Kau jangan kacau aku, aku tengah happy sekarang ni.” Aku ketawa terbahak-bahak lagi.
            “Zeck Zamri! Ikut aku balik sekarang.” Aku terus ditolak kedalam perut kereta. Tidak diberi peluang untuk membalas hujah Ghazali.
            Kereta Ghazali terus memecut laju membelah jalan raya. Laju yang amat. Arah yang ditujunya sudah pasti rumahku. Aku yang duduk di dalam kereta itu mula merasa pusing dan pening di kepala. Sudahnya, aku hanya mampu tersenyum sendirian dan terhingguk-hingguk menahan sakit kepalaku. Mungkin terlalu banyak arak yang aku minum. Sudah tidak dapat aku kawal lagi diriku yang semakin menggila kerana peristiwa petang tadi masih jelas di kotak fikianku walaupun aku dalam keadaan mabuk ketika ini.
            Setelah lima belas minit kereta Ghazali memandu, kami tiba betul-betul dihadapan pagar utama rumahku yang terang-benderang lampunya. Ghazali keluar dari kereta kemudian dia membukakan aku pintu keretanya itu dan memimpinku masuk ke dalam rumah. Langkahku amat perlahan dan masih lagi terhuyung-hayang kehilangan punca keseimbangan badanku. Aku menggaru-garu kepalaku yang tidak gatal.  Aku dapat mengecam wajah daddy, mama, Dahlia dan Ainnur.
            Ghazali memberi salam kemudian menanggalkan seliparnya yang sedia terpasang. Kemudian Ainnur terkocoh-kocoh meluru ke arahku dan mengambil tanganku lalu menciumnya. Mataku yang kuyu sedari tadi kini mencerlung tajam kearahnya. Aku tersenyum sinis kepadanya.
            “Abang dah makan?” tanyanya.
            “Makan? Kau nak ambil kesah pasal aku ni apasal? Mana jantan simpanan kau tu?!” herdikku. Semakin sakit hatiku apabila teringatkan kisah petang tadi.
            “Abang cakap apa ni?” suaranya terketar-keta bertanya. Dahinya berkerut seolah tidak memahami bait kataku. ‘Pandailah kau berlakon kat depan aku, depan papa dan mama. Kau ni nak kena ajar ni!’
            “Kau tau tak kau ni kurang ajar! Dasar perempuan sundal! Kau ambil cuti hari ni sebab nak berkepit dengan jantan tu kan!”
            Kakiku aku layangkan ke perutnya menyebabkannya terjatuh ke lantai. Diriku kini betul-betul tidak boleh dikawal lagi. Pipinya yang putih itu aku tampar dengan tangan kananku. Ainnur yang terduduk di lantai itu merayu-rayu meminta ampun. ‘Argh! Tak payah pedulikan Zeck, dia tu pura-pura baik aje. Jangan percayakan dia. Kau nak kena tipu lagi ke? Kau nak jadi mangsa penipuannya lagi ke? Sampai bila kau nak kena bodoh-bodohkan oleh perempuan itu.’ Aku terus-menerus menghayun tangan dan kakiku membelasah tubuhnya itu tanpa secebis ihsan dan kasih. Kenapa aku harus mengalah dengan rayuan kesakitannya sedangkan dia langsung tidak pernah fikirkan tentang sakit yang aku alami? Aku tidak akan bertidak akan bertolak ansur kali ini. biar dia rasa!
            “Reti pulak kau nak mintak maaf, keluar dengan jantan lain tak mintak izin dengan aku kau tak rasa bersalah. Inikah kau buat pada aku walau aku dah bagi kau kasih sayang selama ni? Apa kau tak puas ke selama ni? Apa yang kau hendak semua aku bagi. Apa yang aku tak bagi, hah?! Aku benci dengan perempuan sundal macam kau ni. Tak reti nak bersyukur! Kau ni tak da guna nak hidup kau faham?! Kalau hidup pun masih nak menyusahkan hidup aku aje.” Kepalanya aku tolak kasar menggunakan jari telunjukku.
            Kakiku masih setia menjadi ayunan ke arah perutnya. Aku sudah pedulikannnya lagi. Ainnur yang sudah tidak bermaya itu pengsan dan kakinya sudah dilumuri darah. Ghazali menarik tubuhku daripada terus-terusan menyakiti Ainnur. Mabukku sudah berkurangan sedikit, sebab itu aku boleh memahami apa yang terjadi.
 ‘Perempuan tak guna! Memang patut kau mati! Sepatutnya dari dulu lagi kau mati! Dasar sundal!’ tidak puas-puas hatiku mengeluarkan kata kesat. Lain di hati lain di mulutku. Mulutku lancang melontarkan segala maki hamun ke arahnya.
            “Apa bising-bising ni? Kamu mabuk lagi Zamri?! Apa nak jadi dengan kamu ni, hah?!” Papa turun dari tangga dengan muka marahnya. Melihat cara papa berpakaian aku yakin papa akan bermalam di sini.
            “Papa tanya ni Zamri, Ghazali kenapa bising-bising ni? Ya Allah, ni kenapa sampai Ainnur terbaring ni?” Papa terus menembak dengan soalannya.
            “Ghazali sedia kereta cepat. Dahlia tolong saya bawak Ainnur ke kereta. Kamu tunggu apa lagi tu Zamri? Pergi cepat panggil mama kamu.”
            “Biarkan aje perempuan sundal ni mati kat sini papa. Tak gunanya dia hidup. Menyu.....”
            Pap! Kata-kataku dipotong oleh tamparan mama yang entah dari mana munculnya.
            “Biadap kamu Zamri! Ibu tak pernah ajar kamu jadi biadap macam ni!” kata ibu dalam tangisnya.
            “Melisa, biarkan aje budak mabuk tu kat situ. Yang lebih penting sekarang ni nyawa menantu kita ni. Tak usah pedulikan budak tu.”
            Aku terus naik ke bilikku sambil menyanyi riang. Puas hatiku membelasah perempuan sundal tu. Pelbagai lagu aku muatkan sepanjang perjalanan pendekku ke bilik. Kata-kata papa dan mama sedikit pun tidak tidak membawa apa-apa makna pada diriku. Cukup gembira hati ini. aku teru menyanyi dan ketawa terbahak-bahak meninggalkan papa yang mengunci pintu utama rumahku. Aku tidak mahu ambil tahu lagi pasal perempuan sundal itu. Perempuan begitu tidak harus diberi muka. Memang penampar dan terajang saja yang patut dia terima.

AKU berjalan lesu menuruni setiap anak tangga. Kepalaku masih sakit, mungkin kerana terlalu banyak kencing syaitan yang terkumpul diperutku. Aku memicit-micit kepalaku sambil merenung jam disisi katil. Pukul sembilan empat puluh minit pagi. Subuh? Sudah pastinya aku terlepas. Mahu qada’? Tidak terbuatlah jawabnya.  Imanku memang lemah, yang amat lemah. Solatku tidak terjaga jika Ainnur tidak ada disisiku. Dialah yang selalu mengingatkan aku tentang semuanya. Perutku terasa sakit kerana lapar. Dari semalam aku belum menjamah sedikit makanan. Hanya arak yang menemaniku dari pukul tujuh petang sehingga pukul sepuluh malam, itu pun kerana Ghazali yang menemuiku dipinggir jalan.
            “Sayang! Sayang!” aku memanggil mula mencari Ainnur di setiap pelosok rumah. Dapur rumahku aku lihat kosong, meja makan juga kosong. Langsung tiada makanan! Argh! Ainnur! Ke mana pula kau pagi-pagi macam ni! Sebelum ini tidak pernah kau kau tinggal meja makan ni kosong daripada sarapan pagi melainkan bulan puasa atau dengan arahanku.
Aku baru teringat yang semalam puas aku membelasahnya. Kenapa pula hari ini kau buat masalah yang naikkan angin aku aje! Kau siap kau kalau aku jumpa kau! Nahas kau perempuan! Mesti kau pergi jumpa lelaki bangsat tu lagi! Siap kau kejap lagi! Bersedia aje lah kau dengan lelaki tu! Kau fikir lelaki tu boleh selamatkan kau ke, hah! Dasar perempuan sundal tak reti bersyukur! Menyesal aje aku kahwin dengan kau! Entah-entah kau bukan dara lagi masa aku kahwin dengan kau tahun lalu! Membazir duit aku aje buat majlis! Nampak aje baik, tapi sebenarnya syaitan bertopengkan manusia! Perempuan jalang! Perempuan sial! Sundal! Nafasku turun naik, amarahku seolah-olah dijana oleh sakit hatiku menyaksikan kemesraan Ainnur dengan seorang lelaki lengkap berkemeja putih semalam. Siap bertukar-tukar senyuman lagi, ketawa jangan katalah! Makin galak! Membuak-buak rasa marahku. Rasa cintaku kepadanya langsung hilang. Sakit kepalaku kini semakin galak menyodor kepalaku yang semakin berdenyut-denyut kesakitan.
Bunyi loceng rumahku ditekan berkali-kali. “Siapa pulak yang datang pagi-pagi buta macam ni?” aku merungut sambil menggaru-garu kepalaku yang masih bersisa sakitnya. Dah la aku belum mandi,ada orang datang pulak. Tetamu ni pun satu kalau nak datang tengok time lah sikit. Ini datang rumah aku masa mood aku tengah tunggang terbalik. Atau.... itu adalah Ainnur! Aku ketawa jahat dalam nada terkawal. Siap kau perempuan!
Terus ringan langkahku untuk ke pintu utama rumahku. Loceng rumahku masih setia berbunyi. Memang siap kau sundal! Kali ini aku takkan lepaskan kau.  Kalau semalam ada Ghazali dengan papa, hari ni tak da siapa-siapa dengan kau! Puaslah kau makan sepak terajang aku! Pintu yang terkunci itu aku buka dan kuak. Bukan Ainnur yang membunyikan loceng rumahku. Aku memukul kepalaku berkali-kali, perlahan. Dah sah-sah dia masuk hospital sebab malam tadi.
Aku membuka pagar utama rumahku, Ghazali membuka kasutnya dan masuk ke dalam rumahku. Kami terus ke arah sofa, Ghazali tidak begitu kekok di rumahku mungkin kerana sudah berkali-kali dia datang ke sini. Ainnur juga cukup sinonim dengan Dahlia, isterinya.
“Kau ni dah mandi ke belum?” tanya Ghazali.
Aku melabuhkan punggung diatas sofa betul-betul dihadapan Ghazali. Soalannya itu aku tidak jawab, pastinya dia sudah tahu dari cara pemakaianku yang hanya memakai baju T dan seluar pendek paras lututku.
“Kau dah makan ke belum?” soalnya lagi.
“Belum. Dah puas perut aku menyanyi.” Aku luahkan rasa.
“Tu lah kau, isteri kau tu punya baik.. punya teruk kau pukul dia semalam. Sampai pengsan dia. Kalau setakat pengsan tak pe, ini sampai ........”
“Dah! Kau jangan cakap pasal perempuan tu! Aku tak suka nak dengar! Jijik aku!” pantas aku memotong kata-kata Ghazali.
“Suka kau la Zeck. Aku tak tahu nak cakap apa lagi.” Ghazali megeluh berat.
Aku mendengus geram. Ghazali menaikkan amarahku lagi. “kau nak apa datang ke sini?”
“Datuk suruh aku tengok kau, dah bangun ke belum. Lepas tu, dia ajak kau ke hospital tengok isteri kau, kesian dia Zeck. Tak sanggup aku tengok dia, lemah aje tak pernah berhenti nangis sejak dia sedar. Aku rasa kau pergilah jumpa dia, dia perlukan kau, kau suaminya Zeck. Tak patut kau hukum dia macam tu. Lelaki tu mungkin kawan lama dia. Kau maafkan la dia. Tak sampai hati aku tengok dia macam tu.” Ghazali memujuk lagi.
Kelelakianku benar-benar tercabar dengan kata-kata Ghazali.
“Dah habis cakap? Aku takkan pergi lawat perempuan tak tahu dek untung tu. Pergi mampuslah perempuan tu! Aku tak nak kesah pasal hidup dia lagi. Titik! Kau berambus dri rumah aku kalau kau masih nak back-up perempuan sundal tu!”
Aku bangun dari duduk. Amarahku sudah melonjak hampir ke tahap over-maximum. Baranku mudah terbawa-bawa oleh perkara lalu.
“Aku dah tak ada apa nak cakap. Cuma kau pergilah tengok dia kat hospital tu. Makan tidak, minum tidak. Kau jaga dia kat hospital tu. Kesian jugak aku tengok Datuk dengan Datin tu, dia orang terlalu sayangkan isteri kau tu. Pergilah Zeck, aku tahu kau masih sayang dia. Dia pun masih sayangkan kau. Kamu berdua saling memerlukan, percay............”
Buku limaku tepat ke muka Ghazali. Ghazali terus memegang mulutnya itu. Seketika kemudian dia mengesat lelehan darah akibat pecah dari mulutnya.
“Apa kau rasa, hah?! Kau saja aje nak uji kesabaran aku.” Bentakku.
“Kau ni memang tak bersyukur langsung!” sekali lagi dia menjadi mangsa buku limaku. Kali ini diperutnya pula.
“Pukullah aku lagi... Kau ni nak kata bodoh belajar tinggi, nak kata pandai tak layak langsung! Isteri baik macam tu kau sia-siakan. Kau tau tak yang dia tu tengah ka....”
Penumbukku semakin kuat ak gempal semakin deras aku ayun.
“Kalau kau nak back-up sangat perempuan tu, pergilah! Berambus kau dari rumah aku sebelum aku bunuh kau!” aku mungkin bertindak diluar jangkaan pada waktu-waktu begini, waktu angin satu badan memang senang saja benda tak patut jadi.
“Okey... Kau ingat cakap aku ni, satu hari nanti kau akan menyesal sebab buat benda bodoh ni, bodoh!” Ghazali terus keluar dari rumahku. Pintu rumahku terus aku hempapkan menunjukkan betapa marahnya aku ketika ini. kepalaku semakin sakit. Aku terus merebahkan badanku ke atas katil dan menutup mataku dengan tangan kananku yang terasa sedikit sakit kerana memukul Ghazali tadi. Aih tangan, masa memukul tadi tak rasa sakit, sekarang ni pulak baru kau nak sakit-sakit.

“ARGH......... panas.” Aku menarik tanganku yang terkena air panas sedikit, sedikit lecur juga menapak di situ.
            “Sayang! Ambilkan abang first-aid tu.” Arahku.
            “Kejap ye bang.” Katanya dalam nada cemas.  Ainnur terus berlari-lari ke arah anak tangga, lantas didakinya satu persatu anak tangga itu. Aku tersenyum lebar, cepatnya dia bertindak. Tidak lama selepasitu, Ainnur turun berbekalkan first-aid seperti yang aku pinta. Aku tergelak sendiri, cemas betul Ainnur.
            “Apasal abang ketawa?” Dahi Ainnur berlipat-lipat.
            “Tak da apa-apa. Bak sini first-aid tu.” Aku menghulurkan tangan kiriku memandangkan tangan kananku yang melecur sedikit.
            “Abang ejek Ain eh?” Ainnur menembak selepas first-aid itu bertukar tangan.
            “Tak da apa yang nak kena ejek pun.” Aku menyapu krim pada lecur itu, mengelak daripada menjawab soalan Ainnur. Ainnur sudah menarik muka. Mengikut pengiraanku sudah dua inci ditarik muncungnya.
            Selesai tangan kiriku membalut tangan kananku, aku memegang tangan Ainnur. Menggenggamnya erat. “Masak apa hari ni?” langkah memujuk pertama sudah aku laksanakan.
            “Tak masak apa pun.” Balasnya acuh tak acuh.
            “Merajuk ke?”
            “Tak.” Pantas dia menjawab.
            Aku mengeluh. Payah juga nak pujuk isteri aku sorang ni. Kalau aku ada tiga orang bini macam ni, boleh kering otakku fikir cara untuk pujuk aje. “Tak cantiklah muka cemberut macam ni. Cuba senyum sikit.” Aku membentuk senyuman dimukanya.
            “Hah.. Kan dah cantik.” Aku menghembuskan nafas lega. Yes! I did it!
Tangan kananku yang berbalut itu pergi merayap mencari tangan kirinya. Hah! Dah jumpa! senyuman ku bertambah lebar. Dia mendengus resah dan kesakitan ketika aku menggenggam tangannya itu. Lantas, aku menarik tangannya.
“Ya Allah, kenapa tak bagitau tangan Ain luka? Bila luka ni? Kenapa boleh luka?” soalku bertubi-tubi. Agak dalam juga luka itu. Tiada lagi senyuman diwajah kami. Wajahnya hanya dipenuhi rasa bersalah.
“er.. tadi kena pisau masa potong sayur tadi.” Ainnur tertunduk.
“Kenapa tak bagitau?” aku membuka kembali peti first-aid yang baru aku tutup.
“Lupa...” bergetar-getar Ainnur menjawab.
“Alasan! Ain suka sangat kan simpan sakit tu lama-lama. Bagi alasan lain, abang tak terima alasan tu. Belum pernah ada orang sakit, dia lupa apa sakit dia melainkan pesakit tu gila atau hilang ingatan.” Aku menahan ketawa, lucu sungguh mukanya ketika ini.
“Tangan abang kan luka.” Ainnur membuka kisah sebenar.
“Jadi salahkan abang la? Macam tu?” semakin galak aku mempermainkannya. Hatiku sudah berguling-guling ketawa.
“Tak... Abang kan suami Ain, takkan lah Ain nak mengadu sakit Ain sakit masa abang tengah sakit. Kan itu buat abang menyusahkan suami aje.” Tersentuh aku mendengar kata-katanya. Begitu setia kau disisi ku Ainnur. Aku mencium lembut dahinya, lama.
“Thanks sayang.” Aku meletakkan tanganku di bahunya. “Dah, pergi siap-siap. Kita makan kat luar aje hari ni. Tak usah nak masak, tangan tu masih luka lagi.”
“Ain boleh masak. Sikit aje ni.” Ainnur cuba membantah cadanganku.
“Tadi cakap tak nak susahkan suami, kan? Sekarang ni melawan suami pulak?” aku mematikan hujahnya.
“Yelah... Yelah... Ain pergi siap sekarang ni. Abang nak pakai baju apa?” soalnya, mengalah.
“Baju apa-apa aje.” Balasku bersahaja.
“Tak payah pakai bajulah.” Ainnur mengusik seraya dia mendaki tangga untuk ke bilik.
“Abang tak kesah, jangan nanti Ain menyesal kalau ada perempuan lekat nak kan abang.”
“ Siapa nak abang yang buncit tu?” Ainnur ketawa.
Aku terus mengejar Ainnur yang masih mentertawakan ku di anak tangga pertama. Badannya langsung ku cempung dan aku bawa ke bilik. “Buncit tapi sasa. Cepat pergi sedia baju, abang mandi dulu.”
Tuala yang tersidai itu aku capai dan masuk ke bilik air. “Sasalah sangat.” Kata Ainnur dibalik daun pintu bilik air.
“Bang, kita nak lunch dekat mana ni?” Ainnur membuka sesi akaun pertanyaan.
“Ain nak kat mana?” jawapanku berbentuk soalan juga.
“Kalau ikut Ain, Ain nak makan kat rumah aje. Abang yang nak sangat makan kat luar kan? So, kita nak ke mana ni?”
“Pergi makanlah.”
“Pergi makan kat mana?” Ainnur masih bertanya.
“Kat rumah mama. Dia orang call tadi suruh datang.” Kataku.Mama mana ada call tadi, aku akan beritahu Ainnur tentang perkara sebentar nanti. Ainnur tersenyum puas.
Keretaku masih setia di jalan raya, meluncur laju dijalan raya. Kelajuan yang aku tetapkan cuma 110 km/j. Tekakku terasa dahaga. “Ain, bak sini air tu.” Aku menjuihkan bibirku ke arah botol mineral yang terletak di dalam dashboard kereta.
Ainnur bergerak seperti yang aku pinta. Dibukanya penutup botol mineral itu dengan penuh tertib. Kemudian dihulurnya botol itu kepadaku dan aku teguk sedikit demi sedikit air itu. Lega aku rasa ketika air itu menerobos ke salur esofagusku. Tiba-tiba sebuah lori trailer datang dengan begitu laju dari arah bertentangan mulai masuk ke arah jalanku. Berbelas-belas kereta bertarung suara hon. Semuanya membingitkan dan membuatkan aku semakin panik. Keretaku dan lori itu akan bertembung dalam kiraan.. Tiga... Dua... Satu...
“Ain... Ainnur Syafika...” lemah memanggil nama Ainnur. Tak terdaya aku untuk menggoncang-goncang badannya. Sempat aku mengucapkan Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya Ainnur tidak cedera parah dan aku sempat mengelak daripada menjadi rempuhan lori itu. Cuma kini keretaku yang aku pandu ini merempuh sebatang pokok di pinggir jalan. Lelehan darah dari kepalaku yang bertongkatkan stereng itu perlahan-lahan mengaburkan mataku daripada merenung wajah tidak bermaya Ainnur. Ingin sahaja aku seka air mataku itu andai aku punya kudrat. Air mataku jatuh merentasi pipiku bersama darah yang aku rasa sudah memenuhi wajahku tika itu. Aku ingin melihat Ainnur buat kali terakhir, ingin aku mengelus lembut rambutnya dan pipinya itu. Aku tahu sudah sampai masanya untuk aku pergi menghadap Allah. Tapi langsung tak ku duga begini caraku untuk menemuiNya. Air mataku terus-terusan mengalir. Ingin juga aku meminta maaf kepadanya kerana menipunya sebentar tadi. Aku ke rumah ibu bapa ku bukan kerana dipanggil, namun atas kehendakku untuk memohon ampun. Aku juga ingin mama papaku untuk menemani menantu mereka ini selepas ketia`daanku. Aku yakin rasa kasih mereka saling tidak tumpah seperti kasih sayang mereka padaku atau mungkin lebih. Selalu sahaja mereka menangkan Ainnur dalam setiap perkara dan aku akan dijadikan pesalah tegar. Tanganku yang kesejukan itu menggigil kemudian semuanya tiba-tiba menjadi gelap gelita. Ya Allah........
“Abang... abang...” Ainnur menggoncang-goncang jasadku yang terkulai layu diruang tamu itu. Luka di kepalanya langsung tidak diendahkannya lagi. Mama, papa dan Ainnur mengalirkan air mata mereka. Kali pertama aku melihat papa menangis. Tersentuh hatiku. Tangisanku tidak dapat mereka lihat. Raungan Ainnur seperti orang gila itu membuatkan diriku berada dalam keadaan serba salah. Kenapa Ainnur tidak meredhakan pemergianku? Kalau sahaja jasad yang terkujur itu masih bernyawa, akan ku peluk cium dirimu Ainnur buat kali terakhir. Aku merintih dalam sepi tidak ada sesiapa yang mendengar rintihanku.
“Mengucap Ain... Mengucap... Biarkan arwah Zamri pergi dengan tenang. Tak usah nak diraung lagi. Semua ini pasti ada hikmahnya. Mama pun sayang dekat Zamri. Sabar ye... Nanti roh arwah tak tenang kat sana.”
Ainnur di tarik ke belakang sedikit, dijauhkan daripada jasadku itu. Aku melutut lemah. Air mata menjadi peneman setiaku walau pun sesiapa yang melihat permata itu jatuh satu persatu dari tubir mataku. Ainnur mendekatiku semula, dikucupnya dahiku kemudian papa dan mama menurutinya. Aku tahu sebentar lagi aku akan dikebumikan. Hanya Allah yang tahu aku masih berada dalam ketakutan saat ini.
Akhirnya, kami sampai ke tanah perkuburan yang akan menjadi tempatku menunggu hari keadilan yang hanya Allah ketahui. Sekujur badanku diturunkan ke dalam lahad yang sudah pun ternganga luas menanti diriku untuk ditelan. Sedikit demi sedikit rasa tubuhku dipenuhi kepedihan dan kesakitan yang amat. Tidak tertanggung rasanya bagiku. Siapalah aku untuk menanggung balasan Ilahi yang Maha Berkuasa an Maha Adil itu. Aku Cuma insan yang lemah untuk melawan tak takdirnya. Tangisan Ainnur sudah kian redha, tidak lama selepas itu golongan kerabatku, sahabat-sahabatku dan ramai lagi mula membacakan doa kepadaku. Tenang sedikit aku rasakan berbanding tadi. Seketika itu, semuanya beransur pulang. Cuma Ainnur yang masih duduk termenung melihat nisanku yang tegak terpacak.
‘Ain... Jangan kau tangisi kepergianku... Redhakan sahaja pemergianku ini... Doakan saja ketenanganku di alam sana... Jangan kau lupakan suamimu ini...’ rintihku didalam hati.
Ainnur berdiri dan berpaling meninggalkan makam mu yang masih baru itu. Sesudah dia menapak beberapa langkah, tiba-tiba........... Jeritanku meminta ampun langsung tidak diendahkan. Malah aku terus-terusan dihentam tanpa ihsan. Rintihanku sudah tiada ertinya. Kesakitannya memang amat perit untuk digambarkan.
“Argh.........” aku terus terduduk dari baringku. “Astaghfirullahaladzim...” ucapku berkali-kali. Mukaku aku raup kasar dua tiga kali.
“Aku mimpi ke?” aku menarik pipiku. Argh... Ya aku mimpi. Syukurlah aku hanya bermimpi. Apa maksud mimpi-mimpiku itu? Kenapa keadaanku begitu kejam kembali? Kenapa Ainnur wujud di dalam mimpiku itu?
“Ya Allah...” Panjang aku melafazkan kalimat indah itu.
Aku meraup wajahku berkali-kali dan tanganku merosakkan rambutku menjadi lebih kusut. Aku melihat jam pada telefon bimbitku itu. Dah nak subuh? Seharian aku tidur tanpa sedar sejak kedatangan Ghazali tadi? Aku sedikit terkejut.
Lantas, aku bergegas pergi ke bilik air dan melakukan apa yang patut. Almari di bilikku aku buka. Baju melayu berwarna putih itu aku sarungkan ke badanku dan aku memasangkan kain batik. Laju sahaja tanganku mengambil songkok hitam itu dan terus pergi ke kereta Ainnur. Keretaku tertinggal di pejabat dua hari yang lalu. Mungkin kerana mabuk, aku terlupa untuk memandu pulang ke rumah sehinggakan segala briefcase dan laptopku turut berada di dalam pejabat. Mujur sahaja dompetku masih berada bersamaku. Aku meminjam kereta Ainnur dan terus meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah. Sengaja aku mencari masjid yang jauh sedikit daripada rumahku.
Aku memakirkan kereta Ainnur betul-betul dihadapan sebuah masjid yang sudah terang dan sudah mengalunkan ayat-ayat al-Quran mengikut bacaan As-Sudais. Jam yang ada pada kereta itu aku lihat, lebih kurang tiga puluh minit lagi masuk waktu solat subuh. Pintu kereta aku buka dan terus aku mengambil wudhu’. Apabila aku masuk ke dalam masjid, aku dapati seorang lelaki berpakaian serba putih daripada atas sampai bawah. Aku yakin lelaki itu adalah seorang ustaz.


ASSALAMUALAIKUM, papa orang ambil cuti seminggu ye.” Kataku kepada papa yang melalui telefon bimbit.
            “Cuti? Hari semalam dah cuti, nak cuti lagi?”
Wajarlah papa hairan dengan tindakanku untuk yang tiba-tiba sahaja meminta cuti, seminggu pula tu. Pasti bergunung kerjaku yang menanti di atas meja ketika aku kembali bekerja.
Nasib badan. Aku sudah fikir masak-masak dengan tindakanku ini. langsung tidak aku pedulikan lagi apa akan terjadi nanti asalkan niatku termakbul.
            “Bolehlah papa. Seminggu aje, tak lama mana pun.” Rayuku. Aku amat-amat memerlukan cuti kali ini.
            “Sebab apa? Sakit?” ayah masih tak berpuas hati dengan jawapan yang aku berikan.
            “Tak sakit, tapi adalah something....”
            “Yelah, jangan kamu lupa isteri kamu tu aje sudah.”
            Aku resah setiap kali isu Ainnur diungkit. “Okay.. Thanks papa, send my regards to mama.” Aku terus mengalihkan topik daripada termasuk isu Ainnur.
            Teksi aku tahan dan teru memecut laju ke pejabatku, syarikat papa. Tujuanku hanya satu, iaitu mengambil balik keretaku yang sudah tersadai dua hari lamanya. Keretaku akan lebih memudahkanku untuk bergerak ulang-alik ke rumah ustaz yang baru sahaja aku jumpa semasa aku solat subuh tadi. Niatku adalah untuk mempelajari ilmu agama, mujur sahaja ustaz itu still single tidak juga aku kekok dihadapannya nanti. Walaupun ustaz itu agak berumur, dia mampu hidup dengan bahagia juga kenapa tidak aku?
            Seusai aku membuat pembayaran tambang teksi itu, aku terus bergegas ke arah keretaku yang masih tidak berganjak sedikit pun. Alat kawalan keretaku itu aku tekan untuk membuka keretaku itu. Pedal minyak keretaku terus aku tekan meluncur laju meninggalkan kawasan parkir syarikat yang melonjak naik kini. Destinasiku cuma satu, ke rumah ustaz itu yang hanya berada di seberang masjid. Itu menurut katanya pagi tadi, nombor telefon juga ada dia tinggalkan bersamaku. Sebelum aku meneruskan perjalananku pergi ke rumah ustaz itu, aku tiba-tiba membelokkan sterengku memasuki hospital, tempat Ainnur ditempatkan dan hospital yang menjadi saksi mayatku dibedah siasat seperti dalam mimpiku semalam. Gentar juga aku apabila mengenangkan mimpi itu. Mimpi itu cuma mainan tidur, jadi tak ada apanya yang nak dirisaukan. Aku memujuk hati sendiri.
            Aku terus pergi ke kaunter pertanyaan hospital itu. Identiti Ainnur aku beri seperti apa yang ditanyanya. Entah kenapa rasa benciku pada Ainnur mulai pudar, malah rasa itu berubah menjadi kasih yang semakin subur gamaknya. Aku terus melangkah pergi ke wad di mana Ainnur ditempatkan seperti apa yang telah diberitahu.
            Aku mengeluh, ‘Papa!’ aku menjerit dalam hati.
            Pasti papa yang menempatkan Ainnur di bilik VIP ini. terus sangatkah keadaan Ainnur sehinggakan papa menempatkan Ainnur di dalam bilik VIP ini? Argh... Aku duduk di atas kerusi berhadapan dengan bilik itu. Seorang jururawat tiba-tiba datang dengan membawa sedulang makanan dan dibawanya masuk ke dalam bilik Ainnur. Aku mengintai keadaan Ainnur daripada celah bukaan pintu jururawat sebentar tadi. Ainnur kelihatan baik sahaja cuma diterkulai layu di atas katil yang serba putih itu. Kelibat Dahlia aku lihat yang sedang duduk membelakangiku. Aku sedikit lega dengan apa yang baru aku lihat tadi. Sekurang-kurangnya dia masih sihat, alhamdulillah. Aku benar-benar bersyukur dan lega. Jika sesuatu berlaku padanya pasti aku menjadi buruan polis dan dosa.
            Aku menyambung kembali perjalananku ke rumah ustaz itu. Tak sempat kami berkenal-kenalan pagi tadi. Bicara juga tak panjang, entah apa-apa entah yang kami kongsikan bersama. Aku sampai betul-betul dihadapan rumah ustaz itu. Telefon bimbit aku keluarkan dan kemudiannya nombor telefonnya aku dail.
            “Helo ustaz.” Ucapku.
            “Assalamualaikum, siapa ni?” suara ustaz merentasi corong telefon bimbitku.
            “Waalaikumussalam. Saya ni Zamri.” Aku memperkenalkan diri. Kekok kerana aku jarang menggunakan istilah salam. Terlalu terikut-ikutkan budaya luar.
            Ya Allah, jahilnya hambamu ini dengan agama. Engkau penuhilah niat ikhlas hambamu ini untuk menuntut ilmu bersama ustaz ini. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa lagi Maha Berkehendak. Hambamu ini benar-benar ikhlas. Bersihkanlah hati hambamu ini. KepadaMu hamba berserah ya Rabbi.
            “Oh... Yang nak belajar tu, kan?” tembak ustaz itu.
            “Hah, saya ada kat luar rumah ustaz ni.”
            “Maaf.. Saya tak perasan tadi. Sekejap lagi saya buka pintu.”
            Tidak lama kemudian tersembullah muka ustaz itu di balik daun pintu yang dikuaknya itu. Senyuman di bibirnya tidak lekang. Ustaz itu memperkenalkan dirinya, Ustaz Darmansyah. Umurnya beza sembilan tahun aje dengan umur aku, 44 tahun. Tak sangka ada orang seumurnya sudah mendapat pengiktirafan ustaz. Menurutnya, dia merupakan lepasan Universiti Zagazig di Mesir. Nun jauh belajar, jauh juga di bekerja. Terpaksa meninggalkan isteri dan anak-anaknya yang berada di kejauhan Perak. Seminggu sekali dia akan ulang-alik menziarah anak isterinya. Tambahnya lagi, minggu depan dia akan berpindah ke Perak dan dapatlah dia hidup harmoni dalam kehidupan rumah tangga. Betapa hebatnya lelaki dihadapanku ini. walaupun pandangan sesetengah orang cuma biasa-biasa sahaja, tetapi aku tetap mengagumi dirinya.

SEMINGGU tempoh menuntut ilmu daripada seorang ustaz yang cukup mantap pengetahuannya walaupun memang cukup sedikit kalau nak dibandingkan dengan ilmu Ilahi. Petang ini dia akan berangkat ke negeri barunya, Perak Darul Ridzuan. Sungguh sekejap seminggu berlalu, dalam seminggu ini juga aku hanya mendengar ilmu dan mempelajari ilmu fardu ain seperti solat, mengaji dan sebagainya. Bukannya aku tidak tahu, cuma aku tidak pandai. Orang kata selama ini aku buat hanya membabi buta. Tanpa pengetahuan yang cukup, yang aku tahu aku buat perkara itu. Itu saja!
            Selama seminggu ini juga aku tidak menghubungi Ghazali mahu pun Dahlia. Mungkin mereka masih marah denganku. Argh... Memang silapku juga yang bertindak melulu. Main tumbuk suka hati aje. Berita mengenai Ainnur tidak lagi aku dengar. Adakah Ainnur tidak curang seperti apa yang dikatakan oleh hati kecilku dan Ghazali? Atau mataku ini yang berpihak pada kebenaran? Bingung kepalaku memikirkan masa laluku.
            “Jadi sebelum saya pergi ni awak ada apa-apa soalan?” Soal ustaz Darmansyah. Aku memandang wajahnya, pastinya dia dapat mengecam apa yang berlegar-legar diruang fikiranku ini.
            “Er... Abang saya ada mimpi buruk minggu lepas.... Sebelum saya jumpa abang subuh tu.” Terangku. Aku memang membahasakan dirinya sebagai abang sebagai mana pintanya.
            “Mimpi buruk?” dahinya berlipat-lipat. “Mimpi macam mana tu?”
            Aku mengangguk. Lantas, aku ceritakan semuanya kepada Ustaz Darmansyah itu. Setiap kali aku berkata-kata, akan wujud anggukan dari kepalanya. Mungkin dia memahami apa yang aku cuba sampaikan. Mimpi itu takkan pernah luntur dari kepalaku.
            Ustaz Darmansyah menghela nafas panjang. “Saya tak tahu apa-apa pasal mimpi ni, saya ni bukan tukang tafsir mimpi. Jauh sekali nujum pak belalang.” Dia tersenyum. “Macam nilah, menurut pendapat saya kamu mungkin ada buat something sampai isteri kamu tu tak maafkan atau Allah nak sedarkan kamu pasal khilaf kamu sebelum ni. Kamu ada buat apa dengan isteri kamu?” pastinya Ustaz Darmansyah panasaran ingin tahu.
            “Sebenarnya bang, saya ada pukul dia sebab saya tengok dia berdua-duaan kat restoran hari tu.” Kataku dalam nada kesal.
            “Astaghfirullah... Teruk ke kamu pukul dia? Habis tu dia macam mana sekarang?” semakin kuat perasaan ingin tahu ustaz Darmansyah.
            “Hari tu dia okey aje kat hospital, sekarang ni saya tak tahu sebab saya tak dapat apa-apa khabar mengenai isteri saya lagi.” Kataku dalam nada kesal.
            “Saya rasa kamu patut jumpa dia cepat-cepat. Minta maaf dengan dia. Kita ni sebagai suami tak perlu berkeras sangat dengan isteri. Isteri ni cepat makan hati, kena jentik sikit dah menggunung rajuknya.” Pesan Ustaz Darmansyah. Aku sedikit terpaku kerana kata-kata itu tepat mengena batang hidungku. “Kamu tahu ke lelaki tu siapa? Kut.. kut.. sepupu dia ke? Kawan dia ke?”
            “Tak kenal sebab saya tak pernah nampak lelaki tu.”
            “Nah, di situ silap kamu.” Ustaz Darmansyah mengerutkan dahinya. “Ada apa-apa soalan lagi?” aku menggeleng. Ustaz Darmansyah menepuk-nepuk belakangku. “Kalau macam tu saya pergi dululah.”
            Aku menyalami tangan ustaz Darmansyah beserta senyuman di bibirku yang aku lukis khas buat dirinya. “Terima kasih. Hati-hati bang...” ucapku sebelum Ustaz Darmansyah memasuki keretanya. Ustaz Darmansyah tersenyum lalu mengangguk. Seketika kemudian, hon dibunyikan tanda mengucapkan selamat tinggal. Aku melambaikan tanganku beberapa kali kemudian aku turut meninggalkan rumah itu. Tinggallah pelbagai kenangan disitu.

SEPERTI yang sudah aku rancang, malam itu aku pergi semula ke hospital yang menempatkan Ainnur. Akan aku lakukan seperti apa yang diarahkan oleh Ustaz Darmansyah yang aku gelar abang itu. Bilik itu.. KOSONG! Aku mengeluh dan otak ligat mencari idea. Ke mana pula perginya? Argh... Aku menggaru-garu kepalaku yang sarat dengan kebingungan itu. Dia ke tandas ke? Tak mungkin. Ke taman? Yang ni mungkin! Terus laju aku ke lif dan menekan punat yang akan membawaku ke tingkat bawah. Puas aku berlari-lari anak di taman mini itu. Usahaku sia-sia, malah aku hanya dilihat seperti orang gila yang tidak ada arah tujuan. Dengan langkah yang longlai aku pergi ke kaunter pertanyaan dengan harapan aku akan dapat jawapan walaupun sedikit. Puas aku berharap didalam hati.
            Aku mendekati kaunter itu dengan penuh cermat. “Assalamualaikum..” aku menarik nafas dalam. Jururawat itu mengangkat mukanya memadang mukaku. “Boleh saya tahu Ainnur Syafika kat bilik berapa?” sengaja aku berpura-pura tidak tahu. Malahan jalan pergi ke biliknya itu cukup melekat dikepalaku walaupun baru dua kali aku ke situ. Jalan dengan keadaan mataku tertutup juga aku bisa sampai ke sana. Begitu cepat aku mengingati jalan ke situ, mungkin hatiku turut di situ bersama Ainnur. Aku akui memang salahku membuat Ainnur sebegitu rupa. Jawapan tiga solat istikharahku juga menampakkan aku betapa salahnya aku dalam membuat keputusan bodoh itu. Namun, aku tetap bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk mengetahui ddi mana silapku sebagai seorang suami yang cetek akal, malah aku turut di beri peluang untuk menuntut ilmu dan bertaubat serta mendalami agama yang aku anuti sejak aku dilahirkan lagi. Betapa jahilnya aku dulu!
            “Ainnur Syafika?” laju kepalaku memberikan isyarat ‘ya’. “Saya check dulu ya encik.”
            Jururawat itu sibuk menekan-nekan kekunci keyboard komputer di hadapannya. Matanya kadang dikecilkan kadang dibesarkan. Aku pula terpaksa menanti dengan penuh debaran. “Maaf encik, Puan Ainnur Syafika dah discharge semalam pukul lapan malam.. Semua bil dah diuruskan oleh Datuk Zainizam. Ada apa-apa lagi boleh saya bantu encik?”
            Hampa! Kenapa mesti ini endingnya? “Tak da apa-apa, terima kasih.” Aku terus berlalu pergi.

TANGAN mama dan papa aku salam dan cium seperti selalu. Tujuanku ke sini cuma satu, mencari Ainnur. Aku takkan lepaskannya seperti mana tindakan bodohku dulu! Titik! Itu tekadku dan aku akan penuhinya. Tidak kisah apa jenis rintangan yang harus aku hadapi. Yang penting sekarang ini, Ainnur mesti kembali padaku. Apa nak jadi, jadilah! Aku redha, tapi aku takkan berhenti berjuang dan berputus asa pada tengah jalan perjuanganku ini.
            “Mimpi apa kamu datang ni?” soal mama, curiga. Dari riak wajahnya aku sudah memahami pasti ada keraguan dihatinya.
            “Saja, nak ubat rindu.” Jawabku ringkas kemudian aku melangkah masuk ke dalam rumah itu dan mengambil tempat di sebelah sofa tunggal milik papa.
            “Bila sampai?” sapa papa yang entah dari mana wujudnya sambil membetulkan kain pelikatnya dan baju melayu ungunya itu.
            “Baru aje. Ainnur mana pa?” soalku, berterus terang dengan niat yang ada di hati.
            Papa terus mencerlung tajam ke dalam anak mataku, dalam, begitu dalam. Aku mula tidak sedap hati. ‘Alahai pa, jangan buat seram.’ Kataku dalam hati.
            Papa mendapatkan tempatnya di sofa tunggal miliknya. “Kenapa pulak kamu tiba-tiba nak cari isteri kamu tu?”
            Aku kematian kata. Tidak ada sepotong ayat pun yang terlintas mahupun beratur di kotak fikiranku itu. Aku tetap terpaku seribu bahasa.
            “Apasal diam pulak? Kamu nak ceraikan isteri kamu tu?” muka papa tiba-tiba merah. Menahan marah. Aku tahu dan pasti kerana sudah lama aku mengenali papaku ini. walaupun dia tidak pernah menjentikku, namun itulah reaksinya ketika dia sedang marah. Suaranya tetap dikawalnya, tidak pernah aku diherdik dan ditengking. Baru sekali aku menerima penangan dari mama tempoh hari. Papa belum lagi, kalau sekali aku kena pastinya lebih dahsyat.
            “Ish.. Papa ni ke situ pulak.”
            “Habis tu? Kamu nak belasah dia lagi? Tak cukup apa yang kamu dah buat tu? Nak bunuh terus budak tak berdosa tu? Berapa banyak orang jugak kamu nak bunuh ni?” muka papa bertambah merah. Gigi atas dan gigi bawahnya bergesel sesama sendiri. “Selama isteri kamu tu kat hospital pernah kamu jenguk dia? Kamu boleh pulak lagi keluar entah ke mana. Papa bagi cuti seminggu tu, ingatkan boleh harapkan jaga Ainnur. Ini haram nak nampak batang hidung kat hospital tu. Seminggu tau. Seminggu Ainnur kat hospital, seminggu tu jugak kamu tak pernah tengok dia kat sana. Kamu tahu tak perasaan dia? Suami apa kamu ni? Kalau papa tau macam begini cara kamu layan isteri, papa tak benarkan kamu kahwin dulu!” papa terus meninggalkan aku yang tertunduk merenung lantai. Aku tidak diberi peluang untuk berkata-kata. Begitu sayang papa dengan menantunya.
‘Kenapa aku bodoh? Kenapa?’ hatiku membentak-bentak kuat.


           
          p/s: dah lama buat... tapi sampai x siap-siap... tunggu yang kedua... akan ada sambungan... Ainnur kembali pada Zeck atau membiarkan rasa cinta mereka itu terlupus di telan masa? bagi idea... :D

5 ulasan:

Unknown berkata...

apasal ada yang kedua? alahai.. tergantung btul.. ak maw c Ainnur trima blik c Zeck tp dgn kpyhn la..

perisai ketenangan berkata...

huhu....kasi mti mu dua2 eng! best tu... huhu Ainnur bw diri la konok2nya...then c zeck dtg blik...ish pie!! biasa bha sua ceta2 gini..dlm pnulisn 2u ada sua...di blasah2...bw diri,,,,bersama kmbali...cuak ko matikn hero-heroinnya? mantap tu!

Unknown berkata...

smart sda ideamu tue khus.. tp x matching dgn tjuk la..

Mr M.S.A.S berkata...

nul, kali ni mmg aku matikan... tp dgn cara yg lain sikit... jrg2 d buat org... haha... pisau berdarah ku hunus menarik hatinya

Tanpa Nama berkata...

ape jd kat ainur?? dia mengandung pas2 gugur ea??? biar la ainur 2 buat selambe je sampai laki dia rase bersalah gler tntg ape yg dia dah buat. biar dia rase bersalah kot bila dia tau yg anak dia dah ggugur ke. pas2 ainur tu dah serik dah nak duduk dgn laki dia. hahah.... cm borink jer cter gua.