Halaman

Selasa, 27 November 2012

Ujian Menelan Cinta


“KAU DIAM! Kau jangan bercakap walau sepatah pun! Aku benci kau! Aku benci! Keluar kau dari bilik ni, keluar!” Airin Natasya sudah menggila. Selama ini dia hanya menikus dengan lelaki di hadapannya itu, kali ini sudah tiada erti takut dengan lelaki itu.
            Zakriel pada masa itu cuma lebih selesa membisukan diri. Dia hanya mampu melihat tangis Airin Natasya. Dia akui memang salahnya. Kerana dendam, sakit hati dan bencinya kepada Airin Natasya telah menjerat dirinya sendiri. Walaupun rasa sesal kerana bertindak bodoh, rasa bencinya kepada Airin langsung tidak surut walau seinci. Wanita itu dibiarkan menangis di sudut biliknya. Langsung tidak terniat untuk memujuk. Kelakuan Airin pula tidak berubah, sejak selesai diijab kabulkan di surau tadi, dia tidak pernah berhenti menangis. Malah sikapnya makin menggila apabila melihat kelibat Zakriel. Kalau ikutkan kata hatinya, mahu saja ditikam-tikamnya tubuh lelaki itu. lelaki yang telah menggores dan merobek hatinya, mencalarkan maruahnya dan keluarganya. Mujur saja ayahnya dapat menerima kenyataan, rasa marah ayahnya tidak lama cuma rasa kecewa yang menikam.
            “Oi! Kau dengar ke tak? Hah?” lagak Airin sudah seperti kena rasuk. Tegak dia berdiri di penjuru bilik itu. jari telunjuknya menikam-nikam badan Zakriel dari jauh. Air matanya diseka kasar dengan belakang tapak tangan kirinya.
            “Aku benci dengan kau. Sumpah! Sampai ke mati pun aku takkan hilangkan rasa benci tu! Kau faham tak?! Aku nak kau ceraikan aku sekarang ni jugak! Aku tak nak jadi isteri orang macam kau lah! Aku tak nak kahwin sebab kena tangkap basah dengan kau! Aku benci dengan kau! Apa yang kau nak sebenarnya sampai kau perangkap aku?” Air mata Airin semakin lebat. Bait bicaranya diselangi dengan esak tangisnya sendiri. Menggigil tangannya kerana sudah terlalu lemah.
            Hati Zakriel sudah panas mendidih, menggelegak. Air mata Airin langsung tidak dapat mencuri rasa simpatinya, apatah lagi hatinya.
            “Eh, kau diam! Kau fikir masalah ni selesai ke kalau tak habis-habis meraung macam tu?” Zakriel yang mendiam kini tiba-tiba bersuara garang. Suara garaunya sedikit sebanyak mengecutkan perut Airin.
            Airin memejam matanya. Mengumpul kekuatan. Selama ini dia tunduk kepada majikannya. Tapi tidak kali ini. dia harus melawan meski dia akan dibuang kerja dan terpaksa hidup merempat. Dia rela hidup berstatus janda asalkan dia jauh daripada insan yang bernama Zakriel Fawwaz bin Sulaiman. Rasa menyesal mula menyerbu ke dalam hatinya. Kalau bukan kerana ingin mencari duit buat membeli buku. Pasti dia tidak sesat di sini. Di dalam bilik yang mentertawakannya di kala dia duka. Sebilik dengan musuh ketatnya, Zakriel.
            “Dasar buaya darat. Apa yang kau nak dari aku? Kenapa kau sanggup buat macam kat aku? Apa salah aku?” lututnya mulai longgar. Perlahan-lahan di jatuh tersimpuh kembali di atas lantai yang sudah sejuk itu. “Eh, buaya. Kau dah pekak ke bisu? Kau rasa bersalah kan? Sebab kebodohan kau tu, kita kena tangkap basah kan? Semua ni kau memang dah rancang. Aku tahu!” mulut Airin terus mengganas.
            Kesabaran Zakriel sudah tidak tertahan. Emosi marahnya sudah memuncak ke tahap maksima. Panas benar hatinya dengan tuduhan Airin. Dia turut terjerat dalam perkahwinan tanpa rela ini. apa yang diinginkannya hanyalah tubuh Airin, bukan memperisterikannya. Silapnya juga ingin merogol Airin di dalam rumah kawannya. Rumah dia dan kawan-kawannya akan lepak dan mempermainkan perempuan. Pasti rumah kawannya itu sudah lama di perhatikan oleh pihak pencegah maksiat.
            Kata demi kata keluar dari mulut Airin itu mencincang lumat hatinya. Lantas, dia terus tegak berdiri. Laju dia berjalan menuju ke arah Airin yang terkulai lemah disitu dengan muka bengisnya. Dibangunkan Airin dengan cara kasar. Hati Airin ketika itu dihambat rasa takut yang amat. Pantas tangan kiri Zakriel singgah ke pipi Airin yang sembap dengan air mata itu. sakit benar hatinya di gelar buaya darat.
            “Kau panggil aku apa? Kau tuduh aku apa? Kau cakap sekali lagi.” Kemarahannya sudah tidak terbatas. Tidak ada siapa yang boleh menghalangnya.
            “Kau buaya darat!” lancang Airin melawan meski pun dia ketakutan.
            Pang!! Sekali lagi satu tamparan hinggap ke pipinya. Kali ini Airin terus terjatuh mencium lantai. Perlahan-lahan dia bangun, cuba untuk melawan, mencuba untuk menunjukkan yang dia masih punya kudrat. Zakriel membantunya bangun dengan tangannya yang kasar. Hampir rebah Airin dengan sentapan di pergelangan tangan kanannya. Tanpa ihsan, tubuh kecil Airin diheret ke hadapan pintu bilik air. Zakriel menolak kasar Airin ke dalam bilik air yang ternganga luas seakan sudah bersedia untuk menelan Airin.
            “Kau duduk dalam tu. Apa nak jadi, jadilah. Aku tak peduli kau nak mati kat dalam tu ke nak buat apa sekali pun. Ini sebabnya kau lawan aku. Sedarlah diri kau tu cuma pembantu rumah aku aje!” pintu bilik air terus ditutup dan dikunci dari luar. Zakriel langsung tidak mempedulikan raungan Airin daripada pintu tandas itu. yang dia tahu, perempuan itu haris diberi pengajaran. Hatinya kini hampir puas.
            “Zakriel! Aku nak kau ceraikan aku sekarang jugak! Ceraikan aku lah bodoh! Sampai mati pun aku tak ingin nak hidup dengan kau! Kau dengar tak? Ceraikan aku!”pintu bilik air itu diketuk sekuat hati. Tenaganya kian melarut, belum ada sesuap nasi yang dikunyahnya.
            Zakriel hanya membatu di birai katilnya. Tidak dipedulikan Airin yang dikurungnya di dalam bilik air itu. biar dia rasa, nak main api dengan aku sangat kan? Desis hati Zakriel. Rambutnya diramas kasar. Masalah demi masalah dia hadapi. Seketika itu dia sudah terlupa keadaan ibunya. Menjerit kuat hati Zakriel. Dia tahu, dia harus selesaikan masalah ini. dengan menceraikan Airin seperti yang dipintanya? Tidak! Laju hati Zakriel menyangkal. Itu mencari nahas namanya. Masih terngiang ugutan ibu dan ayah petang tadi. Tubuhnya sengaja dihempap kuat ke atas katil itu. menghilangkan rasa sakit yang ada.
            Pintu bilik itu tiba-tiba diketuk kuat dari luar. Nama Zakriel dilaungkan berselang dengan nama Airin. Pasti ayah dan ibu. Dia kenal benar suara itu.
            “Zakriel buka pintu ni? Apa dah jadi kat dalam tu?” pinta ibu dengan nada rayuan.
            “Riel, buka pintu ni sebelum ayah pecahkan.” Kini, suara ayah pula yang mengambil tempat. Permintaan yang berbaur ugutan.
            Zakriel mula berkira-kira dalam hati. Buka...tidak..buka..tidak... Tak payahlah! Keputusan dibuat.
            “Apesal? Ayah dengan ibu ni potong stim betullah. Kita orang nak tidur ni. Jumpa esok pagi ajelah.” Zakriel memberikan alasan.
            “Kamu jangan nak tipu kami, Riel. Tadi bukan main hebat lagi kamu memekik bergaduh. Sekarang ni apa pulak?” suara ayah mula memecah.
            “Tak da apa-apanya ayah. Kita orang nak tidur ni. Good night.”
            “Kami nak dengar suara menantu kami dulu. Entah apa yang kamu dah buat kat dalam tu.”
            Zakriel mulai buntu dengan kedegilan ibu gan ayahnya. Menantunya jugak di cari. Kalau aku haram nak kena cari. Otaknya ligat diputar untuk mencari idea.
            “Dia dah tidur lah tu agaknya ayah.” Ringkas jawab Zakriel.
            “Agaknya? Apa maksud kamu?”Nada ibu berubah cemas.
            “Dia dah lena dah. Dah jauh dah dengan mimpi dia, sebab tu senyap aje. Good night once again.”telinganya terus ditutup dengan bantal.
            Puan Hawa memandang suaminya. Encik Sulaiman hanya mendiamkan diri. Pasrah dengan perangai anak tunggalnya itu. entah di mana silap didiknya.
            “Saya risau.” Puan Hawa melepaskan apa yang terbuku di hati.
            Encik Sulaiman melepaskan nafasnya panjang. “Bagi diorang rehat dulu. Mungkin penat sangat.” Encik Sulaiman cuba memujuk.
            “Tapi takkan sampai meraung minta cerai tu, bang. Saya risaukan Airin tu. Anak kita tu tak boleh ramal. Ikut hati dia aje.” Air mata Puan Hawa mengalir laju.
            Hiba hatinya melihat isterinya, memikirkan nasib anak-anaknya. Perlahan-lahan tangan tua itu menyeka air mata isterinya. “Dah lah tu, jom masuk tidur. Dah jauh malam dah ni.” Tangan isterinya di capai dan dipimpin ke bilik.

SEAWAL PUKUL TUJUH PAGI Zakriel keluar pergi ke tempat kerja. Pada pertama kalinya dia awal menjejakkan kaki ke pejabat. Sedang sibuk orang menunaikan solat subuh, terkocoh-kocoh dia pergi mandi dan bersiap sebelum dia meninggalkan rumah itu. Solat subuh? Entah berapa tahun sudah dia tinggalkan kewajipan itu.
            Pintu utama pejabat itu dibuka oleh Zakriel menggunakan kunci pendua yang baru sahaja diambil daripada bilik ayahnya. Begitu licik dia menyusur masuk ke dalam bilik ibu bapanya, mujur juga masa itu ayahnya keluar ke masjid dan ibunya masuk ke dalam tandas. Kalau terkantoi, habislah dia.
            Jam yang memeluk kemas tangan kirinya dikerling seketika. ‘Cepatnya masa berlalu.’ Desisnya.
            Zakriel melabuhkan duduknya di pejabat khas miliknya setelah dia telah dilantik menjadi CEO syarikat ayahnya sendiri. Melihat waktu sudah menginjak pukul tujuh suku, dia menjatuhkan kepalanya ke atas mejanya. Perlahan-lahan matanya ditutup, menyambung kembali tidurnya yang terganggu.

AIRIN NATASYA hanya dikerling penuh benci oleh Zakriel. Hubungan perkahwinan mereka sudah menginjak bulan kedua selepas mereka ditangkap basah tempoh hari. Langsung tiada bibit-bibit kasih yang tersemai di hati masing-masing. Malah, rasa benci itu semakin dibaja hari demi hari. Encik Sulaiman dan Puan Hawa sudah kehabisan akal untuk menyatukan mereka berdua. Mujur saja anak sulung mereka, Arisya dan Wardah tidak sedegil  satu-satunya anak lelaki mereka.
            Malam itu, beria-ia ibu memaksa Zakriel membawa Airin keluar. Entah apa motifnya, Zakrie tidak tahu. Malah siap diberi tempoh masa sebelum mereka boleh menjejakkan kaki kembali ke rumah.
            “Oi! Kau nak ke mana sekarang ni?” tanya Zakriel dengan suara garaunya itu. memecah kesunyian diantara mereka.
            Berasap telinga Airin menangkap soalannya itu. berapi benar hatinya. Langsung tiada adab punya suami! Marah Airin dalam hati.
            Airin membetulkan duduknya setelah puas membuang pandangan keluar tingkap. Soalan Zakriel dibiar berlalu begitu saja. Malas dia hendak bertekak dengan lelaki itu.
            Termometer kesabaran Zakriel yang sudah hendak meletup. Segera brek kereta ditekan mengejut. Mujur jalan raya sedikit lengang masa itu. kalau hendak alamat hospital lah jawabnya.
            Airin mengurut dada kerana terkejut dengan tindakan Zakriel. Habis menggigil seluruh tubuhnya dengan tindakan gila Zakriel. Berisitighfar panjang Airin dalam hati.
            “Awak ni kenapa? Dah buang tebiat ke apa? Kalau nak sangat mati, mati sorang aje, jangan nak ajak saya sekali, saya masih nak hidup!” Airin mengalirkan larva marahnya kerana diperlakukan sebegitu.
            “Oi! Sekali lagi aku tanya, kau nak ke mana? Kau dah pekak ke apa?” Zakriel membentak marah. Tajam matanya menikam terus ke hati Airin.
            Habis kecut perut Airin. Risau. Dia risau dan takut, Zakriel boleh buat apa saja ke atas dirinya. Dia tahu Zakriel jenis yang nekad, pantang dicabar. ‘Silap-silap boleh jadi bangkai terbiar aku kat tepi jalan ni.’ Airin menggeleng. “Tak tau nak ke mana.” Jawabnya dengan nada yang merendah.
            “Kan bagus kalau kau menjawab dari tadi. Kau ada nak beli apa-apa?” tanya Zakriel lagi.
            Sekali lagi Airin menggeleng. ‘Tak faham bahasa ke lelaki ni?’ “Saya tak tahu nak ke mana dan tak ada niat nak beli apa-apa barang. Jelas? Kalau ada pun bukan saya boleh beli. Saya tak kerja dan saya tak ada duit.” balas Airin penuh geram.
            “Aku lupa kau kerja jadi orang gaji aku tak berbayar pulak sekarang ni, siapa suruh kau menggatal kat rumah aku hari tu.” Tajam. Panas. Pedih kata-kata Zakriel yang diutus khas untuk Airin. “Kau ada nak makan something?”
            “Nothing.” Sakit hatinya terus ditikam dengan kata-kata Zakriel. Sudah puas dia bersabar. Entah sampai bila dia harus melalui saat seperti ini. dia hanya menunggu lafaz talak daripada Zakriel. Meskipun perkataan itu sudah dikeluarkan daripada kamus hidupnya sejak kecil lagi. Andai dia harus melaluinya dia redha, asalkan hidupnya kembali normal dan dapat merasai saat bahagia.
            “Jadi kau tak mengidam la sekarang ni? Baguslah. Nanti tak pasal-pasal aku jadi bapa tiri. Entah anak siapa kau kandungkan. Ye lah, hobi kau kan luang masa dengan lelaki. Nak cari duit lebih untuk sambung belajar. Tak sangka masih ada perempuan kotor macam kau ni. Ish.. Jijik aku. Apalah nasib aku kahwin free dengan kau ni?” semakin galak Zakriel menghina Airin.
            Airin menelan pahit. Air matanya bertakung itu mula jatuh. Disekanya perlahan-lahan, tidak mahu kelihatan lemah didepan insan yang bernama Zakriel itu. dia harus kuat menentang takdir yang sudah sedia tersurat untuknya. Pasti ada hikmah yang tersirat.
            Zakriel kembali menarik hand-break kereta Honda Civicnya itu. kereta itu memecut laju di atas jalan raya. Selaju tangisan Airin di dalam hati. Pasrah atas semua takdir.

PUAS Fariz ketawa. Sakit perutnya menahan ketawa yang sudah sedia terlepas selepas melihat keadaan kawannya, Zakriel. Ikutkan hati mahu saja dia berguling-guling melihat kaki bosnya yang berbalut itu. namun rasa bersalah masih ada di dalam hatinya. Dipadam saja niat itu.
            Kain tuala berwarna biru tua itu dibaling ke arah Fariz. Geram juga Zakriel dengan kawannya itu.
            “Fariz, kau diamlah. Kau tau tak, kaki aku ni terseliuh sebab kau tau tak?” marah Zakriel. Fariz setia dengan tawanya.
            “Kau yang nak join, aku ajak je kan?” Fariz kembali menyoal. “Dahlah, aku hantar kau balik, tak pasal-pasal aku kena marah oleh Dato’ nanti.” Fariz memapah Zakriel masuk ke dalam kereta itu. tongkat Zakriel pula disumbat ke tempat duduk belakang kereta.
            Fariz memberhentikan keretanya betul-betul dihadapan apartmen Zakriel. Ya, Zakriel sudah berpindah atas kemahuannya. Alasannya, dia ingin melahirkan rasa cinta buat isterinya itu setelah lama terpisah kerana sambung belajar. Dia hendak belajar menerima Airin. Nyata semua alasannya itu palsu, dia berpindah kerana ingin jauh daripada ibu dan ayahnya yang senitasa membelakangkan Airin. Baginya, biarlah dia dan Airin hidup berdua. Tetapi tidak bermakna dia sudah jatuh hati untuk Airin. Alasan palsunya itu berjaya memperdaya Encik Sulaiman dan Puan Hawa. Puas hatinya membelasah Airin.
            Pintu lif itu berhenti di tingkat 3. Fariz dan Zakriel melangkah keluar. Jalan Zakriel semakin perlahan dengan tongkatnya itu.  Fariz hanya membantu mengangkat barang-barang milik Zakriel.
            Airin terkocoh-kocoh membuka pintu rumah setelah pintu diketuk berkali-kali. Risau badannya akan menjadi mangsa sekiranya dia terlewat membuka pintu untuk Zakriel. Tudung dikemaskan sedikit.
            Zakriel melangkah masuk ke dalam apartmen itu dibantu oleh Fariz setelah pintu dibuka. Wajah Airin langsung tidak dikerling. Airin hanya membatu di balik pintu, tidak berani membuka mulut. Pandangannya diletakkan di atas lantai sahaja.
            Tiba-tiba sahaja Fariz berhenti dihadapan Airin yang sedikit terkejut dengan kemunculannya secara tiba-tiba.
            “Nah!” Fariz menghulurkan plastik yang mengandungi ubat-ubat untuk Zakriel.
            Airin yang terpinga-pinga menyambut huluran plastik itu dengan sedikit senyuman disertakan.
            “Doktor kata, kalau boleh urut juga kaki Zakriel tu. Seliuhnya tu tak lah teruk sangat, mungkin ambil masa paling lama pun seminggu untuk sembuh.” Kata Fariz sambil berlalu pergi. Pintu yang terkuak itu kembali ditutup.
            Kecut perut Airin melihat tikam mata Zakriel. Sungguh dia tidak sedar Zakriel hanya memerhatikannya sedari tadi. Diberanikan juga dirinya, mendekati suaminya. “Awak nak air? Kalau nak saya buatkan.” Perlahan tuturnya.
            “Kau sukalah borak dengan lelaki. Depan suami sendiri pun berani nak menggatal. Perempuan jenis apa kau ni?” marah Zakriel.
            Terhenti langkah Airin mendengar bait kata Zakriel. Dia hanya menelan air liur, kelat. dibiarkan sahaja Zakriel mengamuk di situ.
Mengaku juga Zakriel yang dia sudah beristeri!
ZAKRIEL sudah tidak sedap duduk. Otaknya mula bercelaru. Risaukah dia? Peluh penuh memercik di dahi. Larikah Airin daripada dirinya? Keluar dari rumah ini? Zakriel mula mundar mandir di ruang tamu itu. habis kusut rambutnya.
            Hatinya diserang gundah! Jatuh cintakah dia pada Airin? Sayang dalam diamkah dia? Semua soalan itu Zakriel tolak ke tepi. Sejak Airin meminta izin daripadanya untuk keluar dia sudah mula tidak sedap hati. Beria juga Airin menolak ajakan Zakriel.
            Telefon bimbit yang setia digenggam bagai hendak dihempas ke lantai. Panggilannya kepada Airin langsung tidak bersambut. Kunci kereta yang tersedia di atas meja itu diambil kasar. Pintu rumahnya ditolak kasar dan mempercepatkan langkahnya menuruni tangga menuju ke kawasan parkir keretanya.
            Enjin kereta dihidupkan dan  serta merta meninggalkan perkarangan kawasan parkir kereta itu. nombor telefon Fariz di dail. Dapat!
            “Kau siap sekarang. Aku datang ambil kau kat rumah.” Salam Fariz langsung tidak berjawab.
            “What’s the matter boss?” soal Fariz yang sedikit bingung. Tiba-tiba sahaja diberi arahan.
            “I’ll tell you later. Faster! This is an order!” tegas Zakriel berbicara.
            ‘Where’re you Airin? You gonna drive me insane!’ Zakriel sekali lagi meramas kasar rambutnya. Sudah seperti orang tidak betul gamaknya.
            Zakriel menekan brek bila tiba di hadapan rumah Fariz. Terkocoh-kocoh Fariz masuk ke dalam perut kereta ketika Zakriel membunyikan hon panjang.
            ‘Tak reti nak sabar pulak bos aku malam ni, kena sampuk ke apa?’ gumam Fariz. Mengutuk bos sendiri dalam hati.
            “What’d happened?” soal Fariz ketika tali pinggang keledar sudah mula memeluk dirinya.
            “Airin’s gone. I don’t know where she is. You’ve to help me find her.” Kata Zakriel dalam penuh kebingungan.
            Jatuh rahang Fariz mendengar. “How it could be? Did she left a letter?” soal Fariz lagi.
            Zakriel menggeleng lemah. “Aku tak tahu sama ada dia lari dari aku atau she’s being kidnapped or even worst.” Ibu jarinya kirinya digigit, tangan kanannya masih setia menggenggam stereng kereta.
            Fariz memandang Zakriel sedikit pelik. “then, kau nak cari dia kat mana sekarang ni?”
            “Entah.”
            “Kau ni janganlah kalut sangat. Tenang.” Risau Fariz melihat Zakriel. Silap-silap boleh undang maut. Dahlah driving pun macam orang mabuk je.
            Zakriel memandu mengikut kata hati. Entah di mana sudah keberadaanya ketika ini. blok bangunan ini dia lalui. Zakriel memandu perlahan keretanya ke belakang blok bangunan yang sudah sepi itu. kuat hatinya mengatakan Airin berada di sini. Pasti!
            “Eh, itu Airin kan?” soal Fariz sambil telunjuknya dituding ke arah seorang wanita yang kelam kabut ketika itu.
            Zakriel terus memecut ke arah isterinya apabila matanya sendiri mengesahkan wanita itu adalah Airin. Keretanya terus sahaja diberhentikan di belakang kereta Proton Waja Airin. Pintu keretanya terus ditolak kasar.
            Airin memalingkan kepalanya. Dirinya sungguh dihurung ketakutan yang amat. Air matanya yang mengalir laju memotong pipinya dibiarkan saja. Hatinya sedikit mengucap syukur ketika melihat Zakriel mulai mendekatinya. Dia tidak peduli pada kemarahan Zakriel, yang dia tahu dia mungkin selamat berada di sisi Zakriel walaupun lelaki itu membencinya.
            Laju Airin berlari ke arah Zakriel. Dipeluknya tubuh itu, dihamburnya tangisnya di dada lelaki itu.
            Zakriel sedikit terpinga-pinga. Pelik dengan kelakuan Airin. Sebelum ini selangkah pun Airin tidak pernah mendekati dirinya, apatah lagi menyentuhnya.
            “Alamak... dia main peluk-peluklah pulak dengan suami dia.” Sinis seorang lelaki yang memakai singlet bewarna hitam bersama dengan dua orang lagi kawannya.
            “Bos, suami dia ni sikit punya hal. Sekali jentik dah rebah bos.” Kata seorang lagi lelaki.
            “Kau orang ni siapa?” tanya Zakriel kepada mereka yang serba hitam itu. Fariz mula bergerak ke sebelahnya. Seolah dapat memahami apa yang dia fikirkan. “Siapa dia orang ni Airin?” tanyanya pada Airin pula.
            “Kau ni sibuk aje lah. Oleh sebab malam ni malam jumaat, jadi kita orang ni pun tak nak pukul orang. Kita settle kan aje lah, kau bagi perempuan tu kat kita orang, lepas tu kau dengan kawan kau ni boleh blah. Jangan kacau kerja kami.” Tenang lelaki itu berbicara, langsung tak ada adab.
            “Yang kau nak isteri aku ni apesal?” suara Zakriel mula meninggi. “Kau buat apa dengan dia?”
            “Dia tu ‘makanan’ kami untuk malam jumaat ni. ‘Makanan’ sedap, bayaran tinggi.” Kata lelaki itu sambil ketawa berdekah-dekah.
            Tubuh Airin yang masih mengikat suaminya itu ditolak oleh Zakriel. Api marahnya sudah mencapai tahap klimaks. Langsung di hayun tangannya ke muka lelaki yang digelar bos itu. terjelopok jatuh lelaki itu di jalan raya yang sepi.
            Dua orang rakan lelaki itu pula maju untuk memukul Zakriel. Mujur ada Fariz yang membantunya. Sehabis daya Zakriel membelasah lelaki-lelaki bangsat itu. entah mengapa kuat tarikan hatinya dengan Airin. Mereka saling berbalas tumbukan. Airin hanya diam ketakutan bertemankan air matanya di sebelah keretanya.
            Mereka saling berbalas dan menepis serangan masing-masing. Sesekali Zakriel dan Fariz yang jatuh ke bumi, bergilir-gilir dengan tiga orang itu. Zakriel hanya membuka langkah self defensenya yang dia pernah belajar sebelum ini. bibirnya yang mengalami pendarahan kecil itu dibiarkan sahaja.
            Zakriel menahan tumbukan tangan kirinya itu daripada mengena di muka bos orang jahat itu sebaik bunyi siren polis mengetuk telinganya. Kereta polis peronda itu berhenti di beberapa meter daripada sesi tumbuk menumbuk itu berlaku. Zakriel melepaskan juga tumbukannya itu ke muka lelaki itu.

ZAKRIEL menolak kuat pintu utama rumahnya. Airin yang berdiri menenung lantai di belakangnya ditarik kasar membuatkan Airin terdorong ke hadapan. Zakriel terus menggenggam kuat tangan Airin dan ditarik ke bilik. Tidak dipedulikan Airin yang cuba melepaskan genggamannya itu. malah makin dieratkan genggamannya itu.
            Pintu bilik itu di buka dan tubuh Airin terus dihumban ke katil. Airin mengesat perlahan-lahan air matanya yang belum berhenti.
            “Kau pergi sana buat apa? Kau pergi menggatal? Kau pergi melanggan lelaki kat sana?” herdik Zakriel. Tangannya mula mencekak pinggang.
            Airin hanya membatu. Tangisnya makin lebat.
            “Kalau aku tanya, kau jawab! Aku tak suruh kau nangis!” lengan Airin ditarik.
            Cukup! Dia sudah serik ditengking. Ikutkan hati mahu saja dia lari dari neraka dunia ini. kalau bukan terkenangkan syurganya di sini, sudah lama di membawa diri.“Ya Allah. Mengucap awak. Takkanlah saya nak buat benda-benda macam tu.” Airin cuma makan hati dengan kata-kata Zakriel.
            “Hah! Sudah! Kau jangan berani nak keluar dari bilik ni. Kau keluar siap kau aku kerjakan!” Amaran keras Zakriel berikan kepada wanita yang tersungkur lemah di hadapannya itu.
            Zakriel melangkah keluar dari biliknya. Itu pertama kali dia mengurung Airin. Selama ini Airin hanya masuk untuk mengemaskan biliknya sahaja. Tetapi tidak hari ini dan seterusnya. Sungguh, hatinya disayat pilu apabila dia mengasari Airin. Hatinya masih punya kasih, sayang dan kasihan. Dia bukanlah terlalu kejam untuk Airin. Entah mengapa begitu sukar untuknya menerima Airin sebagai isteri. Hidupnya dirasakan seperti dalam novel-novel milik kakaknya, Arisyah.
            Zakriel menuruni anak tangga rumahnya itu perlahan-lahan membawa rasa kesal di dada.  Pagar rumahnya sudah dikunci. Kini dia beralih ke gril rumah dan pintu utama rumah. Seketika dia berhenti di sebelah kereta Camrynya. Pintu yang masih belum terkunci itu dibukanya. Tangannya dipanjangkan ke dashboard kereta. Dia mengambil bekas baldu berwarna merah itu. cincin yang baru dibelinya petang tadi dilihat. Dia seharusnya menyarungkan cincin itu malam ini. tapi sungguh dia tidak menyangka hal ini akan terjadi.
            Kotak itu diletakkan kembali ke dalam dashboard kereta. Pintu kereta ditutup dan dikunci. Seusai semua pintu rumah dikunci. Zakriel menuju ke dapur dan mencapai sebiji mug yang sedia tergantung di rak. Air kosong diisi ke dalamnya.
            Zakriel menuntun langkah perlahan-lahan menaiki tangga ke biliknya. Pintu dikuak lembut dari luar. Suara esak tangis Airin sudah kedengaran dari luar bilik itu. hati zakriel mula dihurung pilu. Lambat-lambat Zakriel mendekati Airin yang berteleku di atas katil itu. langsung tidak beranjak walau seinci. Zakriel memberanikan diri juga duduk di sebelah Airin.
            “Air.” Lembut bicara Zakriel waktu itu. mug itu sudah bertukar tangan. Setelah habis air itu diteguk oleh Airin, Zakriel mengambil semula dan meletakkan di meja sebelah katilnya.
            Tangan Zakriel memanjat lembut bahu Airin. Ditariknya lembut wanita itu sehingga kepala Airin jatuh di bahunya. Airin tetap membatu, tiada respon.
            “Dah lah tu, jangan nangis lagi.” Zakriel mengelus perlahan bahu isterinya itu. “Benda dah jadi, masa dah tak boleh undur.” Lembut Zakriel memujuk. Buat pertama kalinya dia berlembut dengan Airin seikhlas-ikhlasnya.
            “Airin dah selamat sekarang. Sekarang ada abang jaga Airin. Abang mintak maaf atas salah abang selama ni.” Zakriel mengucup dahi isterinya buat kedua kali selepas hari pernikahan mereka.
            “Awak...” Airin ingi berbicara, pantas jari Zakriel menghalang sebarang perkataan keluar daripada bibir mungil itu.
            “Abang.” Sebut Zakriel. “A.B.A.N.G” siap ejakan lagi. Air mata Airin diseka. Lemah pula dia melihat air mata itu turun saat itu.
            “Abang dah dapat terima saya?” kekok Airin menutur kata diselang dengan esak tangisnya.
            Zakriel kematian kata untuk menjawab soalan itu. dia sendiri sudah bingung dengan perbalahan hati dan fikiran. Entah mana satu yang betul, mana yang sudah dihasut oleh ego. Dia sendiri keliru. “Kita mula dari awal ya?” hanya itu yang dia dapat berikan.
            Airin mengangguk lemah dan menjatuhkan kepalanya ke riba suaminya. Dia cukup gembira malam itu walaupun dia masih di hantui oleh rasa ngeri sebentar tadi. Tapi dia yakin, Zakriel boleh menjaganua dengan baik. Dia yakin dengan kemurniaan dan kejujuran hati Zakriel seperti orang di sekelilingnya kata.


cerpen shortest stkt ne... a lttle bit rush here.... still new...

3 ulasan:

perintis ketenangan berkata...

Ni phal ni...wt crpen xajk aku,,,eheh ok la..nt bad..citer yg sma dgn cter2 yg len...same story..hahaaa..wt len dr yg len k???? BosN ak cetA bgitu...tp best pie.....

Mr M.S.A.S berkata...

kaw x fhm tujuan sbnr... aq maw kasi pnjg... byk konflik d otak q... tp klau telmpau pnjg kna goreng kaw2 aq... adedei.. =.='

Tanpa Nama berkata...

Bleh than lahh...klau ending pnjang lagi bgusss...